23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 26, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Punca-punca Penyakit Lupa

Editor by Editor
24/10/2013
in Perubatan & Kesihatan, Rencana
0 0
0
Penyakit Lupa
8 Penyebab Penyakit Lupa

Mungkin ada di kalangan kita yang mengalami situasi sukar untuk mengingat sesuatu. Kadang kala ia begitu menyiksakan apabila cuba mengingat sesuatu yang pernah kita lalui atau merasai pengalaman tersebut, namun minda tidak mampu mengembalikan ingatan tersebut. Apa sebenarnya yang membuatkan sistem memori otak terganggu. Mari kita tinjau!

#1 Kadar gula darah tinggi

Memori manusia boleh terganggu akibat daripada aras gula yang tinggi dalam darah. Awas, kerana keadaan ini mengganggu bahagian otak yang berkait dengan sistem ingatan. Sekiranya anda memiliki sejarah keluarga yang mempunyai masalah kencing manis, eloklah sekiranya dikawal pengambilan gula. Lakukan juga ujian darah secara berkala selain menjaga pemakanan dan melakukan senaman aktif. Berjalan kaki dipercayai salah satu alternatif yang berkesan bagi merawat diabetes dan gula berlebihan dalam badan.

#2 Rehat yang kurang
Otak memerlukan rehat untuk merakam dan menyimpan memori baru. Cara terbaik untuk merehatkan otak ialah melalui tidur yang secukupnya. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap hari selama dua minggu mungkin tidak mengalami gejala kurang tidur. Namun begitu, setelah dilakukan ujian mengingat ke atas responden tersebut, hasil menunjukkan mereka sukar mengingat memori jangka pendek. Tajamkan daya mengingat anda dengan membuat keutamaan memberi kerehatan yang secukupnya. Pakar perubatan mengesyorkan supaya mengambil masa selama lebih kurang 6 minit untuk tidur sekiranya benar-benar keletihan. Kaedah ini mampu meningkatkan daya dan kekuatan minda dalam aktiviti rakaman memori di dalam otak.

# 3 Berdengkur
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur seseorang, ia juga mampu menurunkan daya mengingat. Ketika tidur berdengkur, saluran nafas anda akan tersekat dan menghalang oksigen beberapa saat sewaktu sedang tidur untuk sampai ke sel-sel otak yang memerlukan oksigen. Menurut penyelidikan, kaum lelaki lebih banyak berdengkur berbanding wanita. Kebiasaannya berdengkur dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau berusia 40 tahun ke atas.

#4 Metabolisme menurun

Jika keadaan ini berlaku, anda mungkin mengalami masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Penghasilan hormon tiroid yang berlebihan atau berkurangan dapat mengganggu sel-sel otak, yang akan memperlahankan kemasukan maklumat ke otak. Sekiranya mengalami masalah ini, anda perlu mendapatkan rawatan.

[Baca: Teh- Baik untuk Otak dan Minda]


#5 Usia melebihi 65 tahun
Di usia ini, manusia sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 yang serius adalah punca penyakit Alzheimer yang dikaitkan dengan sifat lupa yang teruk atau nyanyuk. Ada sesetengan pengamal perubatan mengesyorkan supaya mengambil makanan tambahan atau suplemen bagi meningkatkan vitamin B12.

#6 Mengalami tekanan
Individu yang menderita penyakit tekanan yang kronik berpotensi mengalami gangguan pada sel-sel otak.  Bahkan, ketika tekanan kronik menyerang, ia mampu membunuh sel-sel otak sehingga daya ingatan semakin merosot. Pakar kesihatan mengesyorkan supaya individu yang mengalami masalah tekanan supaya memperbanyakkan aktiviti fizikal, bersenam dengan teratur serta bersosial bersama rakan-rakan.  


#7 Pengambilan ubat alergi atau pil tidur
Rawatan atau ubat yang diambil untuk mengatasi masalh insomnia dan alergi ternyata juga mampu menganggu fungsi otak. Oleh yang demikian, sekiranya perlu juga mengambil ubat-ubatan sedemikian, disarankan supaya berjumpa doktor dan meminta preskripsi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.

#8 Terlalu banyak pengambilan ubat-ubatan
Jika mengambil lima atau lebih ubat pada satu-satu masa, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan ubat yang diambil telah melalui pemeriksaan doktor.

Foto : mercola.com
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Penyakit Alzheimerpenyakit lupapenyakit nyanyukrawatan penyakit lupa
ShareTweetShare
Previous Post

Profesor Sekam Padi - Profesor Halimaton Hamdan

Next Post

Bajet 2014 dan Harapan IPT - Peruntukan Lebih untuk Penyelidikan

Editor

Editor

Related Posts

Kajian; ‘Bakteria Baik’ Boleh Membantu Merawat Kemurungan
Berita & Peristiwa

Kajian; ‘Bakteria Baik’ Boleh Membantu Merawat Kemurungan

12 hours ago
Kanser Pundi Kencing: Rintangan Kemoterapi Berasaskan Cisplatin Melalui Kanta Instrumen RAMAN dan SAXS
Berita & Peristiwa

Kanser Pundi Kencing: Rintangan Kemoterapi Berasaskan Cisplatin Melalui Kanta Instrumen RAMAN dan SAXS

2 weeks ago
Cacar Monyet ; Adakah ia Bakal Menjadi Pandemik Baru yang Menggemparkan Dunia
Berita & Peristiwa

Cacar Monyet ; Adakah ia Bakal Menjadi Pandemik Baru yang Menggemparkan Dunia

4 weeks ago
Fahami Kaunseling Genetik dan Kepentingannya
Berita & Peristiwa

Fahami Kaunseling Genetik dan Kepentingannya

1 month ago
Next Post
Bajet 2014 dan Harapan IPT – Peruntukan Lebih untuk Penyelidikan

Bajet 2014 dan Harapan IPT - Peruntukan Lebih untuk Penyelidikan

  • Makan Durian dan ‘Panas’ Badan?

    Makan Durian dan ‘Panas’ Badan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In