23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, April 28, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ragam dan Tingkah Laku Mamalia Diurnal dan Nokturnal

Ragam dan Tingkah Laku Mamalia Diurnal dan Nokturnal

Editor by Editor
18/01/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Nur Syakirah Baharudin, Pelajar Siswazah
Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia

Prof. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah
Pusat Asasi Sains Universiti Putra Malaysia

Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia

 

Pengenalan

Kebanyakkan haiwan mamalia menunjukkan tingkah laku yang berbeza bergantung pada waktu siang atau malam. Kedua-dua tempoh ini dikenali sebagai kitaran diurnal dan nokturnal. Tetapi apakah sebenarnya perbezaan antara kitaran diurnal dan nokturnal ini? Dan bagaimanakah kitaran ini diadaptasikan oleh haiwan?.

Perkataan diurnal dan nokturnal merujuk kepada kitaran yang berlaku sepanjang kitaran 24 jam. Kedua-dua istilah ini berbeza maksudnya di mana “diurnal” berasal dari perkataan Latin “diurnus,” yang bermaksud “harian” atau “hari.” Sebaliknya, “nocturnal” berasal dari perkataan Latin “nocturnus,” yang bermaksud “kepunyaan malam.”

Mamalia Diurnal

Mamalia diurnal adalah sifat perilaku mamalia yang aktif pada siang hari, sementara di malam harinya banyak digunakan untuk tidur. Banyak haiwan dalam golongan mamalia yang bersifat diurnal seperti Tupai Perut Kelabu (Gambar 1) di mana pola aktiviti mamalia diurnal ini seringkali dikawal dari dalam (endogeny) melalui irama harian tubuh (circadian rhythm). Beberapa jenis mamalia diurnal seperti kucing dan anjing peliharaan yang liar lazimnya bersifat nokturnal atau krepuskular. Namun, setelah mengalami perubahan domestik menjadikan mereka bersifat diurnal kerana menyesuaikan diri dengan aktiviti manusia. Perilaku aslinya biasanya akan muncul sekiranya haiwan-haiwan itu terlepas dari peliharaan manusia dan meliar kembali.

Gambar 1: Tupai Perut Kelabu (Callosciurus caniceps) merupakan antara mamalia kecil diurnal yang terdapat di Malaysia (Kredit foto: Nur Syakirah, 2020)

Mamalia Nokturnal

Mamalia nokturnal adalah mamalia yang tidur pada waktu siang, dan aktif melakukan aktiviti pada malam hari. Umumnya, mamalia nokturnal memiliki kemampuan pendengaran, deria bau serta penglihatan yang tajam. Mamalia nokturnal biasanya menunjukkan kemampuan pendengaran, deria bau serta mempunyai adaptasi khusus pada mata untuk melakukan aktiviti pada keadaan yang mempunyai cahaya yang minimum. Mamalia seperti musang memiliki mata yang dapat beradaptasi pada keadaan cahaya yang minimum dan keadaan cahaya yang terang. Mamalia lain seperti kera hantu dan kelawar (Gambar 2) hanya dapat beraktiviti pada malam hari.

Gambar 2: (A) Cecadu Pisang (Cynopterus brachyotis) dan (B) Kelawar Rumah (Scotophilus kuhlii) merupakan mamalia kecil bersifat nokturnal di Malaysia (Kredit foto: Ahmad Badrul Amin, 2020)

Apakah penyesuaian yang ada pada mamalia diurnal?

Ritma sirkadian

Haiwan diurnal mengikut ritma sirkadian iaitu suatu ritma dalaman hidupan yang sentiasa berjalan mengikut kitaran 24 jam sehari. Ritma sirkadian yang memudahkan aktiviti pada waktu siang dan tidur pada waktu malam. Jam biologi dalaman ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti tahap hormon, kedudukannya dalam rantai makanan dan warisan keturunannya. Oleh kerana mudah untuk melihat dan menangkap spesies mangsa pada waktu siang, kebanyakan haiwan pemangsa adalah diurnal.

Cahaya

Cahaya adalah faktor utama dalam menentukan corak aktiviti haiwan. Waktu siang dikaitkan dengan banyak cahaya ambien, manakala waktu malam dikaitkan dengan sedikit cahaya ambien. Cahaya mempunyai pengaruh yang ketara pada nukleus supraciasmatic iaitu bahagian otak yang mengawal irama sirkadian dalam kebanyakan haiwan ini menentukan sama ada haiwan itu diurnal atau tidak.

Ketajaman visual

Haiwan diurnal seperti Tupai Muncung Besar (Gambar 3) dan gajah, mempunyai ketajaman visual yang sangat baik. Di samping itu, mereka boleh membezakan warna, kerana di mata mereka ada sel khusus yang dipanggil kon. Struktur ini tidak begitu sensitif terhadap cahaya, tetapi sensitif terhadap warna. Sebilangan besar haiwan diurnal mempunyai dua jenis kon pada mata dan berbeza dari satu sama lain. Salah satu daripada kon ini sangat sensitif kepada panjang gelombang pendek, manakala yang lain sangat sensitif terhadap panjang gelombang yang panjang.

Gambar 3: Tupai Muncung Besar yang dilihat di sekitar Hutan Simpan Cameron Highlands
(Kredit foto: Nur Syakirah, 2020)

Apakah Penyesuaian Yang Ada Pada Mamalia Nokturnal?

Penglihatan

Haiwan yang aktif pada waktu malam cenderung mempunyai mata yang lebih besar dan pupil yang lebih luas. Mata haiwan nokturnal mempunyai lebih banyak sel rod daripada sel kon, dan pupil yang lebih luas dapat mengumpul lebih banyak cahaya, yang membolehkan haiwan ini melihat dengan lebih baik di dalam gelap berbanding manusia. Haiwnan nokturnal juga mempunyai lapisan reflektif yang dipanggil tapetum di belakang retina. Tapetum lusidum ialah selapisan tisu di dalam mata kebanyakan haiwan vertebrata. Lapisan yang terletak betul-betul di belakang retina ini memantulkan cahaya balik ke retina, sekaligus meningkatkan jumlah cahaya pada fotoreseptor. Tapetum lusidum membolehkan sesetengah haiwan mempunyai penglihatan yang baik pada waktu malam. Pernahkah anda melihat mata rusa bersinar kekuningan dalam gelap? (Gambar 4). Ini adalah dari cahaya yang memantul ke tapetum dan membuat mata mereka bersinar. Sinaran pada mata haiwan adalah berbeza. Umumnya, mata anjing dan kucing bersinar biru ke hijau, manakala haiwan roden pula matanya bersinar merah.

Gambar 4: Mata rusa yang terlihat bercahaya kekuningan pada waktu malam. (Kredit foto: northcountrypublicradio.org)

Pendengaran

Haiwan mamalia yang aktif pada malam hari cenderung mempunyai pendengaran yang lebih baik untuk memandu pergerakan mereka dalam keadaan yang gelap dengan mudah. Tikus (Gambar 5) misalnya mempunyai telinga yang berdekatan antara satu sama lain yang membantu menentukan arah kedudukan sesuatu bunyi. Namun, bunyi tersebut tidak dapat didengari oleh manusia kerana ia di bawah kategori ultrabunyi.

Gambar 5: Tikus merupakan haiwan nokturnal yang mempunyai pendengaran yang baik pada waktu malam. (Kredit foto: Nur Syakirah, 2020)

Deria Lain

Banyak haiwan malam bergantung pada deria bau atau rasa untuk membantu mencari mangsa. Musang, sebagai contoh, mempunyai deria bau yang hebat. Kelawar, sebaliknya, menggunakan deria lain sepenuhnya. Kelawar menggunakan ekolokasi untuk mencari mangsa. Kelawar mengeluarkan bunyi, yang kemudiannya melantun daripada objek. Jika bunyi yang kembali mempunyai keamatan yang tinggi, ini bermakna ia lebih besar, dan jika ia mempunyai lantunan yang lebih tinggi, itu bermakna ia lebih dekat. Keamatan bunyi yang lebih rendah dan nada yang lebih rendah bermakna sesuatu lebih kecil atau jauh.

 

Kesimpulan

Faktor pemisah antara kumpulan haiwan diurnal dan nokturnal yang akan mempengaruhi jam biologi setiap spesies haiwan dapat mengurangkan persaingan sumber makanan, mencari pasangan, dan bahaya daripada pemangsa. Ini sangat penting untuk kelangsungan hidup bagi sesuatu spesies haiwan umumnya dan mamalia kecil khasnya dalam alam semulajadi. Dengan demikian, haiwan-haiwan ini dapat mengembangkan banyak adaptasi sesuai dengan jam aktif mereka sekaligus dapat mengimbangi ekosistem alam.

Rujukan

[1]Duckworth, J.W. (2016). “Callosciurus caniceps”. IUCN Red List of Threatened Species. doi:10.2305/IUCN.UK.20162.RLTS.T3594A22254694.en.

[2]Farida, W. R., Semiadi, G., Handayani, T. H. & Harun. (2006). Habitat Distribution and Diversity of Plants as Seed Resource for Mouse Deer (Tragulus javanicus) and Barking Deer (Muntiacus muntjak) in Gunung Halimun National Park. Tropics, 15 (4), 371-376.

[3]Francesco, R., Tobler, M., & Sanderson, J. (2010). Camera Trapping for Inventorying Terrestrial Vertebrates. Manual on field recording techniques and protocols for All Taxa Biodiversity Inventories and Monitoring

[4]Mulungu L. S., Makundi R. H., Massawe A.W., Machang’u R. S. & MbiJe N. (2008). Diversity and Distribution of Rodent and Shrew Species Associated with Variations in Altitude on Mount Kilimanjaro, Tanzania. Mammalia, 72(3), 178–185. http://dx.doi.org/10.1515/MAMM.2008.021

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ASASI SAINS UPMFakulti Sains UPMHaiwan Nokturnalmamalia diurnalNur Syakirah BaharudinProf. Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. TahUPM
ShareTweetShare
Previous Post

Memorandum Persefahaman Industri-Akademia Memacu Industri Teknologi Pengimejan Perubatan di Jabatan Fizik UPM

Next Post

Teknologi Daging Kultur: Bersediakah Malaysia?

Editor

Editor

Related Posts

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

12 hours ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

2 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

3 days ago
Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia
Berita & Peristiwa

Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia

3 days ago
Next Post
Teknologi Daging Kultur: Bersediakah Malaysia?

Teknologi Daging Kultur: Bersediakah Malaysia?

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In