Oleh : Nor Adila Ahmad Razi
Pelajar Bioteknologi Industri
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Kita merupakan arkib digital bagi Pliosen Afrika, bahkan bagi laut Devonian, khazanah kebijaksanaan yang bergerak dari zaman lampau. Anda boleh habiskan seumur hidup untuk membaca dari perpustakaan purba ini dan mati sebelum anda puas disebabkan oleh keajaibannya. –Richard Dawkins-
Biotechnology can change the world ? Bagaimana transformasi daripada Bioteknologi mampu mengubah dunia ?
Bioteknologi. Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya dalam pemikiran mereka yang kurang jelas dengan definisi Bioteknologi secara keseluruhannya. Secara imbasannya, mungkin ia hanyalah satu bidang biasa bagi sesetengah pihak dan mungkin juga ianya ialah satu bidang yang sangat signifikan bagi para saintis diluar sana. Namun, pada hakikatnya bioteknologi merupakan salah satu bidang paling banyak memberikan impak dan sumbangan yang positif kepada kehidupan sejagat manusia yang acapkali tidak pernah terjangkau dalam pemikiran kita. Bahkan, ianya juga memainkan peranan yang penting sejak abad kedua puluh satu. Dalam tempoh separuh terakhir abad kedua puluh, saintis telah menemui kod DNA dan belajar untuk memanipulasi gen.
Hal ini telah diceritakan dalam buku Merungkai Genom (Cracking The Genome) oleh Kevin Davies hasil karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Berdasarkan petikan daripada karya tersebut, gen yang terdiri daripada DNA semata-mata hanya dibuktikan pada 1944, tetapi penemuan itu tidak dapat menandingi imaginasi popular sehinggalah penemuan oleh Watson dan Crick yang sangat besar pengaruhnya pada 1953. Gambar foto hitam putih menunjukkan dua orang ahli sains muda sedang merenung dengan kagum pada model tangga berpilin DNA mereka. Struktur heliks memberikan rahsia laluan DNA darpada satu generasi kepada satu generasi, manakala anak-anak tangga yang terdiri daripada empat huruf biasa menyimpan kunci bagi kod kehidupan.
Sekarang, para saintis boleh mereka bentuk organisma untuk membuat produk baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan biodiversiti. Mereka telah membangunkan teknik molekul untuk menyelesaikan jenayah , kembali organisma dari ambang kepupusan, dan merungkaikan genom manusia. Apa keajaiban baru berlaku pada masa hadapan ? Bagaimana bioteknologi akan terus berubah dunia? Petikan dalam buku Merungkai Genom (Cracking The Genome) oleh Kevin Davies karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, dimana pentafsiran genom manusia merupakan satu pencapaian yan mengejutkan, yang setanding dengan setiap pencapaian teknologi utama, daripada penciptaan roda hinggalah pendaratan manusia di permukaan bulan. Kita adalah makhluk pertama dikurniakan kecerdasan otak yang berupaya membaca teks kehidupan. Akan tetapi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan merungkai genom manusia ? Bagaimana kita boleh meletakkan pencapaian ini dalam perspektifnya yang betul ?
Rangkaian Bioteknologi dan Biodiversiti dalam kehidupan sejagat manusia amatlah berkait rapat antara satu sama lain. Secara saintifiknya, Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau organisma hidupan dari sumber lautan mahupun daratan dan lain-lain. Ia juga merangkumi ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Ia juga boleh dikaitkan dengan sustainability to nature. “Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya.” Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Dalam mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar ianya dapat dibendung sebelum terlambat.
Pencemaran alam sekitar boleh diklasifikasiskan kepada tiga perkara iaitu pencemaran air, udara, dan bunyi. Pencemaran udara nyata memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul akan menyekat aliran air serta menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila disalurkan ke sungai atau laut. Lebih parah lagi, pencemaran air memberikan kesan yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi.
Sebagai penyelesaiannya, antara alternatif yang boleh diadatasikan ialah menggunakan plastik yang biodegradable selain konvensional plastik. Biodegradable plastik atau dikenali sebagai plastik mesra alam adalah plastik yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma (bakteria atau kulat) ke dalam air, karbon dioksida (CO2) dan beberapa bio-material. Plastik biodegradable tidak semestinya diperbuat daripada bahan berasaskan biologi (iaitu tumbuhan). Beberapa plastik biodegradable diperbuat daripada minyak dengan cara yang sama seperti plastik konvensional. Plastik Biodegradable adalah bahan yang menarik dan berguna serta mesra alam kerana ianya adalah cara yang terbaik untuk menyelamatkan bumi daripada rosak oleh kerana tangan manusia sendiri. Alternatif lain ialah mengitar semula bahan terbuang dengan menghasilkan produk berasaskan biologi serta mewujudkan kempen sistem hijau yang mesra alam. Kempen sifar polisterin juga merupakan satu langkah yang bertujuan mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Pada hari ini kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai krisis yang memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam keadaan tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak ternilai ini sama ada unsur secara langsung ataupun unsur tidak langsung. Pemusnahan habitat umpamanya merupakan unsur utama yang menyumbang kepada kehilangan biodiversiti kita pada hari ini. Jika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, perumahan dan sebagainya. Pencemaran bahan kimia ke atas spesies air tawar, laut dan tanah misalnya boleh membawa kepada lenyapnya jumlah dan spesies di dalam sesuatu ekosistem. Penuaian berlebihan yang dilakukan ke atas sumber biodiversiti secara berterusan juga merupakan unsur kepupusan biodiversiti yang menjadi punca utama kepada masalah ini. Justeru itu, pencerobohan spesies iaitu pengenalan secara tiba-tiba spesies asing dalam sesuatu ekosistem yang boleh mengganggu aliran biasa ekosistem tersebut juga penyebab kepada masalah ini.
Selain itu, teknik bioremediasi juga merupakan salah satu solusi yang efektif. Bioremediasi ialah penggunaan organisma hidup, terutamanya mikroorganisma, untuk merendahkan bahan cemar alam sekitar menjadi kurang toksik. Rentetan itu, aplikasi bioremediasi dapat digunakan dan dipraktikkan dalam menangani beberpa masalah berkaitan alam sekitar kerana ia merupakan teknik yang mesra alam dan menggunakan kos yang rendah. Jika dilihat, agama Islam sendiri sangat menuntut umatnya prihatin terhadap keselamatan biodiversiti yang dikurniakan Ilahi dan kita sebagai sebagai pemegang amanah disaran agar memakmur dan menjaganya sama seperti nyawa sendiri kerana ia menjanjikan sumber rezeki kepada kehidupan kita. Sebarang tindakan menzalimi biodiversiti dan alam akan memudaratkan dan membahayakan umat manusia itu sendiri. Sebenarnya menjaga biodiversiti adalah sama seperti menjaga keturunan kita dan ia merupakan suatu kelangsungan generasi manusia pada masa akan datang. Oleh itu sudah tiba masanya kita meletakkan kepentingan pemeliharaan biodiversiti sebagai matlamat utama dalam kehidupan kita serta berusaha menjaga dan menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai ini daripada terus dimusnahkan
Sebagai kesimpulan, antara idea baru bagi meningkatkan pendidikan STEM di Malaysia ialah, kita pihak yang terlibat khususnya haruslah memupuk dan menanam minat kepada pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi. Strategi yang boleh dilakukan adalah dengan pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan, pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh mentor. Guru juga perlulah dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu. Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik anak-anak dimana ibu bapa boleh memupuk anak-anak mereka dengan bercakap tentang sains, ahli-ahli sains , dan kerjaya dalam bidang sains untuk memberi inspirasi kepada mereka. Menonton program sains dan memperkenalkan mereka dengan laman web yang berkaitan sains juga merupakan solusinya.
Berikan Komen Anda Di Sini