23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Rumput Napier Bukan Sekadar Makanan Ternakan

Info Alam Semula Jadi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
14/12/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Isu Semasa
0 0
0

Oleh : Profesor Madya Dr. Aweng A/L Eh Rak
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

Fungsi Rumput Napier Bukan Sekadar Makanan Ternakan Tetapi Juga Mengawal Kelodakan Sungai

 

Rumput napier merupakan sejenis rumput yang bersaiz besar dan keras dan dikatakan berasal dari India. Nama saintifik bagi rumput ini ialah pennisctum purpureum. Rumput jenis ini biasanya digunakan sebagai makanan ternakan seperti lembu, kambing dan sebagainya. Ia digunakan dalam bentuk mentah atau dalam bentuk silaj iaitu diperam lebih kurang satu bulan dengan menggunakan campuran gula merah dan mikrob efektif untuk membolehkan ianya disimpan lebih lama.

Rumput jenis ini mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk matang dan boleh dituai. Pembiakannya sangat mudah iaitu dengan hanya menggunakan tunas. Tunas muda akan tumbuh pada perdu tunggul napier yang telah matang sebagai kaedah pembiakan secara semula jadi. Rumput ini mempunyai nilai nutrisi yang sangat tinggi untuk tumbesaran haiwan, justeru itu harganya juga agak tinggi. Harganya boleh mencecah ratusan ringgit satu tan. Disamping digunakan sebagai makanan haiwan, rumput ini juga dipercayai boleh menjalankan fungsi lain seperti mengawal kelodakan sungai dan sebagainya.

Selalunya aktiviti pembersihan tanah sama ada untuk tujuan perindustrian, perumahan, pertanian, pembalakan, dan lain-lain tujuan oleh manusia merupakan penyumbang utama kepada hakisan tanah dan kelodakan sungai. Beberapa penerbitan telah mencatatkan bahawa tumbuhan memainkan peranan penting dalam mengawal hakisan melalui proses biologi, sama ada secara langsung, melalui penambahbaikan rintangan permukaan tanah kepada hakisan atau secara tidak langsung, dengan mempengaruhi larian, peningkatan penyusupan dan evapotranspirasi. Kehilangan tanah melalui hakisan merupakan hasil daripada pengurusan pembukaan tanah yang tidak betul yang akhirnya menjadi penyumbang besar kepada pemendapan sungai. Pemendapan sungai atau mana-mana badan air akibat hakisan, memberi kesan yang signifikan terhadap habitat semula jadi organisma akuatik, pengurangan kapasiti simpanan air dan kehilangan biodiversiti. Walaupun ada peralatan ataupun kaedah kawalan di pasaran tetapi harganya agak mahal dan ianya tidak boleh ditanggung oleh petani-petani kecil. Ramai penyelidik di seluruh dunia mencadangkan bahawa penyelidikan harus ditumpukan kepada penggunaan bahan atau kaedah semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan untuk mengawal kelodakan dan pemendapan sungai. Sebenarnya penggunaan bahan semula jadi ini telah diamalkan oleh masyarakat dunia selama berabad-abad lamanya. Mereka bergantung semata-mata pada jalur tumbuh-tumbuhan untuk mengawal hakisan tanah dan kelodakan sungai. Disamping itu, pendekatan penggunaan tumbuhan semula jadi sebagai alat kawalan hakisan dan kelodakan tanah juga boleh menjimatkan kos.

Butiran tanah dan rumput napier sebenarnya saling berkait serta melengkapi antara satu sama lain. Tanah yang dihakis oleh air larian permukaan biasanya tanah permukaan atau top soil yang mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi. Kandungan nutrisi ini sangat diperlukan untuk tumbesaran rumput napier.  Apabila top soil ini melekat pada barisan pokok rumput napier, secara tidak langsung ia akan membekalkan nutrisi atau baja untuk tumbesaran rumput napier. Secara langsungnya, ia bertindak memerangkap kelodak tanah, menstabilkan tebing sungai yang akhirnya boleh mengurangkan kelodakan tanah yang masuk ke dalam sungai.

Bagi menilai keberkesanan rumput napier dalam mengawal hakisan tanah dan kelodakan sungai, satu kajian telah dijalankan dengan mengadakan plot ujian di tapak taman agro di Universiti Malaysia Kelantan kampus Jeli. Ujian dijalankan di bawah keadaan hujan semula jadi. Plot kajian berada pada cerun 26.79%. Rumput napier ditanam pada hujung plot dengan keluasan 3.0 m panjang dan 2 m lebar. Sementara itu, di depan jalur penampan dibiarkan kosong dengan jarak lebih kurang 17 m untuk membolehkan air larian permukaan mengalir dan membawa bersama kelodakan tanah sebelum melalui jalur penampan rumput napier. Sempadan kiri dan kanan kawasan plot dipasang dengan kepingan zink bertujuan untuk mengarahkan air larian permukaan ke jalur rumput napier (Rajah 1 & 2). Persampelan dilakukan sebanyak lapan kali sepanjang kajian dibuat, yang mana sampel air sebelum dan selepas jalur rumput napier diambil untuk analisa pepejal terampai (TSS). Tiga sampel diambil sebelum jalur rumput napier dan tiga lagi selepas jalur rumput napier (Rajah 1). Analisa kepekatan pepejal terampai dilakukan dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai Spectrophotometer DR 5000. Sementara itu, data hujan dikumpulkan dengan menggunakan alat pengukur hujan manual yang dibina di lokasi terdekat di kawasan plot. Data hujan diukur setiap 24 jam dan bacaan diambil pada jam 5.00 petang setiap hari.

 

Rajah1: Titik persampelan

 

Rajah 2 : Gambar plot kajian

 

Hasil kajian menunjukkan bahawa, sehingga 75.5% sedimen terperangkap dalam jalur rumput napier. Keputusan ini adalah selari dengan keadaan semula jadi rumput napier yang mempunyai sistem susunan pokok yang padat untuk membolehkan kelodakan tanah terperangkap dan mempunyai akar berserat berhampiran dengan permukaan tanah yang membolehkan cengkaman terhadap butiran tanah lebih kuat. Apabila perbandingan kepekatan Total Suspended Solid (TSS) atau jumlah pepejal terampai dibuat sebelum dan selepas jalur rumput napier, didapati ianya sangat ketara. Purata kepekatan TSS sebelum dicatatkan sebanyak 3,540 mg/l dan purata selepas pula dicatatkan sebanyak 1,460 mg/l.

Keputusan menunjukkan bahawa jalur rumput napier berpotensi dijadikan sebagai pengawal hakisan dan kelodakan sungai di kawasan pertanian. Penggunaan kaedah ini boleh dianggap sebagai mekanisme mesra alam yang jimat dan berkesan dalam mengawal hakisan tanah serta kelodakan sungai. Diharapkan, ianya akan menjadi pilihan kepada petani atau pihak-pihak lain yang menjalankan aktiviti pembangunan untuk menggantikan perangkap sedimen konvensional yang mahal kepada rumput napier. Di samping digunakan sebagai penapis kelodakan dan makanan haiwan, pucuk muda rumput napier juga boleh dimakan sebagai sayur.  Selain itu, rumput napier juga boleh digunakan sebagai alat kawalan serangga secara semula jadi disamping digunakan sebagai produk penjagaan kesihatan, bahan api dan lain-lain.

 

Kredit Foto : Zorg-Biogas

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains BumiInfo Alam Semula jadiKelodakan Sungaipennisctum purpureumProfesor Madya Dr. Aweng A/L Eh RakRumput NapierUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Pengurusan Diet Sihat

Next Post

Pengetahuan Tentang Tidur Tingkatkan Kesihatan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Pengetahuan Tentang Tidur Tingkatkan Kesihatan

Pengetahuan Tentang Tidur Tingkatkan Kesihatan

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In