23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, May 11, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sains, Bakat dan Masa Depan Negara

Editor by Editor
02/01/2017
in Bicara Saintis, Suara Saintis Muda
0 0
0

Oleh: Dr. Mohd Bakri Bakar


Kolokium tahunan Young Scientist Network Akademi Sains Malaysia baru melabuhkan tirainya. Program ini merupakan medan pertemuan utama saintis muda negara untuk merancang dan membangunkan strategi pengukuhan sains dalam bidang keutamaan seperti pendidikan, penyelidikan, polisi, kepimpinan, hubungan jangkau luar dan jalinan antarabangsa. Menariknya, inisiatif tersebut dimodelkan berteraskan visi, misi dan pandangan kumpulan muda yang membawa bersamanya pelbagai idea baharu.

Kebimbangan

Untuk rekod, Tan Sri Ahmad Tajuddin Ali telah dijemput sebagai tetamu kehormat untuk merasmikan penutupan kolokium yang juga merupakan program terakhir beliau selaku Presiden Akademi Sains Malaysia! Antara lain dalam ucapan tersebut, beliau turut mengutarakan kebimbangan berkenaan kesinambungan sumbangan sains dan teknologi yang berterusan terhadap kemajuan ekonomi negara. Harus di akui kedudukan ekonomi negara yang di capai sekarang telah dipacu pada peringkat awalnya oleh hasil industri berteraskan sumber komoditi getah dan kelapa sawit. Kemudiannya, hasil negara terus di perkayakan oleh industri yang berteraskan sumber minyak dan gas.

pic-1
Peserta KolokiumYoung Scientist-Network Akademi Sains Malaysia bersama Presiden dan Ahli Majlis Akademi Sains Malaysia.

Ketiga-tiga industri berkenaan terus berkembang sama ada dalam aspek pemeprosesan mahupun pembuatan. Kekuatan ini dijayakan dengan pembinaan institusi berfokus dan latihan pembangunan modal insan melalui penubuhan Rubber Research Institute Malaysia RRIM (kini dikenali sebagai Malaysia Rubber Board MRB), Palm Oil Research Institute Malaysia PORIM (kini di kenali sebagai Malaysia Palm Oil Board MPOB) dan PETRONAS.

Daripada perspektif sumber perindustrian negara secara holistik, tujahan ketiga-tiga industri yang dinyatakan telah dilengkapkan oleh hasil perusahaan industri dalam bidang seperti elektrik dan elektronik serta automatif. Namun begitu, skala kemajuannya masih tersekat pada tahap pembuatan dan pengeluaran. Pada masa yang sama, penerokaan nilai baharu sukar berlaku kerana amalan perusahaan tersebut hanya memerlukan proses pengulangan dan peniruan model sedia ada terutamanya yang di ambil dari luar negara. Malah, pemindahan ilmu dan teknologi serta latihan bakat tempatan tidak berlaku sepertimana yang diharapkan. Justeru, kebergantungan kepada pemilikan industri sebegini tidak mampu merangsang kemandirian dan kemampanan ekonomi menyebabkan negara berada pada perangkap pendapatan pertengahan.

Teknologi disruptif

Di sinilah mana-mana industri perlu sentiasa bergerak dengan mencipta nilai baharu serta berupaya meneroka segmen inovasi berasaskan keperluan semasa. Pergerakan industri yang perlahan, apatah lagi statik akan ditenggelamkan dengan peredaran masa. Lebih-lebih lagi peningkatan kehadiran teknologi disruptif akan memaksa perubahan skema amalan konvensional walaupun dalam bidang sedia mahir. Tentunya pengukuhan kelestarian nilai sesuatu industri perlu melangkau fasa pemeprosesan, pembuatan dan pengeluaran. Asasnya tetap bermula daripada penemuan penyelidikan yang diterjemahkan kepada kejayaan penghasilan teknologi sehingga memberikan pulangan ekonomi berimpak kepada negara secara berterusan.

Justeru, setiap sektor industri harus melalui proses pengkayaan bermula daripada punca idea sehingga kepada pembangunan inovasi termaju. Langkah ke hadapan harus dimulakan dengan inisiatif pengukuhan melalui penyelidikan terutamanya berteraskan sains, seterusnya menghasilkan pembangunan teknologi yang berhubung dengan tujahan inovasi. Dalam konteks ini, pengupayaan dan pemerkasaan sebarang nilai, dimensi dan halatuju berteras sains, teknologi dan inovasi STI adalah bergantung kepada kecemerlangan bakat sains.

Penurunan minat sains

Paling nyata, laporan Science Outlook 2015 yang diterbitkan oleh Akademi Sains Malaysia memuatkan kegusaran berkenaan tahap pembangunan dan pemupukan bakat sains tempatan. Dalam proses pembinaan rantaian bakat sains, peringkat awal pendidikan melibatkan pembentukan minda berinkuri di kalangan pelajar serta menanamkan minat mereka terhadap sains. Peringkat seterusnya pula melibatkan pemupukan bakat di peringkat institusi pendidikan tinggi dengan penerapan pengetahuan dan kemahiran saintifik serta teknikal sebelum melalui peringkat pengkhususan kepakaran yang seterusnya. Pada akhirnya, proses pembangunan bakat perlu di petakan dengan kehendak semasa STI dan keperluan industri sepertimana tuntutan Revolusi Perindustrian 4.0.

Namun begitu, statistik semasa menunjukkan berlakunya aliran penurunan bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan sains. Pastinya situasi sebegini telah merencat rantaian pembangunan bakat sains. Justeru, penyelesaian jangka masa terdekat perlu di fokuskan kepada pemurnian kurikulum beserta peningkatan kompetensi pendidik di peringkat institusi pendidikan rendah dan menengah. Hal yang sama turut ditegaskan dalam ucaptama pembukaan kolokium yang di sampaikan oleh Penasihat STEM Menteri MOSTI, Dato’ Dr. Lee Yee Cheong. Beliau telah mencadangkan integrasi dan sinergi kaedah pembelajaran sains tempatan bersama rujukan model global yang sedia teraku seperti LAMAP di Perancis, STEM Learning Centre York di UK dan Schülerlabore di Jerman.

Selain itu, tumpuan terhadap pemerkasaan pengetahuan dan kemahiran pendidik perlu di berikan perhatian. Ini kerana pendidik merupakan duta yang berperanan penting dalam perlaksanaan mana-mana strategi pendidikan sains mahupun pembangunan bakat awal pelajar. Malah, pendidik diperlukan untuk mengenalpasti potensi bakat pelajar tersebut dan menyusur pembangunan mereka melalui didikan yang terancang supaya terus berada laluan kecemerlangan yang berterusan. Bertitik tolak daripada ini, peserta kolokium telah bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja pendidikan sains yang bertujuan meneliti dan mencadangkan pendekatan baru kurikulum dan pembangunan pendidik sains terutamanya di peringkat pendidikan rendah dan menengah.

Sesungguhnya kolokium ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk membentuk keserakanan saintis muda cemerlang negara dan menyediakan platform interaksi dalam mewujudkan ekosistem pintar komuniti saintifik muda. Lebih daripada itu, saintis muda yang terlibat turut menggariskan perancangan dan pelan tindakan sebagai rakan kongsi pembangunan negara melalui inisiatif sains. Semuanya bagi tujuan mencipta kemakmuran dan kesejahteraan demi masa depan negara.

Catatan:// Penulis merupakan Ahli Bersekutu Young Scientist Network-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM) dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Ada apa dengan Farmakologi dan Toksikologi?

Next Post

Saintis Paling Tua di Australia dibenarkan Bertugas

Editor

Editor

Related Posts

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

2 months ago
Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik
Alam Semulajadi

Tanya Saintis: Kenali Nadhirah Syafiqah Suhaimi, Penyelidik Malaysia yang Mengharumkan Nama Negara di Peringkat Antarabangsa dalam Bidang Parasitologi Hidupan Akuatik

2 months ago
Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?
Berita & Peristiwa

Penyelidik Masa Hadapan: Superhuman atau Mangsa Brain Outsourcing?

4 months ago
FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Berita & Peristiwa

FUNTASTIC STEM Mini Carnival 2025 Memupuk Minat dan Literasi STEM dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

5 months ago
Next Post
Saintis Paling Tua di Australia dibenarkan Bertugas

Saintis Paling Tua di Australia dibenarkan Bertugas

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In