23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sains Etimologi : “Air” Dan Sumbangannya Kepada Istilah Penting Dalam Kehidupan Manusia

Info Etimologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
03/12/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Sejarah & Falsafah
0 0
0

Oleh : Prof. Madya. Dr. Mohd Bakri Bin Adam1 & Balqis Mohd Bakri2
Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia1 & Aswara2

 

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia sejagat. Ianya merupakan sebatian kimia, terhasil dari cantuman dua unsur iaitu hidrogen dan oksigen. Pada keadaan biasa, dalam suhu bilik, kebiasaannya air adalah dalam bentuk cecair dan meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi dan air diperlukan oleh setiap benda yang bernyawa di bumi untuk meneruskan kehidupan. Antara definisi terbaik bagi air adalah ianya merupakan senyawa kimia yang sangat penting bagi kehidupan makhluk hidup di bumi ini. Air juga boleh digambarkan secara umum sebagai cecair jernih yang tidak berwarna, tidak berasa dan tidak berbau.

 

Di dalam artikel ini, selain daripada sumbangan air kepada perkembangan ilmu sains, air itu sendiri secara tidak langsung menjadi penyebab kepada penyumbangan istilah-istilah kepada kehidupan manusia. Bidang kajian penerbitan susur-galur perkataan baru atau lama adalah satu bidang yang boleh dikaitkan dengan bidang Sains Etimologi. Susur-galur dan sejarah kelahiran sesuatu perkataan itu boleh berlaku dengan banyak cara, antaranya ialah dengan meminjam perkataan dari bahasa asing yang sedia ada, pengunaan bahasa dialek, mengabungkan perkataan-perkataan sedia ada, mencantumkan perkataan-perkataan yang sedia ada atau mengadunkan perkataan-perkataan yang sedia ada. Juga berlaku perubahan makna secara tersirat bila digunakan sebagai perumpamaan, ayat kiasan atau peribahasa. Air dan mata bila digabungkan menjadi air mata iaitu suatu cecair jernih yang keluar dari dua kelopak mata, manakala mata air pula memberikan dua makna yang jauh berbeza iaitu kekasih ataupun air yang keluar dari muka bumi.

 

Perkataan “air” mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembentukkan perkataan baharu dalam masyarakat melayu. Perkataan “sungai”, “laut”, “samudera”, “selat”, “terusan”, “pulau”, “kolam”, “tasik”, “telaga”, “perigi”, “kolam”, “pancuran”, “kolah”, “jeram”, “air terjun”, “paya”, “alur”, dan “lopak” kesemuanya berkaitan dengan tempat yang berair. Untuk bergerak di atas atau di dalamnya kita ada kapal laut, kapal layar, sampan, perahu, bot dan juga kapal selam dan sebagainya. Istilah bagi pengangkutan ini tidak wujud sekiranya tiada air. Perkataaan berlabuh dan belayar wujud, disamping untuk perahu dan sampan istilah berdayung juga ditimbulkan. Rakit juga merupakan perkataan yang diwujudkan pada mulanya dengan batang-batang buluh atau kayu yang dicantumkan dan diapungkan di atas air untuk bergerak. Kemudian kita memperolehi istilah rumah rakit atau rumah terapung. Terdapat istilah jeti dan juga pelabuhan menjadi tempat persinggahan di sisi air samada pantai atau teluk atau tebing sungai. Sekiranya projek tenaga hidro ingin dihasilkan daripada pergerakan air, empangan yang kukuh akan dibina di hulu sungai bagi menakung air.

 

Sekiranya kita dahaga, kita memerlukan air untuk diminum. Badan yang kotor, perlu mandi (membersihkan diri)  dengan air menggunakan pili atau pancur yang terdapat di bilik air. Untuk makluman pembaca selepas ini kesemua perkataan yang berkaitan dengan air akan dicondongkan dan digelapkan. Kewujudan air akan menerbitkan perkataan-perkataan ini dalam kehidupan manusia secara langsung atau tidak langsung. Musim kemarau menandakan musim yang kering yang tiada sumber air, mungkin air perlu ditadah terlebih awal sekiranya pengumuman ketiadaan air dibuat oleh pihak yang berkaitan. Musim hujan pula adalah musim tengkujuh, hujan yang turun adalah terdiri daripada jutaan manik-manik air yang jatuh daripada awan di atas langit selepas proses pengewapan berlaku di daratan dan juga lautan. Sekiranya rumah sudah lama dan usang, kebocoran dan ketirisan mungkin akan berlaku, air akan membasahi lantai kediaman. Bahkan kemungkinan banjir besar atau bah akan terjadi yang akan menenggelamkan sebahagian kawasan yang rendah.

 

Biasanya di sesetengah kawasan berlaku kabus atau kabut yang menyukarkan pemandangan, tetapi ada beberapa negara seperti Peru mempunyai cara untuk menangkap kabus ini sebagai sumber air minuman mereka. Setiap waktu pagi kadang-kadang kita boleh melihat embun yang terdapat atas daunan hijau sekeliling rumah. Manakala selepas hujan gerimis, pelangi secara semula jadi dihasilkan hasil daripada tapisan cahaya oleh molekul air di dalam udara. Pelangi dari jauh kelihatan seperti jambatan warna yang tiada penghujung dan pangkalnya. Di sesetengah kawasan, air hujan yang turun menjadi bebola ais atupun salji terutama di kawasan kutub utara dan kutub selatan.

 

Berkelah merupakan aktiviti yang menjadi kesukaan ramai ketika hujung minggu atau cuti umum. Sekirannya berkelah di tepi pantai boleh makan dan minum dengan gembira dan ria, kalau tiada bayu mungkin boleh berpeluh sakan tubuh badan kerana kepanasan. Kalau tidak tahu berenang jangan cuba bermain air, mungkin di bawa arus dan boleh mengakibatkan lemas. Pelbagai cara berenang boleh dilakukan seperti kuak kupu-kupu, kuak lentang dan sebagainya. Bermain papan luncur mungkin menjadi pilihan sekiranya terdapat riak ombak kuat yang boleh membawa luncur ke pantai tetapi bukan berskala besar seperti tsunami. Air laut akan pasang dan surut mengikut waktu tertentu dan ianya boleh diramalkan. Aktiviti memancing, membubu atau menjala juga dapat dilihat sekiranya terdapat ikan di dalam air. Aktiviti menyelam juga boleh dilakukan untuk melihat batu karang yang cantik di dasar laut. Selain daripada yang dinyatakan sebelum ini banyak lagi permainan yang boleh dikaitkan dengan air.

Selepas penat berkelah di pantai, sudah tentu akhirnya masanya balik ke kota. Awan sudah mula mendung kemudian hujan renyai-renyai terpaksa diredah. Sampai sahaja di kota, hujan turun dengan lebatnya, berlaku banjir kilat yang tidak disangka-sangka disebabkan longkang dan parit di tepi jalan tidak dapat menampung isipadu yang banyak menyebabkan takungan air bertambah di atas jalan raya. Ada pengguna yang menggunakan payung untuk mengelak basah, ada juga yang menggunakan baju hujan untuk melindungi diri. Ada juga kenderaan pengguna jalan raya yang ditenggelami air. Sekiranya keadaan semakin buruk, bot penyelamat mungkin datang untuk membantu mangsa banjir yang terperangkap.

 

Sampai sahaja di rumah, dengan tubuh yang basah lencun perlu dilapkan terlebih dahulu. Sekiranya memasuki bilik air, hati-hati kerana lantainya mungkin licin dan menyebabkan tergelincir seterusnya mendatangkan malapetaka. Perkara pertama yang mungkin dilakukan sesampai sahaja di kediaman ialah menjerangkan air sehingga mendidih yang dapat membunuh kuman serta sesuai untuk membuat minuman yang boleh menghangatkan badan yang kesejukan. Baju yang basah dimasukkan ke dalam mesin basuh untuk dibersihkan. Akuarium ikan juga kebiasaaannya diberikan perhatian bagi memastikan ikan peliharaan sentiasa aktif dan sihat. Air panas yang mengelegak tadi dituangkan ke dalam gelas, cawan atau mug untuk dibancuh air di dalamnya. Air dihirup sedikit-sedikit agar bibir tidak terasa kesan panasnya. Kemudian pokok hiasan hidup di dalam rumah perlu dijirus dan disiram air mengikut kadar tertentu bagi memastikan pokok terus membesar dan tumbuh dengan segar. Sekiranya ingin minuman secara sejuk pula, kiub ais boleh ditambahkan ke dalam bekas minuman. Ais adalah air yang dibekukan di bawah paras yang tertentu. Sambil minum, kuih yang dikukus panas mungkin boleh menjadi pelengkap menu.

 

 

Air juga banyak digunakan sebagai bidalan dan peribahasa di kalangan masyarakat. Antaranya ialah  ada air ada ikan, air besar batu bersibak, air di daun keladi, air jernih ikannya jinak, air pun ada pasang surutnya, air susu dibalas tuba, air tenang menghangatkan, bagai garam jatuh ke air, sambil menyelam sambil minum air, orang dahaga diberikan air dan banyak lagi yang digunakan. Ianya memberikan bahasa pertuturan dan penulisan menjadi lebih santun, sopan dan berlapik.

Bagi yang beragama Islam, air juga memberi sumbangan dalam beberapa istilah yang penting antaranya ialah berwuduk, iaitu ada niat untuk berwuduk, serta wajib menyempurnakan basuh kedua belah tangan hingga ke siku, muka, kedua kaki sehingga melepasi kedua buku lali dan menyapu sebahagian rambut. Selain itu sekiranya berlaku hadas, sekiranya ada air, ianya boleh dihilangkan dengan mandi tetapi sekiranya air sukar diperoleh ketika itu maka tayammum memadailah dilakukan.  Istinjak juga bertujuan untuk pembersihan diri menggunakan air atau medium lain.

Air walaupun tidak boleh dipegang seperti benda yang lain, ianya boleh diambil ukurannya. Antara ukuran yang biasa diambil adalah isipadu. Ukuran seperti mililiter atau liter adalah ukuran popular yang digunakan ketika menyukat sebarang objek dalam bentuk cecair.  Selain daripada itu ukuran seperti gelen juga popular digunakan.

Natihahnya tanpa pertikaian, air sangat penting dari sudut penciptaan perkataan-perkataan kepada pertuturan, percakapan, perbualan, penceritaan dan juga pelbagai bentuk penulisan dalam tamadun manusia. Apa bahasa sekalipun yang digunakan di dunia ini, di mana sahaja bumi dipijak, di mana sahaja langit dijunjung, perkataan air itu sendiri menyumbang kepada banyak istilah lain yang membantu manusia mengenal nama benda seperti sungai, laut, kapal dan sebagainya, serta memudahkan komunikasi di antara satu sama lain. Istilah yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian manusia seperti minum, mandi dan hujan tidak akan bermakna sekiranya air tidak wujud lagi dalam dunia fizikal ini. Kewujudan air yang diciptakan oleh Yang Maha Pencipta adalah sesuatu kejadian yang amat ajaib dan air adalah di antara kejadian penting memberikan ruang pembinaan istilah atau perkataan yang amat besar dalam kajian etimologi.

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AirAswaraBalqis Mohd BakriInfo EtimologiINSPEMJabatan MatematikProf Madya Dr Mohd Bakri Bin AdamUniversiti Putra Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Adakah Telur Pecah Selamat Dimakan?

Next Post

Dementiaku Sayang

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Dementiaku Sayang

Dementiaku Sayang

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In