23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 2

Editor by Editor
18/10/2009
in Bicara Saintis
0 0
0

shaharir

Oleh Profesor Dr. Shaharir Mohammad Zain

Pada awalnya, memang harapan ¨pengislaman ilmu¨ diletakkan atas bahu “universiti-universiti Islam,” terutamanya UIAM yang didirikan atas landasan “pengIslaman ilmu” untuk mencipta “ilmu Islam.” Namun, ternyata hasrat ini tidak kesampaian akibat perubahan senario politik tempatan dan tekanan nilai sejagatisme yang melumpuhkan idealisme para ilmuwan tersebut. “PengIslaman ilmu” yang diingini ialah menggunakan al-Qur’aan atau asas-asas ajaran Islam untuk mengkritik sains kontemporer (sains Barat). Banyak sains Barat yang patut dikritik, seperti “teori Newton”, “teori quantum”, “teori deguman besar” atau “teori dentuman besar.” Begitu juga ¨teori alam semesta mengembang”, “teori Einstein” , “teori Hawking”, “teori kewangan”, “teori pembuatan keputusan”, dan “teori pengoptimuman.” Ini adalah sekadar sebutan beberapa teori besar Barat dalam ilmu Barat itu.

Selain itu, etnosains kita sendiri perlu disemak kembali, terutamanya dalam konteks pertembungan dengan ilmu Barat—dengan membawa kefahaman Islam yang lebih tepat. Sebab itu, pendekatan ¨pengIslaman ilmu¨ seharusnya bermakna bahawa segala ilmu Barat kontemporer ini dan etno-ilmunya sendiri (ilmu warisan bangsanya sendiri yang selama ini terfosil) adalah sekurang-kurangnya setara dengan ilmu Yunani dan tamadun-tamadun lain. Di sinilah, kita boleh belajar dari pengalaman Tamadun Islam sebelum ini yang melakukan penyaringan ilmu dari belahan dunia lain.

Sekarang, mungkin waktunya untuk gelombang pengIslaman kedua dunia Islam, atau ketiga bagi dunia Melayu kalau mahu mempertimbangkan pengIslamannya yang diperihalkan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas itu. Bagaimanapun ada perkara yang perlu difahami tentang persoalan “sains Islam” ini. Bagi para sarjana yang mengutarakan gagasan “pengIslaman Ilmu”, terutamanya ASASI, “pengIslaman ilmu” ini tidaklah bermaksud kegiatan mudah mencari unsur-unsur “ajaran Islam” (biasanya daripada tafsiran baru tentang sesuatu ayaht al-Quran, atau al-Hadith) untuk mengukuhkan, mengeyakan atau membenarkan sains moden ini. Kegiatan ini memanglah mudah kerana seseorang yang bergiat dalam “penyelidikan sains” sebegini—kalau pun boleh dikatakan “penyelidikan”—tidak perlu menjadi ahli sains pun. Sebaliknya, memadai hanya “dengar-dengar” pada sesuatu unsur sains berkenaan itu dan mencari jalan menyesuaikan dengan sesuatu tafsiran atau terjemahan ayat al-Qur’aan atau al-Hadith. Rasanya, umat Islam melakukan kegiatan mudah ini, terutamanya sejak mereka tidak lagi menjadi penyumbang sains dunia. Akhirnya, orang yang mempopularkan kaedah ini ialah seorang pakar perubatan Perancis bernama Maurice Bucaille, seorang Zamil Akademi Perubatan Perancis.

Dalam tahun 1976, Bucaille membuat perbandingan teori sains moden dengan Bible dan al-Qur’aan, dan membuktikan bahawa ilmu yang ada di dalam al-Qur’aan lebih serasi dengan sains moden berbanding dengan Bible. Dalam karyanya yang tersohor itu, La Bible, le Coran et la Science, jelas terlihat dalam konteks sains kejadian alam semesta dan kejadian makhluk di bumi ini. Penemuan Bucaille ini cukup hebat disambut oleh dunia Islam dan beliau menjadi selebriti setelah karyanya itu ke dalam pelbagai bahasa.

Kerja gaya Bucaille ini kemudiannya disusuli oleh ramai sarjana atau penulis popular serata dunia. Ini termasuklah Achmad Baiquni dan Wardana (kedua-dua di Indonesia) yang melakukan keserasian Islam dengan teori atom dan teori Einstein.Begitu juga oleh Ibrahim (di AS) dalam beberapa makalahnya tentang teori quantum. Manakala Mansour (di Mesir) pula menulis dalam sebuah makalahnya tentang laju cahaya yang cukup laris dirujuk Muslim. Sementara, Moore  & al-Zindani (di Kanada) memaparkan tentang teori proses pembesaran bakal-bayi dalam kandungan dalam sebuah buku yang laris jualannya.

Dalam senarai Bucaillisme ini, Harun Yahya (di Turki) turut melakukannya menerusi pelbagai teori sains (melainkan teori Darwin yang dikritik hebatnya, malah menjadi sinonim dengannya). Perkara yang dilakukan oleh mereka semua ini ialah memadankan perkara yang ada di dalam al-Qur’aan dan al-Hadith dengan teori-teori Barat. Mereka melakukan dengan tujuan untuk menunjukkan keabsahan teori sains itu di sisi Islam. Lebih dashyat, mereka seolah-olah mengharapkan ehsan sarjana Barat itu—yang tentunya sebahagian besarnya adalah kemungkinan ateis, kalau pun bukan sekular—bagi membuktikan  kebenaran Islam menerusi ciptaan sainsnya!

Di Malaysia sekalipun, golongan ini agak ramai termasuk ahli ASASI sendiri. Bahkan, pada tahun 1980-an dahulu, ASASI juga pernah hanyut menerbitkan sebuah risalah karya Maurice Bucaille, “Quran and Modern Science” (satu bab daripada bukunya asalnya) bagi tujuan tersebut. Ini dapat dilihat menerusi Danial Zainal Abidin, seorang yang berlatar-belakangkan doktor perubatan dengan karyanya seperti Quran Saintifik,  Malim Ghozali, seorang mantan pegawai diplomat dan seorang sasterawan melalui karyanya Kebenaran Mutlak: Memahami Kesempurnaan, dan Mohd Arip Kasmo, seorang sarjana pendidikan sains dengan karyanya Aplikasi PASAK dalam Dakwah Kontemporari yang kemudian diangkat sebagaii penerima hadiah karya UKM pada tahun tersebut. Semua buku ini amatlah laris jualannya.

Sementara jurnal ASASI, Kesturi, dan warkah beritanya, ASASAINS, ada juga yang menerbitkan tulisan yang cenderung ke arah ini yang seolah-olah menggambarkan kecitaan ASASI ke arah kegiatan tersebut. Namun begitu, penulis merasakan keadaan tersebut berlaku ekoran tolak-ansur ASASI terhadap pandangan yang berbeza sahaja. Inilah keghairahan Bucaillisme—suatu istilah yang dikemukan oleh Ziauddin Sardar—yang berlaku dalam dunia Islam, termasuklah di Malaysia.

Walau bagaimanapun, sepadan dengan perkataan, Bucaillisme, kami pula menamakan gaya/kaedah ini sebagai gaya/kaedah “tumpang sekaki”. Pendekatan “sains Islam” atau “pengIslaman ilmu” mengikut pendekatan Bucailleisme atau “tumpang-sekakisme” itu memang wajar tidak dijadikan suatu kegiatan kesarjanaan. Ini kerana, kegiatan itu sebenarnya tidak kritis, tidak cukup berdaya cipta dan oleh itu tidak hairanlah sudah terbukti tidak mampu menerbitkan sebarang atur cara penyelidikan yang menjanjikan penghasilan inovasi. Itu belum lagi kita mengharapkan tampilnya ilmu yang baru sama sekali. Kegiatan ini juga menunjukkan kelemahan umat Islam amnya kerana sering “tertinggal kereta api” dari arus penerokaan ilmu semasa. Sebenarnya, teori yang disanjungi atau dianggap serasi dengan ajaran Islam itu hakikatnya sudah ditinggalkan oleh komuniti ahli sains Barat berkenaan, atau teori itu sedang dikritik hebat oleh sebahagian komuniti ahli sains Barat yang lain.

Umpamanya, teori atom sedang dikritik hebat sejak 1970-an, bahkan sedang diganti dengan teori baru yang dinamai teori tetali. Manakala teori Einstein sedang dipersoalkan dengan hebatnya oleh ramai pihak termasuk yang agak dominannya oleh sarjana Turki, Yilmiz, dan kumpulan sarjana Rusia yang diketuai oleh Lugonov. Malah, beberapa teori alternatif ini sedang cuba menyaingi teori Einstein itu dengan hebatnya. Manakala teori quantum pula cukup terkenal dengan beragam mazhab. Sementara, teori deguman besar dan kembarannya teori alam mengembang cukup banyak kritikan terhadapnya sehingga teori itu dianggap penuh dengan kecacatannya dan perlu diganti dengan teori yang tiada deguman besar itu atau tiada pengembangan alam semesta.

Jadi, sebab itu, muncullah teori-teori baru seperti teori Hoyle-Burbidge-Narlikar dan teori Steinhart serta tertubuhnya kumpulan penentang teori alam mengembang di UK yang bernama Kumpulan Kosmologi Alternatif (KKA) 2004 yang diketuai oleh Herman Bondi, seorang ahli kosmologi Barat yang masyhur. Malangnya, umat Islam tidak menekuni perkembangan ini dengan serius. Lantaran itu, fenomenon “ketinggalan kereta api” ini tidaklah menghairankan diterima dalam dunia Islam. Apatah lagi, golongan pendokong tumpang sekaki itu semuanya bukanlah mereka yang membuat penyelidikan dalam bidang yang mereka bicarakan itu.

Oleh itu, mereka ini tidaklah mungkin diharapkan mampu mengkritik ilmu itu. Dan, tidak mungkin mereka juga mampu untuk mencetuskan program penyelidikan yang diingini oleh para pencetus/penggerak asal “pengIslaman ilmu” itu (Nasr, al-Attas dan al-Faruqi). Memang, usaha mereka ini menyeronokkan umat Islam yang rata-rata bukan masyarakat penyelidik. Sebab itulah, buku-buku karya golongan ini sentiasa menjadi “laris jualan”. Lantas, kegiatan “tumpang sekaki” ini akhirnya mengukuhkan sainsisme itu, iaitu fahaman bahawasanya “kebenaran sains” itu mengatasi segala-galanya hatta termasuk kebenaran agama. Lebih memilukan, tafsir al-Qur’aan itu dilakukan mengikut acuan sains semasa, bukan sebaliknya. Inilah sikap yang lebih teruk daripada falsafah sains Galileo yang dianggap sesat itu. Sekurang-kurangnya, Galileo menawarkan dua kebenaran yang terasing: kebenaran sains dan kebenaran agama (Kristian).

Bahagian Pertama

Bahagian Ketiga

 

Catatan editor:// Artikel ini pernah disiarkan di akhbar SIASAH Blog Profesor Shaharir M.Zain boleh dilawati di http://shaharirbmz.blogspot.com. Pihak MajalahSains juga mengucapkan terima kasih kepada editor UmmahOnline dan pemilik blog http://selak.blogspot.com, saudara Aqil Fitri kerana sudi berkongsi artikel ini.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: buccaillismeSains IslamSaintis MelayuTokoh
ShareTweetShare
Previous Post

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 3

Next Post

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 1

Editor

Editor

Related Posts

Merungkai Matematik di Sebalik Doktrin Rukun Islam
Berita & Peristiwa

Merungkai Matematik di Sebalik Doktrin Rukun Islam

4 months ago
Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!
Alam Semulajadi

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

1 year ago
Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik
Berita & Peristiwa

Memoir Pendek Seorang Pensyarah Matematik

2 years ago
Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor
Alam Semulajadi

Hymenoptera Si Pendebunga Hutan: Penyumbang Kelestarian Makanan Hidupan Liar Herbivor

2 years ago
Next Post
Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 1

Sains Islam Bukan Hasil Bucaillisme | Bahagian 1

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In