Oleh: Mohd Perewa
Penyelidikan menunjukkan, mereka yang cenderung mengingati mimpi juga memberikan tindakbalas yang lebih kuat untuk mendengar nama mereka ketika bangun dari tidur.
Kebanyakan orang bermimpi ketika tidur, namun tidak semuanya mampu mengimbau perjalanan minda (bermimpi) mereka pada keesokan harinya, dan saintis tidak dapat mengungkapkan mengapa sesetengah orang mampu mengingatinya berbanding orang lain.
Bagi mengetahui lebih lanjut dalam hal ini, penyelidik menggunakan elektroensefalografi untuk merakam aktiviti elektrik di dalam otak 36 responded ketika peserta sedang mendengar bunyi latar, dan kadang-kadang mendengar nama mereka. Ukuran reaksi otak diambil ketika sedar dan tidur. Separuh daripada peserta dikategorikan sebagai pengimbau mimpi tahap tinggi, kerana mereka dilaporkan mengingati mimpi mereka hampir setiap hari, dan separuh lagi pengimbau mimpi tahap rendah, mereka hanya mengingati mimpi mereka sekali atau dua kali sebulan
Apabila tidur, kedua-dua kumpulan menunjukkan perubahan yang sama dalam aktiviti otak mereka sebagai respon kepada nama mereka dipanggil, ia dimainkan sesederhana mungkin agar tidak mengejutkan mereka.
Walaubagaimanapun, apabila tersedar, pengimbau mimpi tahap tinggi menunjukkan pengurangan yang berterusan dalam gelombang otak yang digelar gelombang alfa apabila mereka mendengar nama mereka, berbanding dengan pengimbau mimpi tahap rendah.
“Ia agak mengejutkan melihat perbezaan antara dua kumpulan ketika sedar,” kata penyelidik Perrine Ruby, saintis neuro di Pusat Penyelidikan Neurosains Lyon di Perancis.
Perbezaan ini boleh memberi pelbagai gambaran dalam otak pengimbau mimpi tahap tinggi dan rendah, ia juga boleh berperanan dalam menentukan bagaimana mereka bermimpi, kata Ruby
Siapa yang mengingati mimpi?
Satu teori yang kukuh menunjukkan bahawa pengurangan gelombang alfa adalah petanda kawasan otak sedang menghalang daripada tindakbalas terhadap rangsangan luar. Kajian menunjukkan apabila manusia mendengar bunyi yang tiba-tiba atau membuka mata dengan tiba-tiba, dan lebih banyak kawasan otak aktif, gelombang alfa akan berkurangan.
Dalam penyelidikan ini, seperti yang dijangka, kedua-dua kumpulan menunjukkan pengurangan dalam gelombang alfa apabila mereka mendengar nama mereka ketika sedar. Tetapi pengimbau mimpi tahap tinggi menunjukkan penururan yang lebih lama, yang mana boleh dijadikan petanda bahawa otak mereka berubah lebih aktif apabila mereka mendengar nama mereka dipanggil.
Dalam kata lain, pengimbau mimpi tahap tinggi boleh menghubungkan lebih banyak kawasan otak ketika proses pendengaran ketika sedar, berbanding pengimbau mimpi tahap rendah, kata penyelidik.
Ketika manusia sedang tidur, gelombang alfa bergerak dari arah bertentangan – ia meningkat apabila bunyi tiba-tiba didengar. Saintis tidak pasti bagaimana perkara ini berlaku, namun satu idea mengenai perkara ini adalah ianya melindungi otak daripada diganggu oleh bunyi ketika tidur, kata Ruby.
Semestinya, kajian terhadap peserta yang meningkat gelombang alfa sebagai tindak balas kepada bunyi ketika tidur, dan tidak ada perbezaan antara dua kumpulan ini.
Satu kemungkinan untuk menjelaskan sedikit perbezaan adalah, penyelidik memberitahu berkemungkinan pengimbau mimpi tahap tinggi mempunyai penambahan yang besar terhadap gelombang alfa, tetapi ia sangat tinggi dan boleh menyedarkan mereka.
Tempoh terjaga, pada waktu malam
Penyelidik melihat pengimbau mimpi tahap tinggi lebih kerap tersedar pada waktu malam. Mereka sedar, secara purata dalam 30 minit pada waktu malam (tidur), dan sebaliknya pengimbau mimpi tahap rendah pula tersedar selama 14 minit. Walau bagaimanapun, Ruby menyebut “kedua-duanya masih dalam julat normal, tiada yang ganjil serta pelik pada kumpulan ini.”
Secara kesimpulannya, keputusan penyelidikan ini mencadangkan otak pengimbau mimpi tahap tinggi mungkin lebih reaktif terhadap rangsangan seperti bunyi, hal ini boleh membuat mereka tersedar dengan mudah. Ianya lebih kepada seseorang mampu mengimbau mimpinya sekiranya mereka tersedar serta merta, kata Ruby.
Walau bagaimanapun, terjaga di tengah malam boleh dikatakan hanyalah sebahagian dari perbezaan dalam mengingati mimpi. “masih banyak lagi perkara yang perlu dikaji,” katanya lagi.
SUMBER–LiveScience