23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 14, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sakit Belakang Pada Usia Muda : Mungkin Penyakit Ankylosing Spondylitis

Info Kesihatan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
23/07/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Prof Madya Dr Sakthiswary A/P Rajalingham
Pakar Perunding Rheumatologi
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Ankylosing Spondylitis atau AS adalah penyakit radang sendi terutamanya pada sendi tulang belakang. Punca penyakit ini tidak diketahui. Selain daripada tulang belakang, sendi-sendi lain, tendon dan ligamen juga mungkin mengalami radang dan turut terjejas. Penyakit ini bermula sebelum usia 45 tahun, selalunya ketika dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun.  Penyakit ini lebih kerap berlaku di kalangan lelaki dengan nisbah lelaki kepada perempuan iaitu 2: 1.

 

Penyakit ini mempunyai kaitan dengan gen HLA B27.  Dalam kalangan rakyat Amerika Utara, 7% mempunyai gen ini tetapi hanya 0.1% menghidap penyakit AS. Di kalangan pesakit AS di Amerika Utara pula, 90% mempunyai gen HLA B27.  Risiko mendapat penyakit AS lebih tinggi sekiranya mempunyai gen HLA B27 dan sejarah penyakit AS dalam kalangan ahli keluarga atau saudara-mara. Keputusan gen HLA B27 yang negatif tidak bermakna seseorang itu tidak mempunyai penyakit AS.

 

Gejala atau simptom awal penyakit ini yang paling kerap adalah sakit di bahagian punggung atau bahagian bawah tulang belakang. Kesakitan ini adalah berpunca daripada radang pada sendi sakroiliak. Sendi sakroiliak adalah sendi yang menyambungkan tulang belakang kita dengan tulang pelvis. Pesakit sering mengadu bahawa kesakitan yang dialami lebih teruk di sebelah tengah malam dan waktu pagi (selepas bangun tidur). Selain sendi sakroiliak, AS boleh menyebabkan kesakitan di bahagian leher atau mana-mana bahagian di sepanjang tulang belakang. Tanpa rawatan, penyakit ini boleh mengakibatkan kehilangan kelenturan tulang belakang dan postur badan akan berada dalam keadaan bongkok (kyphosis). Tahap akhir penyakit ini adalah apabila tulang belakang bercantum antara satu sama lain dan berbentuk seperti buluh (“bamboo spine”).

 

 

Mereka yang menghidap sakit belakang berpanjangan elok berjumpa dengan pakar rheumatologi untuk memastikan samada sakit tersebut berpunca daripada penyakit AS atau tidak. Ujian-ujian awal untuk mendiagnosa penyakit ini termasuk gambar Sinar-X tulang belakang dan sendi sakroiliak, ujian darah C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate (ESR). Gambar Sinar-X tulang belakang dalam penyakit AS menunjukkan syndesmophyte iaitu pertumbuhan tulang kecil secara menegak yang menyambungkan satu tulang vertebra dengan lain. Gambar Sinar-X sendi sakroiliak pula mungkin menunjukkan permukaan sendi yang tidak sekata disebabkan hakisan tulang, sklerosis di bawah permukaan rawan (subchondral sclerosis) ataupun percantuman sendi sakroiliak secara separa atau sepenuhnya. Keputusan ujian darah CRP dan ESR sering menunjukkan nilai yang lebih tinggi daripada julat normal dalam keadaan penyakit yang aktif. Antara kaedah yang terbaik untuk memastikan diagnosis penyakit ini adalah MRI sendi sakroiliak. Dalam penyakit AS, MRI menunjukkan sumsum tulang yang bengkak (oedema). Selain itu, ujian gen HLA B27 juga digunakan untuk membantu memastikan diagnosis penyakit AS.

Objektif rawatan penyakit AS adalah untuk mengawal radang pada sendi tulang belakang dan sakroiliak supaya pesakit tidak mengalami kesakitan di bahagian belakang dan pada masa yang sama kelenturan dan pergerakan sendi-sendi tulang belakang tidak terjejas. Pada peringkat awal, ubat NSAID (non steroidal anti-inflammatory drug) digunakan untuk merawat penyakit ini. Sekiranya penyakit masih aktif selepas mencuba 2 jenis ubat NSAID dalam tempoh masa 4 minggu, ubat biologik dalam bentuk suntikan akan digunakan. Contoh ubat biologik yang digunakan dalam rawatan AS adalah infliximab, adalimumab, golimumab (ubat penghalang faktor tumor nekrosis) dan ubat secukinumab (ubat penghalang interleukin 17). Para pesakit juga akan dirujuk untuk rawatan fisioterapi untuk memulihkan kelenturan tulang belakang dang menguatkan otot-otot belakang. Penyakit ini perlu dirawat dari peringkat awal untuk mengelakkan kerosakan sendi-sendi tulang belakang dan sakroiliak.

 

Kredit Foto : tristatearthritis

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Penyakit Ankylosing SpondylitisProf Madya Dr Sakthiswary A/P RajalinghamPusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaSakit Belakang
ShareTweetShare
Previous Post

Kerjaya - Kepelbagaian Bidang Profesion Pegawai Sains

Next Post

Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan
Berita & Peristiwa

Kesihatan Mental Pesakit COVID-19 Di Unit Rawatan Rapi (ICU), Entiti Yang Hampir Dilupakan

10 hours ago
Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik
Alam Semulajadi

Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

1 day ago
Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan
Alam Semulajadi

Burung Nokturnal: Burung Hantu, Burung Tukang dan Burung Segan

1 day ago
Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air
Alam Semulajadi

Inovasi Pengusaha Kolam Udang Mencipta Alat Pengukur Kekeruhan Air

1 day ago
Next Post
Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

Evolusi Teknologi Realiti Berperanta (AR) dan Aplikasinya dalam Konservasi Digital Serta Warisan Maya

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bagaimanakah Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pepatah Berkepit Macam Belangkas: Satu Tinjauan Saintifik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In