23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 25, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sakura Science Exchange Program: UiTM Timba Ilmu Kelestarian Akuakultur Marin Tropika di Okinawa, Jepun

Program Sakura Exchange Program UiTM di Okinawa, Jepun

Editor by Editor
18/12/2023
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Gs. Sharir Aizat Kamaruddin

Stesen Penyelidikan Marin, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis,
Kampus Arau, Perlis

 

Pada 12 – 22 November 2023, 9 peserta daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia telah mengambil bahagian dalam program Sakura Science Exchange Program yang telah diadakan di Okinawa, Jepun. Program ini bercirikan penyelidikan kolaboratif dengan tajuk “International Joint Technical Exchange Program for The Promotion and Incubation of Sustainable Tropical Marine Aquaculture”. Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh Japan Science and Technology Agency (JST).

Gambar 1: Para peserta menunggu penerbangan ke Okinawa, Jepun

Para peserta yang mengikuti program ini ialah Sr. Ts. Dr. Siti Hafsah Zulkarnain (UiTM Cawangan Selangor); Dr. Nurzaki Ikhsan (UiTM Cawangan Selangor); Sharir Aizat Kamaruddin (UiTM Cawangan Perlis); Khairul Naim Abd.Aziz (UiTM Cawangan Perlis); Aimie Rifhan Hashim (UiTM Cawangan Perlis); Alahasin Rubama (UiTM Cawangan Sabah); Profesor Dr. Hj Abdol Samad Nawi (UiTM Cawangan Kelantan); Profesor Madya Dr. Rozita@ Uji Mohammed (UiTM Cawangan Sabah) dan Profesor Madya Dr. Henry Joseph (UiTM Cawangan Sabah).Program ini dimulakan dengan majlis pembukaan program di University of the Ryukyus, Okinawa, Jepun yang bertindak sebagai hos program ini. Penerangan mengenai program ini telah disampaikan oleh Profesor Dr Shoichiro Suda. Kemudian para peserta diperkenalkan dengan dua orang pelajar pascasiswazah iaitu En. Jue Lalas dan Cik Ayaka Paul yang membantu menguruskan program dan menterjemah bahasa Jepun ke bahasa Inggeris.

Gambar 2: Para peserta tiba di Lapangan Terbang Naha, Okinawa, Jepun

Peserta program telah dibawa melawat pelbagai pusat penyelidikan dan industri akuakultur marin tropika yang banyak menyumbang kepada sektor sosio ekonomi wilayah Okinawa, Jepun. Antara tempat yang dilawati adalah Nakagusuku Village Aquaculture Technology Research Center (NAICe), Euglena co, Seikai National Fisheries Research Institute, Okinawa Prefectural Fisheries Research and Extension Center, Tropical Biosphere Research Center, Marine Aquaculture Center Sesoko Station, Okinawa Prefectural Sea Farming Center, Onna Village Fisheries Cooperative Association dan Okinawa Mozuku Board. Kesemua industri dan pusat penyelidikan yang dilawati ini memberikan pengetahuan berguna kepada para peserta bagi memperoleh input berkaitan perkembangan dunia sains dan teknologi akuakultur marin serta dapat membuat gambaran tentang keperluan teknologi untuk kelestarian alam sekitar dan sumber marin.

Gambar 3: Sesi penerangan di Prefectural Fisheries Research and Extension Center.

Semasa lawatan ke industri dan pusat penyelidikan di sana, para peserta telah menyampaikan beberapa cenderahati berbentuk plak dan seni kreatif etnik sebagai tanda kenang-kenangan. Perbincangan koloborasi penyelidikan, program pertukaran pensyarah serta menandatangani perjanjian persefahaman turut berlangsung dengan jayanya. Sebelum mengakhiri program ini, para peserta dianugerahi dengan sijil penyertaan program dan menjadi ahli rasmi kepada Sakura Science Club. Para peserta juga turut menghayati budaya kerja masyarakat Jepun dan turut sama mempromosi budaya, adat-istiadat dan bahasa Melayu sebelum pulang ke tanah air.

 

Gambar 4: Para peserta bergambar di Seikai National Fisheries Research Institute

Di kesempatan ini juga, Universiti Teknologi MARA mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan terutamanya kepada Profesor Madya Dr. Iwamoto Koji (Malaysia-Japan International Institute of Technology); Professor Dr. Shoichiro Suda (University of the Ryukyus) dan Hashimoto Kazuhito (Japan Science and Technology Agency) yang telah memerah keringat dalam memudahkan urusan para peserta dalam menyempurnakan segala aktiviti dan program Sakura Science Exchange Program.

Gambar 5: Para peserta mempamerkan sijil Sakura Science Exchange Program sambil disaksikan oleh Profesor Madya Dr. Iwamoto Koji (Malaysia-Japan International Institute of Technology); Professor Dr. Shoichiro Suda (University of the Ryukyus)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) sangat menyokong usaha murni untuk meningkatkan jaringan pendidikan antara Jepun dan Malaysia terutamanya dalam hal pertukaran ilmu berkaitan kemahiran sains dan teknologi. Universiti ini berharap ada lebih ramai warganya mempunyai peluang untuk terlibat dalam program ini pada masa akan datang sejajar dengan agenda Madani dan aspirasi Globally Renowned University (GRU2025). Selain itu juga, program bercirikan antarabangsa ini juga mampu meningkatkan visibiliti nama UiTM dan Malaysia di persada dunia.

Catatan: Penulis Gs. Sharir Aizat Kamaruddin merupakan seorang pensyarah di Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Kampus Arau. Beliau memegang jawatan sebagai Penyelaras Pengurusan Acara dan Protokol di Unit Komunikasi Korporat. Di samping itu juga, beliau merupakan Penasihat Persatuan Science X-SiS, dan Taekwondo ITF di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Bidang kepakaran beliau adalah pengurusan kualiti air, biodiversiti, ekologi,sains alam sekitar, sistem maklumat geografi, polisi dan undang-undang sumber alam serta inovasi kelestarian ekologi. Kini, beliau banyak mengfokuskan dalam kajian taburan obor-obor, kualiti air marin, biodiversiti plankton dan ikan, pencirian kualiti sedimen pantai dan sungai, inovasi penciptaan bioplastik hijau dan inovasi peta alam sekitar.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Sakura Exchange ProgramSharir Aizat KamaruddinUiTM Perlis
ShareTweetShare
Previous Post

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

Next Post

Limpahan Mikroplastik Ancam Populasi Serangga Petunjuk Biologi Ekosistem Akuatik

Editor

Editor

Related Posts

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar
Berita & Peristiwa

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

1 day ago
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

2 weeks ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

3 weeks ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Next Post
Limpahan Mikroplastik Ancam Populasi Serangga Petunjuk Biologi Ekosistem Akuatik

Limpahan Mikroplastik Ancam Populasi Serangga Petunjuk Biologi Ekosistem Akuatik

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In