23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, December 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Salah Faham Berkaitan Ergonomi

Info Ergonomik

Saiful Bahari by Saiful Bahari
20/01/2022
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Prof Madya Dr Dian Darina Indah Daruis & Dr Nor Kamaliana Khamis
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia

Ergonomi kian menjadi sebutan sejak pandemik COVID-19 melanda apabila semakin ramai mulai sedar akan kepentingannya. Ramai yang mengadu menghadapi sakit belakang dan leher akibat ‘bekerja atau belajar dari rumah’ dan mencari solusi serta-merta, antaranya, dengan membeli kerusi ‘gamers’, penyokong mudah-alih komputer riba, tetikus menegak dan pelbagai lagi alatan yang dikatakan ergonomi.

Ergonomi ialah satu disiplin yang merangkumi elemen sains, kesihatan, sistem, reka bentuk dan kejuruteraan. Berasal daripada perkataan Greek iaitu Ergon dan Nomos, ergonomi boleh dikaitkan dengan disiplin saintifik berkenaan pemahaman ke atas interaksi antara manusia dan elemen-elemen yang melibatkan suatu sistem, dan pekerjaan. Ia mengaplikasikan teori, prinsip-prinsip, maklumat dan kaedah bagi meningkatkan prestasi manusia dan sistem keseluruhan secara optimum.

 

Namun begitu, terdapat beberapa mitos yang selalu disalah ertikan dan dikaitkan dengan ergonomi. Antaranya ialah:

Mitos 1 : ergonomi ialah kerusi

Jika ditanya kepada kebanyakan orang tentang ergonomi, kemungkinan besar inilah jawapan yang akan diterima. Pengetahuan berkenaan ergonomi belum sampai ke dasar akar umbi rakyat Malaysia. Cara duduk yang ergonomi bukan hanya disebabkan oleh tempat duduk atau kerusi tersebut empuk dan ergonomi, tetapi ia adalah berdasarkan amalan ergonomi ketika duduk. Contohnya, berkaitan pelarasan posisi badan kita ketika duduk. Adakah badan kita terlalu membongkok? Adakah mata kita terlalu mendongak ketika menghadap skrin komputer?

Mitos 2 : ergonomi kerana label atau nama

Kerap kali kita mendengar kisah di sekeliling kita yang mengeluh badan mereka masih sakit walaupun telah membeli produk ergonomi yang begitu mahal. Wujud kes ada yang tertipu dengan beg sekolah kanak-kanak yang dijual dengan harga ratusan ringgit dan dilabelkan sebagai ergonomi. Disebabkan teruja dengan label tersebut, ada yang terus membeli beg berkenaan tanpa berfikir panjang. Tetapi begitu mengejutkan apabila sampai ke rumah, beg tersebut terlalu lebar untuk bahu kanak-kanak. Perkara ini boleh terjadi kerana terdapat label dan perincian beg berkenaan menggunakan terma ergonomi. Kononnya, beg ergonomi tersebut mempunyai sistem sokongan belakang yang dapat menyokong dan memelihara tulang belakang kanak-kanak. Sebenarnya, banyak lagi produk lain yang sering dipromosikan dengan menggunakan label ergonomi. Antaranya tilam bernilai ribuan ringgit, kerusi meja kerja, tetikus dan papan kekunci komputer.

Mitos 3 : ergonomi sukar dilaksanakan kerana ia mahal

Terdapat sebahagian orang menganggap ergonomi dikaitkan dengan produk mewah. Ini disebabkan oleh, kemungkinan wujudnya segelintir pembuat produk mahupun sistem yang menerapkan elemen ergonomi sebagai nilai tambah untuk menaikkan harga. Diakui ada produk atau sistem yang baik kualitinya, namun begitu, ada segelintir juga menggunakan elemen ini tanpa justifikasi yang kukuh dan mengaitkannya dengan ergonomi. Namun begitu, ia tidak semestinya salah dari sudut pemasaran dan perniagaan, tetapi sebagai pengguna, kitalah yang perlu bijak memilih.

Bagi majikan pula, disebabkan pengetahuan tentang ergonomi agak cetek, majikan mengelak untuk menerapkan nilai ergonomi di tempat kerja dengan alasan ia mahal. Konsultansi dikatakan mahal, dan intervensi yang dicadangkan oleh pakar perunding juga terlalu tinggi. Akibatnya, para pekerja terpaksa menanggung kesannya dan terdedah kepada penyakit-penyakit otot rangka dan pelbagai penyakit berkaitan pekerjaan yang lain.

 

Dalam ergonomi, perkara berikut perlu diambil kira;

Pengguna adalah Aset

Sebuah kerusi selesa yang dibuat di Eropah tidak semestinya menjadikan ia ergonomi kepada pengguna di Asia, kecuali jika pengguna tersebut mempunyai saiz badan yang menyamai orang Eropah. Dalam ergonomi, istilah ‘satu saiz untuk semua’ tidak tepat dalam pembuatan produk atau sistem.

Dalam menghasilkan produk yang ergonomi, antropometri atau ukuran tubuh pengguna yang bakal menggunakan produk tersebut adalah amat penting. Ia bukan sahaja ukuran panjang, lebar ataupun ukur lilit, tetapi pelbagai lagi parameter lain antaranya seperti gapaian tangan, kaki malah garis penglihatan. Sekiranya produk tersebut memerlukan daya kekuatan untuk pengoperasian, ia perlulah mengikut kemampuan bakal pengguna dengan daya yang paling minimal, contohnya isu penutup botol yang terlalu ketat untuk warga emas ataupun pengguna tangan dominan kiri. Ketinggian anak tangga di tempat awam sebagai contoh, perlu mengambil kira mereka daripada golongan kanak-kanak, ibu mengandung, warga tua dan warga berkeperluan khas.

Secara spesifiknya, produk atau sistem itu perlu mengambil kira pengguna sebagai aset tanpa perlu membuat fitur yang futuristik dan berharga mahal seperti terdapatnya elemen kecerdasan buatan. Kerusi kerja/pejabat yang mempunyai penyandar badan dan kepala, penyokong tangan dan punggung yang sesuai serta boleh diubah laras konfigurasi ketinggian dan sudut penyandar memadai untuk menjadikan ia ergonomi dengan syarat pengguna bebas bergerak mengubah postur duduk pada satu-satu masa. Kesimpulannya, sebenarnya, produk dan sistem yang ergonomi dapat ditawarkan pada harga yang mampu milik dan mesra pengguna.

Teknologi Sebagai Alat

Teknologi sepatutnya menyenangkan hidup manusia dan bukan sebaliknya. Kewujudan komputer, komputer riba dan telefon pintar sepatutnya memudahkan kerja harian manusia agar banyak perkara menjadi lebih pantas. Tetapi manusia menjadi terlalu terikat dengan teknologi-teknologi ini sehingga melupakan pelarasan posisi badan dan amalan asas ergonomi yang sesuai ketika melakukan sesuatu tugasan. Keadaan ini boleh mengancam kesihatan tubuh badan sendiri.

Tetikus dan papan kekunci ergonomi mungkin direka bentuk dengan begitu baik mengikut postur neutral tangan manusia. Tetapi sekiranya penggunanya bekerja tanpa henti sehingga berjam-jam lamanya, ia tetap menjadikan pekerjaan tersebut tidak ergonomi walaupun alat yang digunakan telah ergonomi.

Memupuk Kehidupan Berkualiti

Bagi majikan, seelok-eloknya sediakan ruang persekitaran tempat kerja yang kondusif. Jangan berikan alasan untuk mengatakan tempat kerja tidak ergonomi kerana ia mahal dan di luar kemampuan syarikat. Majikan seharusnya memahami dahulu prinsip asas dalam amalan kerja yang ergonomi dan berkongsi ilmu tersebut dengan pekerja. Terdapat beberapa perkara yang tidak memerlukan wang untuk mengubah ruang atau aktiviti kerja, tetapi ia hanya memerlukan sedikit perubahan pada cara kerja atau sistem penyusunan ruang.

Suatu ruang kerja yang ergonomi akan mempunyai sistem yang mana pekerja tidak perlu mengangkat beban melampau sehingga menyebabkan pekerja terpaksa cuti sakit dua hari seminggu. Ini sudah pasti tidak ekonomi. Sekiranya sistem kerja direka  bentuk supaya beban boleh diangkat bersama oleh lebih dari seorang pekerja atau ditolakkan dengan sistem beroda atau apa-apa bantuan mekanikal yang lain, ia dianggap sebagai intervensi ergonomi. Keadaan ini dapat menjamin kesihatan yang lebih baik kepada pekerja dan memberikannya kehidupan pekerjaan yang berkualiti.

Kesimpulan

Ergonomi bukan hanya logik akal. Ia memerlukan pengetahuan menyeluruh berkaitan manusia kerana pada dasarnya, untuk menjadikan ia ergonomi, produk, kerja dan sistem itu perlu ‘sesuai dan padan’ dengan manusia.

 

Kredit Foto : layahealthcare

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Nor Kamaliana KhamisErgonomiInfo ErgonomikProf Madya Dr Dian Darina Indah DaruisPusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Mengembangkan Deria Matematik Bayi Dalam Masa Enam Bulan Pertama

Next Post

Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!
Alam Semulajadi

Kebebasan Rekreasi juga Hak Kanak-kanak: Persekitaran Sihat dan Selamat Faktornya!

2 days ago
Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)
Berita & Peristiwa

Paradoks Pelajar Pintar dan Berbakat dengan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

1 week ago
Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan
Berita & Peristiwa

Young Sheldon & Sains: Sempena Hari Sains Sedunia untuk Keamanan dan Pembangunan

4 weeks ago
Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya
Berita & Peristiwa

Kriptografi: Seni Penyulitan Data Dunia Maya

1 month ago
Next Post
Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan untuk Subjek Matematik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In