23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, January 18, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sambal Pijat : Makanan Eksotik Penduduk Jeli, Kelantan

Info Alam Semula Jadi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
13/08/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Dr Nor Shahirul Umirah binti Idris
Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan

 

Kebanyakan orang memilih sayur dan ulam untuk dimakan mengikut citarasa dan kegemaran mereka. Pada zaman moden ini, ramai juga yang memilih sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang dimakan mengikut kepercayaan terhadap khasiat yang bakal diperoleh. Terdapat sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar di hutan tropika Malaysia dikenali sebagai pokok pepijat di kalangan penduduk di Jeli, Kelantan dikatakan mempunyai khasiat dari segi perubatan. Daripada segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sesuai untuk kegunaan wanita lepas bersalin dan daunnya dijadikan pembalut tungku dan ramuan mandian bagi wanita berpantang. Selain itu, daunnya juga digunakan untuk melegakan masalah pening kepala atau mabuk. Bahagian akarnya bersama-sama dengan akar tumbuhan lain dijadikan sebagai ramuan dalam amalan penjagaan kesihatan dalaman.

 

Sumber : Google Image

 

Pokok pepijat atau nama saintifiknya Elettariopsis curtisii adalah genus herba perennials yang tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Terdapat hampir 30 spesies dalam genus ini di seluruh dunia, yang mana taburannya meliputi kawasan di Thailand, Malaysia dan Borneo. Genus herba ini didapati hidup subur di kawasan yang udaranya lembap, tanah yang lembap dan mendapat naungan sepenuhnya dari tumbuhan lain.

Apa yang menariknya mengenai genus tumbuhan ini adalah kerana gelaran yang diberikan oleh masyarakat setempat di Jeli, Kelantan, ekoran daripada bau yang dihasilkan seakan bau pepijat (sejenis serangga yang mempunyai bau yang busuk) apabila daun dan rizomnya dihancurkan. Selain digunakan dalam perubatan tradisional, tumbuhan ini juga dijadikan bahan masakan. Orang asli di Semenanjung Malaysia menggunakan daun pokok pepijat sebagai salah satu bahan masakan untuk masakan daging dan ikan. Di Jeli, Kelantan, sambal pijat sudah begitu sinonim dan merupakan resipi turun temurun yang diwarisi berkurun lamanya. Walaupun pokok pepijat ini mengeluarkan bau yang busuk, namun begitu bau pijatnya bertukar menjadi aroma yang cukup menyelerakan apabila dimasak. Sambal pijat yang dikategorikan sebagai makan eksotik cukup popular di kalangan masyarakat di daerah Jeli dan hanya boleh didapati di daerah ini.

 

Sumber : diambil oleh penulis sendiri

 

Sambal pijat dihasilkan daripada campuran batang atau akar pokok pijat, mempelam, belacan, ikan air tawar dan perasa. Sambal ini menjadi menu wajib setiap kali majlis keramaian diadakan di daerah yang terkenal dengan kehijauan flora dan gunung-ganangnya. Masyarakat di daerah Jeli juga lebih memilih sambal pijat berbanding sambal belacan disebabkan oleh rasanya yang lebih membuka selera walaupun sedikit berbau, lebih pedas dan ada rasa masam. Sambal ini menjadi pilihan utama apabila tibanya musim hujan kerana keenakan rasanya apabila diambil dengan nasi putih, budu dan gulai lemak.

 

Keratan rentas genus Elettariopsis sp. (sumber : Picheansoonthon & Yupparach. 2010)

 

Seperti kebanyakan tumbuhan lain yang tergolong dalam keluarga halia (Zingiberaceae), genus herba ini membiak melalui pecahan rizom. Pokok ini mempunyai ketinggian diantara 0.5 m hingga 1.5 m, mempunyai rizom yang yang berbentuk tirus dan panjang dan mempunyai daun seakan-akan seperti kunyit. Rizomnya diselaputi oleh selaput yang longgar dan tumbuh menjalar hampir di permukaan atas tanah. Manakala daun pepijat didapati berbentuk lanseolat yang bahagian tengahnya melebar dan menyempit kemudian pada tangkai daunnya. Saiz rumpun bagi pokok pijat ini biasanya boleh mencapai sehingga ke 1 meter ketinggian. Dalam satu rumpunnya, terdapat dua helai hingga ke lima helai daun. Daripada rumpun inilah terhasilnya bunga tunggal yang panjang dan runcing dari bawah permukaan tanah. Bunganya yang berwarna putih kekuningan pula tumbuh secara berjarak antara satu sama lain.

 

Rujukan

Picheansoonthon, C.,and Yupparach. 2010. Further Study on the Elettariopsis Baker (Zingiberaceae) in Thailand-a New Species and a New Record . Taiwania, 55(4): 335-341

Ibrahim, H., Syamsir, D.R., Aziz, A.N., and Awang, K. 2009. Essential Oils of Elettariopsis curtisii (Zingiberaceae) and Their Antimicrobial Activities. Journal of Essential Oil Research.volume 21.

 

Kredit Foto : Ahmad Fuad Morad

 

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Nor Shahirul Umirah binti IdrisFakulti Sains BumiInfo Alam Semula jadiSambal PijatUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Hutan Simpan Ayer Hitam & Geronggang

Next Post

COVID 19: Potensi Rawatan Farmakologi

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Sains Menghuraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup
Alam Semulajadi

Sains Menghuraikan Peribahasa Memikul Biawak Hidup

11 hours ago
Apakah Itu Skala pH?
Berita & Peristiwa

Apakah Itu Skala pH?

4 days ago
Ego Manusia Yang Sering Menyalahkan Biawak
Alam Semulajadi

Ego Manusia Yang Sering Menyalahkan Biawak

5 days ago
UTM Hasilkan Prototaip Membran Untuk Digunakan Dalam Hemodialisis
Berita & Peristiwa

UTM Hasilkan Prototaip Membran Untuk Digunakan Dalam Hemodialisis

2 weeks ago
Next Post
COVID 19:  Potensi Rawatan Farmakologi

COVID 19: Potensi Rawatan Farmakologi

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sains dan Pergantian Musim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ada Apa Dengan Statistik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Teori dan Falsafah Teknologi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In