23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sambutan Hari Kuantum Sedunia 2022

Sambutan Hari Kuantum Sedunia 2022

Editor by Editor
08/04/2022
in Berita & Peristiwa, Fizik
0 0
0

Oleh : Ahmad Hazazi Ahmad Sumadi
Penyelidik Kedoktoran Fizik Matematik, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM

 

Selain fizik Newton sejarah sains menunjukkan bahawa penemuan besar dalam bidang fizik pada awal abad ke-20 telah melahirkan satu bidang baharu yang dikenali sebagai fizik kuantum. Ia adalah bidang yang paling asasi dalam fizik selain teori kenisbian Einstein. Secara umumnya fizik kuantum adalah teori yang memerihalkan tabii zarah atom atau zarah-zarah keunsuran seperti elektron, positron, foton dan sebagainya. Selain terkenal dengan polemik yang menjadi perdebatan kalangan ahli fizik kuantum tentang konsep dasarnya tetapi kejayaannya menjadi tunjang bagi penghasilan teknologi termaju amat mengkagumkan. Keupayaan fizik kuantum dalam memerihalkan tabii zarah atom telah menjadi asas kepada lahirnya peranti-peranti elektronik yang diguna pakai dalam bidang-bidang sains dan teknologi yang lain. Pendek kata tiada fizik kuantum tiadalah peranti-peranti elektronik.

Perkembangan terkini yang amat mengujakan penulis adalah usaha bagi membangunkan bidang sains dan teknologi berasaskan fizik kuantum. Antaranya ialah penyelidikan bagi membangunkan komputer kuantum yang diramalkan bakal merevolusikan bidang sains dan teknologi pada masa hadapan. Para fizikawan meramalkan bahawa teknologi kuantum  mempunyai kegunaan dalam bidang-bidang lain seperti kepintaran buatan dan pembelajaran mesin, pemodelan kewangan dalam institusi perbankan, sistem keselamatan siber dan kriptografi, industri farmaseutikal, pengiraan dalam bidang kimia kuantum dan pelbagai lagi. Demikian halnya terdapat pelbagai inisiatif telah dibangunkan oleh beberapa institusi atau syarikat gergasi dunia seperti Google, IBM, D-Wave Systems Inc., Microsoft, Silicon Valley dan lainnya untuk menggiatkan lagi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi kuantum.

Sehubungan itu pada peringkat antarabangsa usaha besar yang menarik perhatian penulis adalah sambutan Hari Kuantum Sedunia. Pada 14 April 2021 yang lalu sejumlah ahli fizik kuantum dari 65 (atau lebih) buah negara telah bersepakat untuk melancarkan sambutan Hari Kuantum Sedunia (World Quantum Day). Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan daya komunikasi dan kefahaman kepada masyarakat awam mengenai perkembangan sains dan teknologi kuantum yang akan memberi dampak kepada kita pada masa hadapan. Tarikh 14 April ini dipilih adalah bersempena nilai pemalar tabii yang masyhur dalam fizik kuantum iaitu hasil darab tenaga dengan masa atau lebih masyhur dikenali sebagai pemalar Planck (diambil bersempena nama Max Planck pengasas fizik kuantum) yang bernilai 4.135667696 x 10-15 eVs bersamaan dengan 0,000 000 000 000 004135667696 elektrovolt per saat. Pelbagai program dirancang pada peringkat antarabangsa bagi menyambut dan meraikan Hari Kuantum Sedunia seperti penganjuran kegiatan ilmiah seperti seminar, bengkel, persidangan, lawatan ke makmal-makmal kuantum, pameran-pameran saintifik dan pelbagai kegiatan lain lagi.

Oleh yang demikian, atas kesedaran ini, buat pertama kalinya di Malaysia, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) bersama Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM turut tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Kuantum Sedunia 2022 dengan menganjurkan siri kuliah yang dikenali sebagai Expository Quantum Lecture Series 2022 (EQuaLS 2022) dengan tema Recent and Related Development in NISQ Era. Program ini bakal berlangsung pada 11 – 14 April 2022 secara dalam talian dengan menampilkan pakar-pakar fizik kuantum yang berwibawa dari luar negara bagi berkongsi idea dan perkembangan terkini hasil penyelidikan mereka.

Expository Quantum Lecture Series 2022 (EQuaLS 2022) dengan tema Recent and Related Development in NISQ Era, anjuran Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) bersama Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM

Manakala pada hari terakhir siri kuliah tersebut iaitu pada 14 April bersempena Hari Kuantum Sedunia pula akan diadakan syarahan umum yang bakal disampaikan oleh seorang pakar fizik kuantum yang terkenal dan berwibawa iaitu Profesor Bob Coecke dari Cambridge Quantum United Kingdom (Quantinuum), UNITED KINGDOM dengan judulnya Quantum A.I From High-School Quantum Pictures.  Ini adalah satu peluang terbaik untuk masyarakat saintifik khasnya dan masyarakat awam umumnya untuk menimba pengetahuan atau mendapatkan maklumat yang menarik dan baharu dari acara ini.

Syarahan Umum: iaitu Profesor Bob Coecke dari Cambridge Quantum United Kingdom (Quantinuum), UNITED KINGDOM berjudul Quantum A.I From High-School Quantum Pictures

Akhir sekali penulis berharap agar dengan adanya inisiatif untuk menyambut Hari Kuantum Sedunia ini ia akan menjadi pemangkin kepada para penyelidik dan masyarakat saintifik tempatan bagi menceburi dan meneroka bidang sains dan teknologi kuantum yang semakin berkembang pesat ini.

 

Laman sesawang EQuaLS 2022: http://einspem.upm.edu.my/equals2022

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Sifar Sisa: Model Terbaik Dalam Urus Tadbir Sisa Buangan Industri Sawit

Next Post

Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat

Kepentingan Cacing Nipah Terhadap Ekosistem Marin dan Masyarakat Setempat

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In