23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 1, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penyakit Sawan sebenarnya boleh dikawal

Editor by Editor
03/03/2015
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh Zaitie Satibi
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 50 juta orang di seluruh dunia menghidap epilepsi iaitu gangguan kronik sistem saraf (neurologi) dalam otak dan dicirikan menerusi serangan sawan berulang apabila penghidapnya menggigil secara tiba-tiba sama ada separuh atau seluruh badan.

Kadangkala serangan sawan disebabkan epilepsi ini juga menyebabkan penghidapnya tidak sedarkan diri dan hilang kawalan usus serta pundi kencing. Sawan ketika epilepsi berlaku akibat pelepasan cas elektrik yang berlebihan dalam sekumpulan sel otak. Bahagian otak yang berlainan boleh mencetuskan pelepasan cas elektrik berkenaan.

Malah, serangan sawan juga berbeza sama ada ia datang dalam tempoh pendek seperti sentakan otot kepada tahap serius dan berpanjangan. Kekerapan serangan juga tidak sekata apabila penghidapnya mungkin mengalami sekali dalam setahun atau beberapa kali sehari.

Bagaimanapun, serangan sawan yang berlaku sekali tidak bermakna seseorang itu menghidap epilepsi kerana gangguan otak ini dikenal pasti apabila seseorang mengalami dua atau lebih serangan sawan tanpa sebab. Akibat penyakit ini, penghidapnya sering kali mengalami diskriminasi, salah faham dan ketakutan kerana pandangan masyarakat.

Epilepsi adalah penyakit tidak berjangkit yang boleh menyerang sesiapa saja termasuk bayi hingga warga emas dan penghidapnya juga berisiko maut secara pramatang iaitu meninggal dunia pada usia muda atau sebelum usia mencecah 70 tahun sebanyak dua hingga tiga kali ganda.

Setiap tahun dianggarkan sebanyak 40 hingga 70 orang daripada 100,000 populasi negara maju dikesan menghidap epilepsi manakala bilangan kes berganda di negara membangun disebab­kan beberapa faktor yang boleh membawa kepada kerosakan otak kekal.

Kebanyakan kes epilepsi bagi punca tidak diketahui (idiopatik) dikaitkan dengan faktor genetik manakala epilepsi bagi punca diketahui (simtomatik) berlaku disebabkan faktor seperti kerosakan otak sewaktu lahir, tumor otak, jangkitan kuman pada otak seperti meningitis dan ensefalitis, kecederaan kepala sehingga menjejaskan otak dan sindrom genetik tertentu.

Malangnya, berdasarkan statistik dikeluarkan WHO, kira-kira 70 peratus daripada penghidap epilepsi di seluruh dunia tidak menerima rawatan sewajarnya disebabkan beberapa faktor seperti kemiskinan (dianggarkan 80 peratus penghidap epilepsi tergolong dalam berpendapatan rendah dan sederhana), salah faham masyarakat, kekurangan perawat terlatih, tidak ada akses ubatan antiepileptik dan kurang kesedaran mengenai penyakit ini.

Padahal, epilepsi boleh dirawat dengan ubat antiepileptik (AED) dan kajian juga menunjukkan kira-kira 70 peratus penghidap yang menjalani rawatan dapat hidup secara normal apabila serangan sawan ke atas mereka dapat dikawal sepenuhnya.

Epilepsi juga mendatangkan implikasi ekonomi yang signifikan dari segi penjagaan kesihatan, kematian pramatang dan hilang produktiviti kerja.

Ini kerana penghidap epilepsi sering menjadi sasaran masyarakat yang prejudis apabila mereka dilarang memasuki sektor pekerjaan tertentu, tidak berpeluang memiliki lesen memandu dan dilarang masuk ke tempat awam.

Akibatnya, ramai penghidap epilepsi malu mengakui mereka mengalami gangguan otak berkenaan sehingga tiada yang mahu tampil mendapatkan rawatan dan bantuan sewajarnya.

Sehubungan itu, WHO menjalankan kempen global dengan kerjasama badan berkaitan bagi memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat dunia dengan membekalkan maklumat tepat mengenai epilepsi.

Ketika ini, banyak negara menjalankan projek bagi mengenal pasti potensi penghidap epilepsi dan pencegahannya, menangkis stigma masyarakat terhadap penghidap epilepsi, melatih dan mendidik profesional kesihatan serta meningkatkan peluang penghidap mendapatkan rawatan.

Sumber -Harian Metro

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: epilepsisawan
ShareTweetShare
Previous Post

Pencemaran Bakteria Listeriosis

Next Post

VIDEO: Bagaimana Virus Denggi Merebak

Editor

Editor

Related Posts

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser
Berita & Peristiwa

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

2 months ago
Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik
Berita & Peristiwa

Kesan Sampingan dan Ketoksikan Radioterapi berkait dengan Faktor Genetik

4 months ago
Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk
Berita & Peristiwa

Pasukan Inovasi SEBARU Hasilkan “AnaSer-iii”: Produk Larvicidal Bergred Makanan untuk Kawalan Pembiakan Nyamuk

6 months ago
Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda
Alam Semulajadi

Ektoparasit pada Haiwan Peliharaan Anda

6 months ago
Next Post
VIDEO: Bagaimana Virus Denggi Merebak

VIDEO: Bagaimana Virus Denggi Merebak

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In