23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah

Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah

Editor by Editor
13/04/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Muhammad Fadhli Bin Abdul Harris,
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

 

Demikianlah perumpamaan Melayu yang sering kali kita dengari ketika dibangku persekolahan. Perumpamaan ini sangat sesuai bagi memahami kebijaksanaan orang Melayu yang berfikiran secara kritis dalam mengaitkan dan memikirkan dalam soal perubahan pada kejadian alam kita. Mengapa perubahan pantai boleh berlaku, dalam konteks sains dan mengapa pula perubahan pantai ini boleh terjadi sekiranya berlaku air bah melanda ke atas sesuatu kawasan pantai.

 

Sebagaimana yang kita ketahui, persisiran pantai merupakan tarikan yang sangat menarik. Pesisiran pantai juga turut mampu membuka ruang kepada sektor perikanan, perkapalan. dan pelancongan. Keseluruhan persisiran pantai di Malaysia dianggarkan mempunyai panjang 8840 km termasuk pantai Sabah dan Sarawak. Perubahan morfologi pantai sering kali berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor yang menyebaban perubahan pada morfologi pantai antaranya ialah ombak, angin, pasang surut, monsun dan arus ombak.

 

Di Malaysia, perubahan pantai sering dipengaruhi oleh monsun iaitu monsun Timur Laut dan monsun Barat Daya. Sebagai contoh di Terengganu, perubahan monsun timur laut akan bermula daripada hujung bulan Oktober dan berakhir sekitar Mac. Manakala monsun barat daya akan bermula bulan Mei sehingga bulan September setiap tahun. Perubahan monsun ini akan memperlihatkan perubahan pelbagai aspek di lautan, seperti kelajuan angin, ombak, dan arus lautan.

 

Di kawasan Pantai Timur semenanjung  seperti negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur akan mengalami kesan daripada tiupan angin monsun dari arah Timur Laut. Kesan daripada tiupan angin monsun ini akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh ombak menjadi lebih kuat dan mempengaruhi kestabilan struktur permukaan memungkin hakisan (erosion). Pasir yang terhakis di persisiran pantai ini akan dibawa oleh ombak ke bahagian pantai yang lain yang disebut sebagai pembawakan pasir (littoral drift). Pada ketika proses hakisan ini, kita pantai akan lebih cerun berbanding ketika musim monsun barat daya. Dan rata-rata kebanyakkan Pantai di kawasan Timur semenanjung Malaysia akan mengalami proses hakisan pantai pada musim tersebut. Gambar 1 merupakan illustrasi proses kitaran pantai di mana ia boleh dibahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa hakisan (Erosion) dan fasa pemandapan (Accretion).

Namun ia berlainan ketika tiupan angin monsun Barat Daya terutamanya di kawasan Pantai Timur akan mengalami proses pemendapan pasir pada permukaan pantai. Ketika musim monsun Barat Daya, gelombangan lautan lebih tenang berbanding ketika monsun Timur Laut. Hal ini menyebabkan, tenaga ombak yang lebih lemah membantu proses pemendapan (accretion) pada pantai berlaku. Proses pemendapan ini menyebabkan proses pemulihan di kawasan pantai berlakunya secara semula jadi. Kedua-dua proses ini seperti hakisan dan pemendapan adalah sebahagian daripada proses kitaran semulajadi pantai

 

Jika kita lihat pada profil pantai di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pukulan ombak yang membias, telah menukar permukaan pantai dari semasa ke semasa. Rajah 2 menunjukkan, profil pantai ketika bulan Mac, April dan Ogos kita dapat lihat profil pantai lebih panjang. Namun ia berbeza ketika bulan Disember dapat dilihat lebih pendek dari sebelumnya akibat monsun Timur Laut. Dan jika lihat bulan berikutnya profil pantai turut berubah menjadi lebih panjang ketika musim yang lebih tenang iaitu monsun barat.

Kesimpulannya , kesan pada air bah besar atau pun kecil mampu mengubah struktur keadaan sesuatu pantai. Dan kejadian kitaran pemulihan ini sangat unik jika dapat difahami dengan lebih dalam tentang proses kitaran pantai. Proses kitaran ini akan silih bergantii mengikut musim tiupan angin monsun.

Gambar 3: Gambar bersama ahli Coastal Gamer UMT di kawasan kajian untuk kerja-kerja ukur Pantai

Kawasan pemandangan atas di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

 

*Nota: Penulis merupakan pelajar siswazah, Program Sarjana Oseanografi Geologi di Universiti Malaysia Terengganu. Ikuti aktiviti penyelidikan penulis berkaitan morfologi pantai bersama rakan penyelidik yang lain di laman FB @UMTCoastalGamer. Penulis boleh dihubungi melalui email: fadhlimuhammad818@gmail.com

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: monsunombakpantaiUMT
ShareTweetShare
Previous Post

Kenapa Mi Segera Bentuknya Beralun?

Next Post

Membran Pertukaran Proton Bersuhu Tinggi

Editor

Editor

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Membran Pertukaran Proton Bersuhu Tinggi

Membran Pertukaran Proton Bersuhu Tinggi

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In