23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, February 8, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sekatan Amerika Syarikat Terhadap Huawei – Apa Langkah Seterusnya?

Adee by Adee
21/05/2019
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Rosdiadee Nordin, Pusat Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi (PAKET), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Semalam, Google mengumumkan perlaksanaan sekatan kepada Huawei daripada menggunakan sistem operasi Android pada telefon pintar akan datang. Pada masa sama, Google turut menghentikan sokongan dan kemaskini Android kepada Huawei. Selain daripada itu, Intel dan Qualcomm daripada Amerika Syarikat dilaporkan turut menyertai Google dalam sekatan tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada tindakan susulan daripada sekatan diperkuatkuasakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Huawei merupakan pengeluar telefon pintar dan pada Julai 2018, mereka berjaya melepasi Apple sebagai jenama kedua terbesar dalam penjualan telefon pintar seluruh dunia. Huawei merupakan syarikat persendirian di mana pemiliknya, Ren Zhengfei merupakan bekas jurutera di bawah People’s Liberation Army dan bertugas sebagai juruteknologi pembangunan teknologi ketenteraan sekitar tahun 1970-an. Latar belakang ketenteraan beliau digunakan sebagai salah satu isu utama Donald Trump dalam menghalang urusniaga Huawei di Amerika Syarikat oleh kerana bimbang terhadap keselamatan data pengguna yang menggunakan produk Huawei.

Sehingga hari ini, Huawei telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk dan peranti yang mampu untuk membentuk sebuah infrastruktur rangkaian telekomunikasi secara sendirinya tanpa kebergantungan pada syarikat lain. Peranti dan perkakasan seperti telefon pintar, pensuisan, tapak pemancar, teras rangkaian telah lama mengambil tempat di beberapa rangkaian telekomunikasi seluruh dunia, termasuk Malaysia. Malahan, kebanyakkannya peranti-peranti tersebut sudah bersedia untuk dipertingkatkan untuk menawarkan perkhidmatan rangkaian Generasi Kelima (5G).

Kesan paling jelas daripada sekatan ini ialah pengguna produk Huawei tidak lagi menerima sokongan dan kemaskini daripada Android pada masa akan datang. Namun, laporan terkini menyatakan Google telah menangguhkan sekatan selama 90 hari untuk memberikan masa kepada Huawei dan pihak terlibat. Ini memaksa Huawei untuk menumpukan kerja pembangunan pada masa kini bukan sahaja kepada perkakasan, malahan kepada apps (aplikasi) dan sistem operasi yang penting untuk fungsi harian dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Huawei juga perlu memastikan pengguna sedia ada tidak terjejas dan pada masa yang sama, produk Huawei mampu untuk menarik pengguna daripada jenama lain. Sepastinya, Huawei perlu memperkenalkan sesuatu ekosistem yang menarik dan inovatif agar mampu menawarkan sokongan kepada sistem pengoperasian dan apps untuk tempoh jangka panjang. Terdahulu, pengguna sudah menyaksikan bagaimana sistem operasi BlackBerry OS dan Symbian sudah pupus oleh kerana kegagalan BlackBerry dan Nokia untuk menawarkan aplikasi yang pelbagai, menarik dan stabil kepada pengguna.

Sekatan daripada Amerika Syarikat ini secara tidak langsung meletakkan Huawei berada pada pentas sama seperti Nokia suatu masa dahulu sewaktu teknologi Generasi Kedua (2G) pernah mengambil tempat pada lewat 1990-an. Cuma kali ini, Huawei mempunyai kelebihan oleh kerana usaha intensif dan pelaburan yang besar di dalam penyelidikan dan perlaksanaan teknologi 5G. Huawei secara purata berbelanja 15% daripada untung tahunan untuk pelaburan dalam penyelidikan dan mempunyai lebih daripada 10 pusat penyelidikan di merata dunia. Ironinya, ada di antara pusat penyelidikan tersebut terletak di Amerika Syarikat.

Pentadbiran Trump turut menuduh rangkaian telekomunikasi Huawei bakal mencetus ancaman keselamatan kepada pengguna. Malahan, Trump turut mendakwa data daripada peranti Huawei bakal digunakan bagi tujuan risikan kerajaan China. Namun, tuduhan Trump ini masih tidak berasas, malahan, Amerika Syarikat di bawah pentadbiran terdahulu di bawah Obama pernah dituduh menggunakan rangkaian telekomunikasi untuk mengodam maklumat kerajaan German pada tahun 2015.

Berdasarkan pengalaman terdahulu penulis di syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi, isu keselamatan rangkaian juga merupakan topik perbualan hangat di kalangan pekerja mahupun syarikat pembekal telekomunikasi sewaktu di kedai kopi, sehingga mudah mengundang minat mereka yang taksub dengan teori konspirasi.

Realitinya, mahu peranti daripada Huawei, ZTE, Ericsson, Samsung atau Nokia sekalipun, apabila pengguna telah bersambung dengan mana-mana rangkaian, masih wujud kebarangkalian untuk data kita digodam oleh mana-mana pihak, termasuk penggodam kecilan. Namun, kesemua rangkaian dan peranti telekomunikasi sudah sedia diaturcara untuk memberikan ciri-ciri keselamatan tinggi kepada pengguna. Sama seperti rangkaian lain, samada rangkaian komputer, Internet jalur lebar, radio dan televisyen, isu keselamatan sentiasa wujud di mana-mana dan ianya bukanlah sesuatu yang baru.

Dengan teknologi keselamatan siber, pelbagai teknik telah dilaksnakan untuk meningkatkan keselamatan rangkaian. Amerika Syarikat sebagai tokoh di dalam teknologi keselamatan siber sudah sepastinya lebih arif untuk meningkatkan tahap keselematan rangkaian mereka daripada ‘ancaman’ yang kononnya bakal dicetuskan oleh Huawei. Pokok utamanya daripada kemelut di antara konflik Huawei dan Donald Trump ini ialah bukan masalah keselamatan rangkaian, sebaliknya ialah mengenai pandangan serong terhadap latar belakang masing-masing. Sebagai perbandingan, sehingga hari ini, China masih menyekat capaian kepada beberapa aplikasi daripada Google (seperti GMail dan YouTube) dan Facebook kepada pengguna di China.

Sepastinya, sekatan ekonomi terhadap Huawei menyebabkan Amerika Syarikat sedikit ketinggalan dalam perlaksanaan teknologi rangkaian 5G, berbanding negara-negara pesaing seperti China, Korea Selatan dan UAE. Sebagai permulaan, Amerika Syarikat sudah tiada lagi syarikat berasaskan peranti dan perkakasan rangkaian telekomunikasi pada masa kini. Mereka bergantung kepada teknologi Eropah yang lebih seragam daripada segi piawaian. Maka tidak hairan jika Malaysia turut terlibat sebagai rakan Huawei untuk mempercepatkan perlaksanaan teknologi 5G baru-baru ini di Putrajaya.

Menyedari ancaman yang ditimbulkan oleh Donald Trump, Huawei telah mula membangunkan sistem operasi sendiri. Dilaporkan mereka sudah mula membangunkan sistem oeprasi tersebut seawal tahun 2012. Semalam Huawei mengumumkan sistem operasi tersebut dengan gelaran ‘HongMeng’. Sebagai penyelidik, penulis begitu tertarik sekali untuk mengikuti rentetan pertelingkahan antara dua pihak ini yang melibatkan syarikat gergasi, Huawei dan juga negara maju, Amerika Syarikat bermula dari tahun lepas.

Untuk memastikan Huawei mampu bersaing, mereka dijangka bakal menawarkan alternatif ketiga daripada segi sistem pengoperasian dan apps kepada pengguna telefon pintar pada masa akan datang. Amerika Syarikat pula dilihat masih terkapai-kapai dalam mencari identiti untuk mempelopori teknologi rangkaian 5G disebabkan oleh sekatan ini.

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Kafein: Kebaikan dan Keburukannya

Next Post

UMT Hasilkan Bahan Bakar Daripada Sisa Buangan

Adee

Adee

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

10 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
UMT Hasilkan Bahan Bakar Daripada Sisa Buangan

UMT Hasilkan Bahan Bakar Daripada Sisa Buangan

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In