23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, March 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sekeping Gambar Membawa Seribu Satu Cerita – Persidangan Solvay 1927

Editor by Editor
18/03/2016
in Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Prof Madya Dr.Rosdiadee Nordin

“Sekeping gambar membawa seribu satu cerita” – inilah kata pepatah yang boleh diguna mengenai potret berkumpulan yang diambil pada Persidangan Solvay pada tahun 1927.

Jika diteliti pada gambar tersebut, dapat diperhatikan sebanyak 17 daripada 29 hadirin telah mendapat anugerah sebagai pemenang Hadiah Nobel. Ini termasuklah Marie Curie yang telah memenangi Hadiah Nobel sebanyak dua kali di dalam bidang saintifik yang berlainan. Manakala, insan yang duduk di tengah barisan pertama tidak memerlukan apa-apa pengenalan lagi!

Ini belum mengambil kira beberapa nama saintis dan pencipta lain, seperti Ernst Rutherford, Thomas Edison dan Nikola Tesla yang juga ternama pada era itu, namun tidak dijemput pada persidangan tersebut oleh kerana kajian mereka bukan dalam bidang persidangan tersebut. Persidangan Solvay 1927 tertumpu kepada kajian Fizik Teori, khusus kepada Elektron & Foton sahaja.

Pada asalnya, Persidangan Solvay dimulakan dan ditaja oleh seorang ahli industri Belgium dan juga ahli kimia bernama Ernest Solvay. Persidangan pertama bermula pada tahun 1911 dan ianya dianggap sebagai titik peralihan dalam dunia sains fizik.

Beberapa fakta menarik lagi mengenai persidangan ini:

  • Kertas kerja pembentangan persidangan ini diterbitkan di dalam prosiding yang ditulis dalam Bahasa Perancis pada tahun 1928, dan bukan berbahasa Inggeris.
  • Persidangan ini dikatakan medan di mana Albert Einstein dan Neils Bohr berdebat mengenai isu berkaitan mekanik kuantum, namun tiada bukti jelas berdasarkan bacaan pada dokumen prosiding.
  • Terdapat tiga versi mekanik kuantum dibentangkan dan didebat, namun tiada persetujuan mengenai ketiga-tiga versi tersebut di kalangan pakar-pakar yang hebat sepanjang persidangan
  • Persidangan ini hanya boleh dihadiri secara jemputan sahaja – berbeza dengan persidangan saintifik lazim yang bergantung kepada penerimaan kertas kerja berkualiti
  • Pengasas Persidangan Solvay (Ernest Solvay) menghidapai radang peparu yang menghalang beliau daripada memasuki universiti

Persidangan Solvay masih aktif dan tahun ini tertumpu pada penyelidikan kimia. Persidangan Solvay 1927 yang kelima dilabelkan sebagai mesyuarat yang menghimpunkan kuasa-kuasa minda terhebat di pelusuk dunia! Bayangkan apa akan berlaku jika kesemua penyelidik tersohor ini bersepakat untuk menubuhkan sebuah negara sendiri dan kerajaan negara ini diterajui oeh kuasa-kuasa minda yang hebat ini

H.G. Wells (1866-1946), seorang ahli falsafah dan penulis buku sains fiksyen terkemuka, pernah menyatakan di dalam buku beliau (The Open Conspiracy, 1928), bahawa sesuatu negara itu akan lebih maju dan makmur jika diterajui oleh mereka dengan minda yang hebat, seperti para hadirin pada Persidangan Solvay ini. Wells berhujah bahawa minda-minda hebat ini lebih tahu mengenai pelbagai perkara & permasalahan dunia. Mereka juga boleh meramal masa hadapan, berbanding dengan rakyat biasa.

Mereka akan membuat keputusan yang tepat, berbanding keputusan yang dilihat sebagai populis semata-mata untuk meraih undi pengikut dan orang awam. Minda-minda hebat, mampu berfikir untuk penyelesaian jangka masa panjang dan memikirkan mengenai kebajikan manusia dan alam sekitar pada masa akan datang.

Apa yang dapat diperhatikan pada masa kini ialah konsep di mana kerajaan dipilih untuk jangka masa pendek (proses pilihanraya), diterajui oleh amatur maka hanya merancang untuk tempoh masa pendek.

Apa pandangan anda mengenai idea Wells ini?

Adakah kerajaan diterajui oleh Einstein dan rakan-rakan Persidangan Solvay beliau akan menjadikan sesuatu negara itu lebih hebat berbanding, dengan kuasa-kuasa dunia yang ada pada masa itu atau sekarang?

Kongsikan pendapat anda dengan kami!

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Selamat Hari Pi dari MajalahSains.Com

Next Post

5 Teknologi Hebat Buatan Malaysia yang digunakan di seluruh Dunia

Editor

Editor

Related Posts

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

15 hours ago
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

2 days ago
Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak
Alam Semulajadi

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

2 days ago
Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia
Berita & Peristiwa

Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia

2 days ago
Next Post
5 Teknologi Hebat Buatan Malaysia yang digunakan di seluruh Dunia

5 Teknologi Hebat Buatan Malaysia yang digunakan di seluruh Dunia

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In