23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Serangga : Teman Sejati Si Bunga

Info Serangga

Saiful Bahari by Saiful Bahari
11/02/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Oleh :Ts Dr Suganthi Appalasamy & Nivaarani Arumugam
Institut Jaminan Makanan dan Pertanian Lestari & Fakulti Sains Bumi
Universiti Malaysia Kelantan

 

“Zzzzzzzzzzzz”.  

“Pap”.

 

Boleh anda meneka kejadian apa yang telah berlaku sebentar tadi. Ya betul. Serangga kecil yang berterbangan telah dipukul, mungkin kerana dianggap bahaya atau pengacau. Kejadian ini biasa berlaku apabila terdapat pertemuan antara manusia dengan serangga yang terbang, terutamanya serangga kecil.

 

Tahukah anda?  

Serangga yang dianggap pengacau adalah sebenarnya teman baik si bunga. Hubungan antara serangga dan bunga adalah unik dan dapat ditafsirkan dalam beberapa konteks yang menarik. Secara saintifik, interaksi antara mereka boleh digambarkan sebagai hubungan simbiosis iaitu interaksi kesalingan (mutualism). Kedua-dua organisma tersebut mendapat kebaikan antara satu sama lain melalui interaksi kesalingan bagai dua kawan sejati yang saling membantu bak kata pepatah bagai aur dan tebing.

Terdapat satu faktor menarik yang menyebabkan atau menggalakkan hubungan baik antara bunga dan serangga. Faktor tersebut adalah aroma bunga. Apabila kita menghidu sesuatu bunga, kita biasanya mengkategorikan bunga tersebut sebagai bunga yang ada bau harum, bau yang tidak menyenangkan, bau yang tidak kuat atau tidak berbau. Kesemua kategori bau ini sebenarnya ada matlamatnya sendiri. Setiap bunga mempunyai aroma yang berlainan untuk menarik perhatian serangga yang berlainan. Kadang-kala bau bunga yang yang tidak dapat dikesan oleh manusia dapat dikesan oleh serangga. Ada juga bunga yang boleh meniru aroma sejenis hormon haiwan yang dikenali sebagai feromon. Hormon ini biasanya dihasilkan oleh haiwan betina untuk menarik perhatian haiwan jantan. Peniruan hormon haiwan ini dapat menarik lebih banyak serangga ke arah bunga.

Contoh menarik mengenai hubungan kesalingan antara serangga dan bunga dapat dilihat pada pokok halia hutan. Di kawasan hutan, serangga seperti lebah, semut, kupu-kupu, lalat, kumbang dan kepinding dapat diperhatikan berdekatan dengan bunga halia. Pada musim bunga kita dapat melihat banyak serangga mengunjungi bunga halia. Musim bunga ini ibarat sambutan perayaan untuk serangga. Terdapat dua kategori serangga yang dapat dilihat pada pokok halia iaitu (i) serangga yang sentiasa ada pada pokok terutamanya pada bahagian pangkal pokok dan (ii) serangga yang hinggap sekali-sekala pada mana-mana bahagian pokok.

 

Rajah 1: Bunga halia Zingiber spectabile di Kelantan.

 

Jom, kita meneroka beberapa interaksi antara serangga dan bunga halia hutan.

Pendebungaan

Proses pendebungaan sangat penting untuk tumbuhan bagi menjayakan penghasilan buah dan biji bagi melahirkan lebih banyak tumbuhan untuk kemandirian spesies tumbuhan tersebut. Serangga merupakan teman utama bunga halia hutan yang menghulurkan tangan bagi menjayakan proses pendebungaan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai serangga dan pendebungan anda boleh merujuk kepada artikel kami yang bertajuk  ‘Serangga : Barisan hadapan (frontliners) agen pendebungaan’ pada pautan https://www.majalahsains.com/serangga-barisan-hadapan-frontliners-agen-pendebungaan/ .

 

Tempat Mencari Makanan

Serangga yang membantu dalam proses pendebungaan bunga halia mendapat makanan daripada pokok halia tersebut. Hubungan ini menggambarkan interaksi kesalingan antara serangga dan halia ataupun boleh dikatakan sebagai hubungan dua hala yang baik dalam bahasa mudah. Seranggga seperti kupu-kubu dan lebah yang berterbangan sekitar bunga halia boleh diilustrasikan sebagai aktiviti ‘jalan-jalan cari makan’ oleh serangga terbang. Lebah dan kepinding suka hinggap pada bunga halia dan hisap nektarnya. Pemerhatian kami (penyelidik) juga menunjukkan bahawa buah halia dimakan oleh semut. Contohnya, buah halia spesies Globba leucantha. Buah ini berwarna hijau muda dan bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Sekumpulan semut bekerjasama untuk membawa isi buah tersebut ke sarang mereka bagi dinikmati oleh ahli keluarga yang lain.

 

Rajah 2: Buah Globba leucantha sedang dinikmati oleh sekumpulan semut di Kelantan.

 

Kawasan Permainan

Pokok halia hutan juga dijadikan sebagai kawasan permainan oleh beberapa serangga seperti semut dan kupu-kupu. Pemerhatian oleh kami (penyelidik) menunjukkan bahawa perbungaan (inflorescence) halia sarang lebah, Zingiber spectabile menjadi kawasan permainan pelbagai serangga. Semut suka bergerak dari bahagian bawah hingga bahagian atas perbungaan. Semut juga suka masuk dan keluar bahagian keluk yang terdapat pada perbungaan tersebut. Situasi ini umpama semut tersebut sedang main permainan ‘hide and seek’. Kupu-kupu juga suka bermain dengan pasangannya di sekitar bunga halia sambil menghisap nektar pada bunga halia.

 

Rajah 3: Semut yang sedang bermain ‘hide and seek’ dalam keluk perbungaan Zingiber spectabile di Kelantan.

 

Rajah 4: Sepasang kupu-kupu Ancistroides gemmifer sedang bermain di sekitar bunga halia sambil menikmati nektar di Kelantan.

 

Habitat

Pokok halia hutan juga memberi peluang kepada serangga seperti semut untuk membina rumah mereka di bahagian pangkal pokok. Terdapat juga semut yang mendominasi bahagian perbungaan (inflorescence) dan bunga pokok halia, tanpa mengira kedudukan bunga tersebut iaitu sama ada di atas tanah atau bahagian terminal pokok. Senario ini telah diperhatikan pada beberapa spesies pokok halia hutan di pelbagai kawasan. Walaupun semut mengerumuni bahagian tanah, bahagian pangkal pokok dan bahgaian bunga, tiada sebarang kerosakan yang disebabkan oleh semut diperhatikan pada pokok tersebut. Namun apabila kita menyentuh bahagian pokok atau perbungaan, kita diserang oleh semut tersebut. Kejadian ini ibarat semut menjadi penjaga dan memberi perlindungan kepada pokok tersebut.

 

Rajah 5: Semut mengerumuni bunga halia Meistera ochrea di Negeri Sembilan.

 

Rajah 6: Semut mengerumuni bahagian tengah bunga halia Etlingera punicea di Kelantan.

 

Pemangkasan Semula Jadi

Selain bunga, terdapat juga serangga yang memfokuskan bahagian daun pokok halia. Daun tersebut dimakan oleh ulat beluncas seperti yang berlaku pada tumbuhan hijau yang lain. Namun, aktiviti ini tidak membawa sebarang kerosakan besar kepada pokok halia. Proses pemakanan ini dapat dilihat dalam konteks positif iaitu, ibarat proses pemangkasan semula jadi yang berlaku di pokok halia hutan. Hal ini dapat memastikan pertumbuhan pokok yang lebih sihat.

 

Rajah 7: Ulat beluncas yang sedang bergarak berhampiran dengan pokok halia di Kelantan.

 

Akhir kata, pelbagai kerenah menarik serangga dapat dilihat di mana-mana pokok bunga jika pemerhatian dilakukan dengan penuh kesabaran. Semua pemerhatian kami (penyelidik) terhadap serangga pada bunga membuktikan bahawa serangga adalah teman sejati bunga. Mereka tidak dapat dipisahkan dari satu sama lain. Oleh itu, janganlah menyingkirkan teman sejati bunga tanpa sebarang alasan yang munasabah. Setiap serangga mempunyai fungsi dan tanggungjawab mereka sendiri di alam semesta ini. Cintailah serangga.

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains BumiInstitut Jaminan Makanan dan Pertanian LestariNivaarani ArumugamSeranggaTs Dr Suganthi AppalasamyUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Pencairan Ais Di Antartika : Caknakah Kita?

Next Post

Pengukuran, Evolusi dan Pandangan Islam

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Pengukuran, Evolusi dan Pandangan Islam

Pengukuran, Evolusi dan Pandangan Islam

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In