23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 17, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Serangga & Tinja Gajah, Ibarat Irama & Lagu, Berpisah Tiada

Info Entomologi

Saiful Bahari by Saiful Bahari
11/05/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Norashikin Fauzi1, Kamarul Ariffin Hambali@Kambali1, Nuramirah Mat Zain1, Nurameera Najeha Roziky1,
Nor Ashira Che Mustafa1 dan Hazizi Husain2

1Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan
2Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan

 

Serangga merupakan organisma yang paling pelbagai di muka bumi ini (Daly et al., 1998). Hampir tiga per empat daripada semua spesies haiwan yang diklasifikasikan adalah serangga (Borror et al., 1989; Gullan dan Cranstan, 1994;  Daly et al., 1998). Serangga boleh dijumpai di pelbagai ekosistem dan mikrohabitat sama ada di daratan atau akuatik. Serangga turut memainkan peranan penting dalam  proses kitar semula  nitrogen dan nutrien lain, pendebungaan dan penyebaran benih (Nichols et al. 2008).

Serangga pemakan tinja  memainkan peranan penting dalam ekosistem tropika (Louzada et al., 2009) seperti memecahkan tinja secara mekanikal menjadikan zarah tinja  bersaiz lebih kecil, mencampur aduk bahan organik di dalam tanah, pengudaraan tanah (Brussaard dan Slager, 1986) dan kitaran nutrien (Bang et al., 2005). Mereka juga berfungsi untuk membuang bahan toksik daripada persekitarannya (Borror et al., 1989). Serangga pengurai tinja ini turut dikenali sebagai coprophilous  iaitu organisma yang menggunakan tinja  sebagai sumber makanan dan habitat pembiakannya (Hanski dan Cambefort, 1991). Serangga tinja banyak didapati di dalam tinja gajah berbanding dengan tinja haiwan ternakan seperti lembu, kuda atau kambing.

 

Tinja gajah kering

Gajah merupakan haiwan herbivor liar yang memakan tumbuh-tumbuhan dalam kuantiti yang banyak. Di Malaysia, sebanyak 400 spesies pokok telah dikenal pasti sebagai sumber makanan gajah (Elephas maximus). Tinja gajah  mengandungi kandungan serat atau fiber yang tinggi, kurang nutrien dan berpotensi untuk dikumuhkan dengan kuantiti yang banyak disebabkan gajah adalah produktif dalam penyahtinjaan (Sukumar,1992). Kadar keperluan makanan serta minuman gajah adalah dianggarkan sebanyak 150 kilogram dan 225 liter air sehari.

Majoriti gajah makan dalam durasi selama 16-18 jam sehari (80% daripada aktiviti harian lain). Kebiasaanya makanan gajah adalah berupa kulit pokok, daun, ranting, buah dan tumbuhan renek. Kulit pokok merupakan makanan kegemaran gajah kerana ia mengandungi kalsium dan serat yang membantu proses penghadaman.

 

Pengekstrakan kumbang daripada tinja gajah

 

Frekuensi penyahtinjaan gajah sehari adalah dianggarkan sebanyak 15-20 kali. Tinja yang mengandungi kulit kayu atau serpihan tumbuhan yang tidak dihadam sepenuhnya, akan menarik  serangga dewasa untuk menghisap kandungan nutrien di dalam tinja. Manakala larva serangga akan memakan serta mengurai tinja pepejal bagi membantu pertumbuhan fizikal larva kepada serangga dewasa. Antara kumpulan yang terlibat dalam penguraian tinja adalah kumbang daripada famili Scarabaeidae, Geotrupidae, Silphidae dan  larva daripada famili  Calliphoridae, Sarcophagidae, Muscidae dan Faniidae (Capinera, 2010).

Konklusinya, tinja gajah merupakan mikrohabitat kepada serangga coprophilous  yang berperanan penting dalam menyumbang servis semula jadi seperti proses penguraian dan kitaran semula nutrien bagi penyuburan tanah. Kewujudan populasi gajah memberi kesan kepada populasi serangga coprohilous yang bergantung kepada tinja untuk kelangsungan hidup. Justeru itu adalah penting dalam memastikan populasi gajah  dan serangga tinja adalah berada pada lekuk normal demi keseimbangan ekosistem

 

Kumbang yang ditemui dalam tinja gajah

 

Rujukan

Bang, H.S., J.H. Lee, O.S. Kwon, Y.E. Na, Y.S. Jang and W.H. Kim. 2005. Effects of paracoprid dung beetles (Coleoptera: Scarabaeidae) on the growth of pasture herbage and on the underlying soil. Appl. Soil Ecol. 29: 165–171.

Borror, D.J., C.A. Triplehorn and N.F. Johnson.1989. An Introduction to the Study of Insects. Harcourt Brace College Publishing. New York, NY, USA. 873 pp.

Brussaard, L. and S. Slager. 1986. The influence of soil bulk density and soil moisture on the habitat selection of the dung beetle Typhaeus typhoeus in the Netherlands. Biol. Fert. Soils.2: 50–58.

Capinera, J. L. 2010. Insect and Wildlife. Wiley-Blackwell. Chichester, West Sussex, UK. 487 pp.

Daly, H.V., J.T. Doyen and A.H. Purcell III. 1998.Continuity of the generations: developmentand reproduction, pp. 66–68. In H.V. Daly, J.T. Doyen and A.H. Purcell III, (eds.).

Gullan, D.J. and P.S. Cranston. 1994. The Insect:An Outline of Entomology. Chapman and Hall. London, UK. 491 pp.

Hanski I. and Y. Cambefort. 1991. Competition in dung beetles, pp. 305–329. In I. Hanski and Y. Cambefort, (eds.). Dung Beetle Ecology. Princeton University Press. Princeton, NJ, USA.

Louzada, J.N.C., C.E. Silva and R. Paulo. 2009.Utilisation of introduced Brazilian pastures ecosystems by native dung beetles: diversity patterns and resource use. Insect Conserv. Diver. 2(1): 45–52.

Nichols, E., S. Spector, J. Louzada, T.H. Larsen, S.Amezquita and M.E. Favila. 2008. Ecological functions and ecosystem services provided by Scarabaeinae dung beetles. Biol. Conserv.141: 1461–1474.

Sukumara, R. (1992). The Asian Elephant: ecology and management. Cambridge University Press.

 

Kredit Foto : Norashikin Fauzi et. al

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains BumiHazizi HusainInfo EntomologiJabatan PERHILITAN Negeri KelantanKamarul Ariffin Hambali@KambaliNor Ashira Che MustafaNorashikin FauziNurameera Najeha RozikyNuramirah Mat ZainUniversiti Malaysia Kelanta
ShareTweetShare
Previous Post

Kenali Serangga Perosak Utama Petai

Next Post

Sinergi Biodiversiti & Keunikan Landskap Batu Kapur : Pemacu Ekopelancongan

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Sains Komunikasi Untuk Golongan Introvert
Berita & Peristiwa

Sains Komunikasi Untuk Golongan Introvert

4 days ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

7 days ago
Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?
Berita & Peristiwa

Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?

2 weeks ago
Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya
Alam Semulajadi

Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya

2 weeks ago
Next Post
Sinergi Biodiversiti & Keunikan Landskap Batu Kapur : Pemacu Ekopelancongan

Sinergi Biodiversiti & Keunikan Landskap Batu Kapur : Pemacu Ekopelancongan

  • Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sains dan Teknologi Dalam Pembinaan Tamadun: Peranan dan Cabaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In