Description
- 2018. ISBN 9789674125400
- (kulit lembut). 496 halaman
- Mohamad Sattar Rasul, Faszly Rahim, Lilia Halim, Zanaton Ikhsan & Kamisah Osman
Modul Bitara STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini mendedahkan konsep, pendekatan dan proses pembelajaran bersepadu STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam konteks penyelesaian masalah sebenar yang berkait rapat dengan kehidupan alam dan masyarakat global. Modul ini dapat membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran STEM yang berorentasikan projek ini secara atauran kendiri. Modul ini membawa tema Science of Smart Communities ataupun komuniti Pintar Sains menekan emapt aspek penting iaitu tenaga, infrastruktur bandar, pengankutan dan komunikasi tanpa wayar. Gabungan daripada kesemua aspek tersebut akan membuka minda guru dan pelajar untuk melihat bagaimana sains dalam konteks menyelesaikan masalah local seperti masalah air, tenaga, keselamatan, pencemaran, penjagaan alam sekitar, pengankutan pintar, yang memberi kesan kepada masyarakat. Akhirnya gabungan keempat-empat aspek ini memberi idea kepada guru dan pelajar untuk menggabungkan projek bandar pintar yang lestari. Unit tenaga, terdapat 12 aktiviti dalam 5 sub unit iaitu Newton, Asas Elektrik dan Hukum Ohm, Hukum Farady, Persekitaran Global, Kelestarian dan Penjanaan Kuasa, dan Tenaga Boleh Diperbaharui. Unit ini akan membincangkan mengenai fungsi tenaga dan daya yang bertindak ke atas tenaga, aplikasi tenaga elektrik, sifat megnet dan aplikasinya, kesan pemanasan global akibat aktiviti manusia, dan pembaharuan sumber tenaga. Guru dan pelajar akan dapat mengaitkan konsep sains berkaitan tenga ini dan membangunkan projek yang akan menjurus kepada penyelesaian masalah tenaga global kini. Unit Infrastruktur Bandar dibahagikan kepada 5 sub unit yang terdiri daripada 15 aktiviti. Sub unit tersebut adalah Kejuruteraan Alam Sekitar, Tanah dan Pembinaan ke Arah Masa Depan, Kitar Semula dan Pengurusan Sisa dan Bencana Alam. Unit ini akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang memberi kesan terhadap kualiti air, penilaian sesuatu tapak pembangunan, konsep asas kejuruteraan awam, pengurusan sisa pepejal dan cair dalam bandar, dan faktor-faktor serta kesan bencana alam yang menyebabkan kemusnahan. Dalam unit ini, guru dan pelajar dapat memahami konsep asas sains dengan pembangunan serta membuka minda dalam memahami fungsi dan tugas jurutera yang pelbagai dalam pembangunan sesuatu bandar. Unit pengankutan pula membincangkan aspek pengurusan pengankutan dalam perancangan bandar. Terdapat 8 aktiviti dalam 5 sub unit iaitu, Pengenalan Pengankutan Pintar, Kelestarian Sistem Pengankutan Bandar, Trafik dan Kejuruteraan Pengankutan, Lebuhraya untuk Pengankutan Pintar dan Pengankutan Pintar. Guru dan pelajar akan dapat mengaitkan antara pegankutan dan pembandaran, konsep kelestarian alam dalam pengankutan pintar, kejuruteraan trafik dan pengankutan, teknikal dan perancangan dalam pegankutan, dan pembinaan prototaip pengankutan dengan elemen pintar. Guru dan pelajar dapat merancang pembinaan sesuatu bandar dengan lengkap mengenai sistem pengankutan yang efisien. Unit Komunikasi Tanpa Wayar, mempunyai 10 aktiviti dalam 5 sub unit iaitu Asas Elektronik Litar, Pengenalan Kepada Komunikasi Nyata, Komunikasi Tanpa Wayar Berasaskan Angkasa, Internet dan Rangkaian Komunikasi, dan Komunikasi Tanpa Wayar Pintar. Unit ini akan memberi pendedahan kepada guru dan pelajar mengenai operasi asas mikropengawal, teknologi komunikasi masa nyata, fungi satelit, penggunaan internet, serta komponen utama rangkaian komunikasi tanpa wayar. Melalui aspek pembelajaran tersebut, guru dan pelajar akan mendapat pendedahan mengenai komunikasi tanpa wayar. Melalui aspek pembelajaran tersebut, guru dan pelalajar akan mendapat pendedahan megenai komunikasi tanpa wayar dan seterusnya mampu untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat memberi manfaat masyarakat kepada masyarakat.