Pengenalan Sejarah & Falsafah Sains (Edisi Ketiga)

RM30.00

Category:

311total visits,1visits today

Description

 

  • 2018. ISBN 9789679425260
  • (kulit lembut). 255 halaman 
  • Shahrir Mohamad Zain 

Falsafah berasal daripada perkataan Arab yang berasal daripada perkataan Yunani dan membawa maksud mencintai kebenaran. Sains pula berasal daripada perkataan Inggeris yang berasal daripada perkataan Latin dan membawa maksud ilmu. Sains ialah kegiatan memahami sesuatu keadaan, tabii atau fenomena benda oleh seseorang sarjana mengikut pandangan alam ikutannya yang membentuk paradigma atau pagar persekitaran pemikirannya dengan menerapkan kaedah-kaedah sains yang sudah mapan (aruhan dan induksi) atau kaedah-kaedah sains yang kurang diketahui umum tabiinya (intuisi, heuristik, hikmah dan sebagainya). Kandungan buku ini menghuraikan dengan terperinci sejarah falsafah sains dengan memberi definisi serta asal-usul setiap cabang sains. Semua ini dicatatkan dari sebelum masehi hingga kini, melalui pelbagai zaman. Gambar ahli-ahli falsafah dari pelbagai zaman dan peta yang menunjukkan perkembangan sains turut dimuatkan. Nama-nama sarjana astronomi Islam dan Barat dan sumbangan mereka dalam perkembangan asas stronomi juga dilampirkan.

Berikan Komen Anda Di Sini

311total visits,1visits today