23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, September 22, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result
Kredit Imej: Medical News Today

Simptom, Pengesanan dan Rawatan untuk Kanser Pankreas

Artikel ke-25 kerjasama antara Majalah Sains dan Young Scientists Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM)

Adee by Adee
26/02/2019
in Berita & Peristiwa, Suara Saintis Muda
0 0
0

Oleh: Ashwaq Hamid Salem Yehya dan **Dr. Oon Chern Ein
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Universiti Sains Malaysia
**Dr. Oon merupakan Ahli YSN-ASM. Penghargaan kepada Nazmi Lao daripada Akademi Sains Malaysia (ASM) atas terjemahan artikel

 

Apa itu kanser pankreas?

Pankreas merupakan organ kelenjar yang memainkan peranan penting dalam sistem penghadaman serta pengawalan paras gula dalam darah. Pembahagian sel pankreas yang tidak terkawal akan mengganggu fungsi pankreas lalu menghasilkan tumor dalam organ tersebut (Rajah 1). Tumor dalam pankreas biasanya tidak menunjukkan apa-apa simptom sehingga ia telah merebak ke bahagian tubuh badan yang lain dan seterusnya menyebabkan kerosakan organ. Faktor-faktor penyebab kanser pankreas masih belum dikenalpasti; namun begitu, merokok, obesiti, diabetes, penyakit keturunan dan radang pankreas kronik (pankreatitis) merupakan faktor risiko penyumbang kepada kanser pankreas (Maisonneuve & Lowenfels, 2015).

Rajah 1: Peringkat pertumbuhan kanser pankreas. (A): Sel normal mempunyai bentuk yang sekata dan nukleus yang jelas. (B): Sel menjadi tidak normal dari segi saiz dan bentuk disebabkan mutasi yang banyak terhasil pada gen yang mengawal pertumbuhan sel. (C): Sel kanser merupakan sel mutan yang tidak berhenti bertumbuh dan menyebabkan kanser

Di Malaysia, kanser pankreas tidak banyak dilaporkan berbanding jenis kanser yang lain. Berdasarkan laporan terkini oleh Malaysian Cancer Registry pada tahun 2006, daripada 21,773 jumlah keseluruhan kes kanser yang dilaporkan, hanya 253 kes merupakan kanser pankreas (Omar, Ali & Tamin, 2006). Kadar kemandirian (survival rate) penghidap kanser pankreas adalah rendah kerana sel kanser pankreas cenderung merebak ke bahagian badan yang lain, dan terdapat kurang daripada 20% sel kanser sahaja yang berada di pankreas. Dalam kebanyakan kes seperti ini, pembedahan untuk membuang pankreas yang terjejas dengan kanser tidak akan berkesan kerana sel kanser telah merebak ke organ lain. Sekiranya prosedur pembuangan kanser pankreas (resection) dapat dilakukan, kadar kemandirian pesakit adalah antara 23 hingga 36 bulan (Conlon, Klimstra & Brennan, 1996). Kadar kemandirian keseluruhan dalam jangka masa lima tahun adalah kira-kira 10%, dan dapat meningkat kepada 20% hingga 35% sekiranya sel kanser dapat dibuang dan kanser tidak menular ke nodus limfa (Hariharan, Saied & Kocher, 2008).

Apakah simptom-simptom kanser pankreas?

Tiada simptom yang dapat mengenal pasti kanser pankreas secara langsung, namum secara lazimnya penghidap penyakit tersebut akan mengalami kurang selera makan, sakit di bahagian atas abdomen yang boleh merebak ke bahagian belakang badan, kekuningan di kulit dan mata disebabkan jaundis, penurunan berat badan secara tiba-tiba yang tidak dapat dijelaskan, kemurungan, keletihan dan sel darah beku.

Bagaimanakah kanser pankreas dikesan?

Disebabkan lokasi organ pankreas yang terletak di bahagian dalam rongga tubuh, kebanyakan pesakit tidak menunjukkan simptom-simptom jelas pada peringkat awal kanser tersebut. Kanser pankreas hanya dapat dikesan pada peringkat lanjut kanser dengan kaedah seperti pemeriksaan fizikal oleh pakar perubatan, ujian darah, ujian pengimejan (imaging tests) CT scan atau MRI, ultrasound dan biopsi.

Apakah rawatan kanser pankreas?

Rawatan kanser pankreas bergantung kepada tahap kanser dan lokasi kanser di pankreas. Antara rawatannya adalah pembedahan, kemoterapi (ubat) dan radioterapi. Kemoterapi merupakan kaedah rawatan kanser yang menggunakan ubat untuk menghapuskan sel-sel kanser seperti gemcitabine (Fiorini et al., 2015). Radioterapi adalah kaedah rawatan menggunakan pancaran bertenaga tinggi seperti sinar-X, sinaran gamma dan zarah bercas untuk mengawal dan membunuh sel kanser (Attwood & Sakdinawat, 2016). Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa. Selain daripada itu, amalan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang, bersenam, tidak merokok dan pengurangan pendedahan kepada penyebab kanser dapat mengurangkan kebarangkalian menghidap penyakit kanser pankreas.

Rujukan

  1. Attwood, D., & Sakdinawat, A. (2016). X-rays and Extreme Ultraviolet Radiation: Principles and Applications. Cambridge University Press.
  2. Conlon, K. C., Klimstra, D. S., & Brennan, M. F. (1996). Long-term survival after curative resection for pancreatic ductal adenocarcinoma. Clinicopathologic analysis of 5-year survivors. Annals of Surgery, 223(3), 273.
  3. Fiorini, C., Cordani, M., Padroni, C., Blandino, G., Di Agostino, S., & Donadelli, M. (2015). Mutant p53 stimulates chemoresistance of pancreatic adenocarcinoma cells to gemcitabine. Biochimica et Biophysica Acta (BBA)-Molecular Cell Research, 1853(1), 89-100.
  4. Hariharan, D., Saied, A., & Kocher, H. (2008). Analysis of mortality rates for pancreatic cancer across the world. HPB, 10(1), 58-62.
  5. Maisonneuve, P., & Lowenfels, A. B. (2015). Risk factors for pancreatic cancer: a summary review of meta-analytical studies. International Journal of Epidemiology, 44(1), 186-198.
  6. Omar, Z. A., Ali, Z. M., & Tamin, N. S. I. (2006). Malaysian Cancer Statistics-Data and Figure, Peninsular Malaysia 2006. National Cancer Registry, Ministry of Health Malaysia.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: BiologiDr. Oon Chern EinInstitut Penyelidikan Perubatan MolekulKanser PankreasUniversiti Sains MalaysiaYoung Scientists Network
ShareTweetShare
Previous Post

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Fatimah Binti Salim

Next Post

Bersenam & Tubuh Badan :Kaitannya?

Adee

Adee

Related Posts

Ulasan Buku:  Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: Journey to The Edge of Reason – The Life of Kurt Godel

3 days ago
Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan
Berita & Peristiwa

Inovasi Teknologi Digital dan Minda Keusahawanan

3 weeks ago
Ulasan Buku:  The Parrot’s Theorem
Berita & Peristiwa

Ulasan Buku: The Parrot’s Theorem

3 weeks ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Teknologi Nuklear Isotop Stabil Menjelaskan Proses Ekologi Lautan

3 weeks ago
Next Post
Bersenam & Tubuh Badan :Kaitannya?

Bersenam & Tubuh Badan :Kaitannya?

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Menangani isu Silibus sukar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2023 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In