23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sindrom Gigi Retak

Sindrom Gigi Retak

Editor by Editor
31/05/2024
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Hafizah Ibrahim
Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

 

Pernahkah anda mengalami sakit gigi, walhal gigi anda tidak mempunyai sebarang kaviti atau tampalan? Awas, gigi anda mungkin mengalami masalah gigi retak! Sindrom gigi retak (cracked tooth syndrome) didefinisikan pertama kali oleh Cameron pada tahun 1964 sebagai retakan kecil pada gigi yang sering tidak kelihatan pada pemeriksaan rutin. Retakan ini melibatkan lapisan luar gigi iaitu enamel, yang seterusnya menembusi lapisan kedua iaitu dentin. Retakan boleh terhenti di lapisan dentin, atau merebak ke bahagian lebih dalam iaitu pulpa yang mengandungi saraf dan salur darah. Kebanyakan kes gigi retak terjadi pada gigi geraham bawah iaitu gigi molar, diikuti oleh gigi premolar di rahang atas. Insiden sindrom gigi retak lebih tinggi di kalangan lelaki berumur lingkungan 40 ke 50 tahun. Sindrom gigi retak boleh terjadi pada mana-mana gigi, termasuklah gigi yang sihat tanpa sebarang kaviti mahupun tampalan (sound tooth). (Gambar1)

 

Gejala yang dialami oleh individu yang mengalami sindrom gigi retak adalah seperti gigi sensitif ketika mengambil makanan dan minuman panas atau sejuk, serta rasa sakit secara tiba-tiba di kawasan gigi yang tertentu. Malah, ada pesakit merasakan sangat sensitif ketika menarik nafas melalui mulut. Rasa sakit mungkin terasa lebih prominen semasa melepaskan gigitan gigi.  Individu yang mengalami sindrom gigi retak mungkin juga mengalami rasa sakit yang berterusan di kawasan gigi yang terjejas, berikutan jangkitan bakteria ke dalam lapisan pulpa. Tanpa rawatan yang tepat dan segera, jangkitan boleh merebak dan akhirnya menyebabkan komplikasi seperti bengkak dan bernanah, serta gigi mati. Gejala boleh berbeza dari individu ke individu, tetapi apa yang penting ialah mengambil tindakan sewajarnya segera setelah gejala muncul. Oleh itu, pengenalan awal gejala ini penting untuk rawatan yang berkesan.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada sindrom gigi retak termasuk trauma fizikal seperti kecederaan akibat pukulan yang kuat pada gigi, atau akibat mengunyah makanan keras. Tabiat (habit) mengisar dan mengetap gigi (bruxism) diluar sedar juga menjadi faktor berlakunya sindrom gigi retak. Selain itu, tampalan gigi yang tidak seimbang atau tekanan berterusan pada gigi juga boleh menjadi penyebab retakan gigi. (Gambar 2) Memahami punca-punca ini penting untuk mencegah sindrom gigi retak dan mengelakkannya daripada terjadi.

Klasifikasi sindrom gigi retak bergantung kepada ciri-ciri retakan gigi dan gejala yang dialami oleh individu. Terdapat beberapa klasifikasi yang digunakan untuk menggambarkan jenis-jenis retakan gigi, termasuk retakan longitudinal, transversal, atau oblik. Retakan longitudinal melintasi gigi dari korona ke akar, sementara retakan transversal melintasi gigi secara melintang, dan retakan oblik adalah kombinasi antara kedua-duanya. Selain itu, retakan gigi juga boleh diklasifikasikan berdasarkan kedalaman, panjang, dan lokasi retakan. Pemahaman tentang klasifikasi retakan gigi membantu doktor gigi dalam merancang rawatan yang sesuai dan merawat sindrom gigi retak dengan lebih berkesan.

Diagnosis sindrom gigi retak adalah agak sukar, disebabkan oleh retakan yang terlalu halus tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan juga imbasan sinar X. Oleh itu, pemeriksaan di bawah pencahayaan yang baik dan magnifikasi menggunakan mikroskop atau loupe dapat membantu diagnosis sindrom gigi retak. Alatan khas seperti transiluminasi dan juga pewarna  (staining dye) juga boleh digunakan.

Sindrom gigi retak adalah keadaan yang memerlukan perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan rasa sakit yang berterusan dan kerosakan gigi yang lebih serius. Rawatan untuk sindrom gigi retak bergantung kepada tahap retakan dan gejala yang dialami oleh individu. Tampalan gigi boleh dilakukan untuk retakan yang kecil, sementara rawatan kanal akar dan korona gigi mungkin diperlukan untuk retakan yang lebih besar atau yang telah melibatkan saraf gigi. Tidak dinafikan, terdapat gigi yang perlu berakhir dengan cabutan apabila tidak dapat diselamatkan lagi. (Gambar 3)

Langkah-langkah pencegahan penting untuk sindrom gigi retak termasuk mengelakkan penggunaan gigi untuk tujuan yang tidak sepatutnya, seperti membuka bungkusan atau menggigit benda keras. Elakkan tabiat menggigit benda keras seperti pensel atau pen, atau mengunyah makanan keras seperti ais atau tulang ayam. Bagi anda yang mempunyai tabiat menggertak gigi pada waktu malam, penggunaan pelindung mulut (mouth guard) boleh membantu mengurangkan risiko sindrom gigi retak.

Dengan memahami simptom, punca, rawatan, dan langkah-langkah pencegahan, individu dapat mengambil langkah-langkah proaktif untuk menjaga kesihatan gigi dan menghindari komplikasi yang tidak diingini. Pemeriksaan gigi berkala dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap 6 bulan adalah disarankan untuk kesihatan gigi dan mulut yang optimal.

Gambar 1: Garis retakan yang terlihat semasa pemeriksaan.
Gambar 2: retakan melibatkan gigi yang mempunyai tampalan yang besar dan merebak ke bahagian pulpa menyebabkan jangkitan dan bernanah (abscess)
Gambar 3: retakan gigi yang telah merebak ke bahagian akar dan menyebabkan gigi terbelah (Split tooth)

Rujukan:

  1. Korkut, B., Bayraktar, E.T., Tağtekin, D. et al.Cracked Tooth Syndrome and Strategies for Restoring. Curr Oral Health Rep 10, 212–222 (2023). https://doi.org/10.1007/s40496-023-00352-1
  2. Liao WC, Tsai YL, Chen KL, Blicher B, Chang SH, Yeung SY, Chang MC, Jeng JH. Cracked teeth: Distribution and survival at 6 months, 1 year and 2 years after treatment. J Formos Med Assoc. 2022 Jan;121(1 Pt 2):247-257. doi: 10.1016/j.jfma.2021.03.020. Epub 2021 Apr 12. PMID: 33858736.
  3. FDI World Dental Federation. Crack tooth syndrome: an advide sheet for dentists and dental teams. https:// www. fdiworldde ntal. org/ sites/ defau lt/ files/ 2022- 07/ FDI% 20Cra cked% 20Too th% 20Syn drome. pdf. Accessed 23 Aug 2023.
  4. American Association of Endodontics. Cracked Teeth and Vertical Root Fractures: A New Look at a Growing Problem (2022) https://www.aae.org/specialty/wp-content/uploads/sites/2/2022/12/ecfe-2022-edition-FINAL.pdf
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: fakulti pergigian USMHafizah Ibrahimpergigian
ShareTweetShare
Previous Post

Keajaiban Fungsi Air Liur Manusia

Next Post

Si Pemburu Tangkas, Kumbang Harimau Cicindelidae

Editor

Editor

Related Posts

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet
Berita & Peristiwa

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

6 days ago
Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan
Berita & Peristiwa

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

7 days ago
Next Post
Si Pemburu Tangkas, Kumbang Harimau Cicindelidae

Si Pemburu Tangkas, Kumbang Harimau Cicindelidae

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In