23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, May 17, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sinergi Biodiversiti & Keunikan Landskap Batu Kapur : Pemacu Ekopelancongan

Info Biodiversiti

Saiful Bahari by Saiful Bahari
18/05/2021
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh : Norashikin Fauzi1, Kamarul Ariffin Hambali@Kambali1, Nuramirah Mat Zain1  dan Hazizi Husain2

1Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan
2Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan

 

Kelantan yang turut dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang lebih sinonim dengan keunikan seni warisan budaya seperti dikir barat, wayang kulit, mak yong, perusahaan batik,songket serta  permainan rakyat. Namun begitu, Kelantan juga mempunyai kekayaan biodiversiti dan keindahan landskap alam semula jadi yang unik. Ekploitasi khazanah alam semula jadi secara lestari dan dengan penuh tanggungjawab boleh menjadi pemacu industri ekopelancongan di Kelantan. Konsep ekopelancongan  muncul pada lewat 1980an dan ia didefinisikan oleh Orams (1995) sebagai aktiviti pelancongan yang berteraskan alam semula jadi dengan kesan negatif yang minimum.

 

 

Daerah Gua Musang yang terletak  di bahagian selatan Kelantan merupakan salah satu lokasi yang strategik bagi pembangunan perusahaan ekopelancongan gua batu kapur. Taburan hujan tahunan di Gua Musang adalah 2365 mm dan kadar purata suhu adalah sekitar 25.5-280C. Klimaks vegetasi primer adalah hutan tropika yang didominasi oleh vegetasi batu kapur yang dikenali sebagai  hutan jenis edafik berdasarkan kepada gabungan fisiognomi dan komposisi spesies (Kiew et al., 2010).  Selain mempunyai komposisi spesies flora batu kapur yang unik, gua-gua batu kapur di Gua Musang turut mempunyai tinggalan artifak zaman prasejarah. Bermula pada era 30an sehingga 90an, didapati ekskavasi arkeologi dan aktiviti penyelidikan telah dijalankan di 12 buah gua batu kapur di sekitar Gua Musang. Antaranya adalah Gua Cha, Gua Peraling, Gua Chawas, Gua Batu Cincin, Gua Lembing, Gua Madu, Gua Musang, Gua Chawan, Gua Jaya, Gua Ner, Gua Tagut dan Gua Tampaq (Jusoh et al., 2017).

Gua Madu terletak di latitud 4o50’00” utara dan longitud 101o58’00” timur, di Kampung  Batu Papan, yang mana jaraknya adalah dalam 4 kilometer daripada bandar Gua Musang dan dianggarkan berada pada paras ketinggian 17 meter daripada Sungai Galas yang mengalir tenang di tepi gua tersebut. Gua Madu adalah sinonim dengan penghasilan madu daripada  sarang lebah pada dinding gua tersebut. Ia merupakan formasi kukup batu yang unik dan tergolong dalam kumpulan Batu Kapur Formasi Gua Musang yang berusia kira-kira 650 juta tahun. Bagi pengemar fotografi atau instagram, formasi stalagmit dan stalaktit yang unik di dalam Gua Madu berupaya memberikan imej photo yang begitu menarik.

 

 

Menurut Jusoh et al. (2017), terdapat penemuan alat batu zaman Hoabinh dan tinggalan kebudayaan Neolitik seperti dua bilah kapak batu bercanai, satu alat pemukul kulit kayu dan serpihan tembikar tanah di Gua Madu. Tinggalan artifak zaman prasejarah ini bukan sahaja boleh menarik peminat arkeologi antarabangsa ataupun tempatan, malahan boleh memberi inspirasi kepada generasi muda tentang evolusi inovasi dan momentum perjalanan sejarah khususnya di Kelantan.

Selain daripada itu, suasana kehijauan di Gua Madu, turut diwarnai dengan kehadiran flora seperti gapis (Saraca thaipingensis) famili Fabaceae yang menghasilkan kelompok bunga berwarna kuning aprikot yang begitu menarik. Kluster Zingiberaceae turut menghiasi tebingan Sungai Galas berhadapan dengan Gua Madu. Kehadiran flora turut menarik hidupan liar  seperti monyet, burung, mamalia kecil dan serangga. Gua Madu juga turut menjadi habitat bagi kelawar yang memainkan peranan penting sebagai agen pendebungaan terutama bagi pokok raja buah iaitu pelbagai spesies pokok durian (Durio sp.). Menurut Jayaraj et al. (2016) populasi kelawar di Gua Madu dan Gua Cha, Gua Musang adalah tinggi berbanding dengan kawasan kajian  beliau yang lain iaitu Gunung Chamah, Gunung Reng, Tanah Tinggi Lojing dan Pasir Mas, Kelantan. Kewujudan spesies flora dan populasi haiwan liar seperti kelawar di Gua Madu boleh menjadi daya tarikan kepada pelancong luar dan tempatan.

 

 

Kejernihan air Sungai Galas turut menjadi daya tarikan di Gua Madu. Para pengunjung boleh mengadakan aktiviti berkelah, mendaki serta menjelajahi dalaman gua dan berkhemah di tapak perkhemahan yang dilengkapi dengan lampu solar. Di sekitar kawasan Gua Madu, turut dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas awam, gerai makan dan spa.

Di bawah Pelan Fizikal Kebangsaan (2010), bukit batu kapur telah dikategorikan sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif Tahap 1. Malahan batu kapur turut dinyatakan di dalam Polisi Kebangsaan Kepelbagaian Biologi 2016-2025 sebagai salah satu ekosistem yang paling terancam di Malaysia. Manakala di peringkat antarabangsa,  International Union for Conservation of Nature (IUCN) telah mengeluarkan Garis Panduan Perlindungan bagi Gua dan Karst. Demi menjamin kelangsungan ekopelancongan di Gua Madu, kekayaan biodiversiti dan keunikan landskap alam semula jadi di Gua Madu harus dipelihara dengan diletakkan di bawah kawasan terlindung. Bagi melindungi ekosistem batu kapur ini daripada pembakaran terbuka yang bertujuan untuk pembersihan kawasan atau pengawalan rumpai, kawasan mampan (buffer zone) harus diwujudkan. Di Semenanjung Malaysia, litupan hutan bukit kapur direkodkan sebanyak 0.4% sahaja. Justeru itu, ekploitasi gua batu kapur di Malaysia sebagai kawasan ekopelancongan harus dirancang dengan teliti agar impak negatif  terhadap ekosistem hutan batu kapur dapat diminimumkan.

 

Artikel Menarik Lain – Serangga & Tinja Gajah, Ibarat Irama & Lagu, Berpisah Tiada

Artikel Menarik Lain – Kenali Serangga Perosak Utama Petai

 

Rujukan

Adnan Jusoh, Yunus Sauman @ Sabin,  Zuliskandar Ramli (2017) Sejarah Penyelidikan Arkeologi Hulu Kelantan: Satu Sorotan Semula Dari Aspek Kepentingan dan Signifikan Kepada Pensejarahan Negara dalam Warisan Kelantan XXXVI. Penerbit: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Jayaraj Vijaya Kumaran,  Faisal Ali Anwarali Khan , Isham Azhar, Ean WeeChen, Mohd Rohanif Mohd Ali, Amirrudin Ahmad, Azrinaaini Mohd Yusoff (2016) Diversity and conservation status of small mammals in Kelantan, Malaysia. Songklanakarin J. Sci. Technol. 38 (2), 213-220.

Kiew R., Chung R.C.K., Saw L.G., Soepadmo E., Boyce P.C. (2010) Flora of Peninsular Malaysia. Series II: Seed Plants, Vol. 1. Edition: Malayan Forest Records No. 49. Penerbit: Forest Research Institute Malaysia

Orams, M.B. (1995) Towards a more desirable form of ecotourism. Tourism Management 16 (1), 3–8.

Pelan Fizikal Kebangsaan 2010.

Polisi Kebangsaan Kepelbagaian Biologi  2016-2025. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.  ISBN 9789670250243.

 

Kredit Foto : Norashikin Fauzi et. al

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Sains BumiHazizi HusainInfo BiodiversitiJabatan PERHILITAN Negeri KelantanKamarul Ariffin Hambali@KambaliNorashikin FauziNuramirah Mat ZainUniversiti Malaysia Kelantan
ShareTweetShare
Previous Post

Serangga & Tinja Gajah, Ibarat Irama & Lagu, Berpisah Tiada

Next Post

Peranan Angin Monsun Dalam Kelangsungan Populasi Penyu

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Sains Komunikasi Untuk Golongan Introvert
Berita & Peristiwa

Sains Komunikasi Untuk Golongan Introvert

4 days ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

7 days ago
Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?
Berita & Peristiwa

Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?

2 weeks ago
Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya
Alam Semulajadi

Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya

2 weeks ago
Next Post
Peranan Angin Monsun Dalam Kelangsungan Populasi Penyu

Peranan Angin Monsun Dalam Kelangsungan Populasi Penyu

  • Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sains dan Teknologi Dalam Pembinaan Tamadun: Peranan dan Cabaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In