23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, March 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Situasi Latah: Adakah ia dikategorikan sebagai ‘Startle Reflex Response’?

Info Neurologi

Editor by Editor
26/12/2019
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Yasmin Yusuf

Kita sering mendengar tindakan refleks iaitu suatu gerak balas automatik yang berlaku dengan pantas tanpa dikawal atau disedari oleh otak apabila melihat perubahan pada keadaan persekitaran. Tindakan refleks penting kerana ia melindungi manusia dari bahaya atau kecederaan. Contoh-contoh tindakan refleks dalam kehidupan harian ialah menarik tangan apabila tersentuh seterika panas, atau paku sentakan lutut dan kerlipan mata.

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan seseorang apabila menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti berada pada keadaan yang menakutkan sebagai contoh terjumpa anjing di jalanan, atau mendengar bunyi bising seseorang dimarahi di khalayak ramai atau bayangkan ketika seseorang sedang berseronok makan malam bersama keluarga tiba-tiba berlaku black out dan merasai gegaran kecil? Reaksi yang dipamerkan akibat terkejut dengan situasi situasi ini dipanggil sebagai fight and flight iaitu suatu respond yang berlaku apabila hormon dirembeskan oleh otak seterusnya memproses apakah tindakan seterusnya yang harus diambil oleh seseorang sama ada menyerang ataupun lari. Ia merupakan satu tindak balas fisiologi dan psikologi yang berlaku tanpa ia sedari apabila berada situasi yang genting dan tidak diduga. Ini adalah salah satu contoh tindakan refleks yang biasa dialami oleh manusia. Namun Startle Reflex Response adalah suatu tindak balas pantas psikologi yang berlaku apabila seseorang berhadapan dengan situasi yang sangat menakutkan atau dalam keadaan fobia yang melampau.

Startle Reflex Response boleh ditakrifkan sebagai suatu tindak balas yang lebih kompleks berkait rapat dengan neuropsikologi seseorang yang cenderung berlaku apabila berada pada keadaan emosi yang tidak terkawal dan keadaan ini lebih terkesan pada seseorang yang mengalami anxiety. Apabila seseorang yang mempunyai anxiety mendengar suatu bunyi letupan yang kuat misalnya, tindakan refleks yang dihasilkan adalah lebih dari orang normal seperti menjerit atau melompat. Walau bagaimanapun, reaksi setiap manusia adalah tidak sama dan berbagai-bagai.

Startle Reflex Response memainkan peranan penting dalam kajian terhadap penyakit yang berkaitan neuropsikiatri pada manusia kerana apabila berlaku gangguan pada tindakan startle ini maka biasanya akan menyebabkan gangguan yang lebih meluas pada masalah neurologi. Fenomena yang sering berlaku dipanggil sebagai prepulse inhibition iaitu suatu proses yang mempengaruhi penyakit neurologi seperti schizophrenia, Hutington’s disease, dan obsessive-compulsive disorder (OCD)

 

Gambarajah 1: Dalam tindakan refleks, impuls dihantar dengan pantas dari reseptor (receptor) melalui neuron deria (sensory neurone) ke saraf tunjang (spinal cord) melalui akar dorsal. Di dalam saraf tunjang, impuls melintasi neuron perantaraan (relay neurone) sebelum keluar dari saraf tunjang melalui neuron motor melalui akar ventral.

 

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Universiti di Columbia pada seekor lalat mendapati ia merembeskan hormon serotonin apabila berlaku Startle Reflex Response apabila melihat situasi mengundang bahaya yang berlaku. Apabila seekor lalat melihat perubahan yang tidak dijangka pada keadaan sekeliling sebagai contoh berlaku gegaran, maka hormon serotonin yang dihasilkan menjadikan lalat tersebut terhenti seketika sebelum mengambil tindakan seterusnya. Umum mengetahui bahawa hormon serotonin lazimnya dikaitkan sebagai ‘happy hormone’ yang mengawal mood dan emosi seseorang. Namun, pada kajian yang dilakukan pada lalat dan haiwan vertebra, ia mendapati hormon serotonin juga terlibat dalam mengawal kepantasan pergerakan pada haiwan berkenaan.

Saintis melanjutkan kajian ini dengan membahagikan kepada dua senario. Pada senario yang pertama, mereka memasukkan lalat dalam satu bekas kaca kemudian menutup lampu seperti keadaan black out manakala Saintis menghasilkan satu gegaran kecil seperti gempa bumi pada senario kedua. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kesan pengeluaran hormon serotonin apabila lalat didedahkan pada situasi yang berbeza-beza. Mereka mendapati hormon serotonin juga berfungsi sebagai brek kecemasan iaitu hormon akan dirembeskan apabila berhadapan dengan situasi di luar jangkaan lalu serta merta lalat tersebut akan menghentikan pergerakannya dan inilah dipanggil sebagai Startle Reflex Response. Mereka mendapati, pause yang terhasil mempunyai peranan yang tersendiri iaitu ia mungkin membantu sistem saraf lalat berkenaan untuk mengumpul segala maklumat yang diperlukan sebelum mengambil keputusan apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan. Kajian yang dilakukan pada seekor lalat ini memberi gambaran kepada Saintis untuk meneroka kajian ini dengan lebih mendalam untuk memahami proses kimia di peringkat molekular pada haiwan yang lebih kompleks termasuklah manusia yang berpotensi melalui proses yang sama seperti haiwan berkenaan.

 

Rujukan

[1] https://www.sciencedaily.com/releases/2019/11/191127161446.htm
[2] https://www.sciencedirect.com/topics/neuroscience/startle-response
[3] https://ib.bioninja.com.au/options/option-a-neurobiology-and/a4-innate-and-learned-behav/reflex-arcs.html
[4] https://www.sciencedirect.com/topics/psychology/startle-reflex
[5] https://en.wikipedia.org/wiki/Latah

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Dasar Kebersihan Negara: Kemampuan dan Persepsi “Kata di Kotakan”

Next Post

Pesakit Radang Usus: Makanan Apa Yang Mereka Selalu Elak?

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden

24 hours ago
Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit
Berita & Peristiwa

Antibiotik Tidak Lagi Berkesan? Memahami Ancaman Kerintangan Antimikrob (AMR) Dalam Patogen Penyakit

1 day ago
Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser
Berita & Peristiwa

Peranan Jangkitan Virus dalam Perkembangan Kanser

1 day ago
Spesies Asing Invasif di Malaysia
Alam Semulajadi

Spesies Asing Invasif di Malaysia

2 days ago
Next Post
Pesakit Radang Usus: Makanan Apa Yang Mereka Selalu Elak?

Pesakit Radang Usus: Makanan Apa Yang Mereka Selalu Elak?

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In