23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Soalan Untuk Saintis : Dr Hanani Abdul Manan

Kenali Saintis Anda

Saiful Bahari by Saiful Bahari
29/10/2018
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Suara Saintis Muda, Uncategorized
0 0
0

Dr Hanani Abdul Manan

Pensyarah Kanan
Jabatan Radiologi PPUKM

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Dr Hanani Abdul Manan. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Radiologi dan Penyelidik di Makmal Pemprosesan Imej Kefungsian Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Fokus penyelidikan saya buat masa ini adalah kajian pengimejan kefungsian otak dengan menggunakan teknik fMRI (pengimejan resonans magnet kefungsian). Mesin MRI yang dilengkapi dengan perisian kefungsian diperlukan untuk tujuan ini. Teknik ini merupakan salah satu teknik pengimejan neuro yang digunakan untuk mengukur dan memetakan aktiviti otak samada dalam otak normal atau yang berpenyakit.

Teknik ini boleh mengukur aktiviti otak semasa rehat dan semasa sesuatu tugasan dilakukan, antara tugasan adalah seperti membaca, mengingat, bertutur, melihat dan semua jenis pemprosesan maklumat kognitif. Bagi pengukuran aktiviti semasa rehat, teknik resting-state fMRI (rs-fMRI) digunakan. Pesakit diletakkan di dalam mesin MRI, dan aktiviti otak semasa rehat dicerap. Bagi teknik rs-fMRI ini, pesakit dikehendaki berada dalam keadaan rehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti kognitif dan yang paling penting pesakit tidak boleh tertidur. Satu lagi teknik ialah pesakit perlu memberi respon atau menjawab soalan yang diberikan semasa
pengimbasan dilakukan. Jenis soalan yang perlu dijawab adalah spesifik dan bergantung kepada bahagian otak mana yang hendak dicerap. Sebagai contoh, untuk melihat pengaktifan pada kawasan occipital, ujian visual akan digunakan dan jika ingin melihat pengaktifan pada kawasan motor kortikal, ujian yang seperti memetik jari, atau menggenggam bola ping pong digunakan.

Teknik fMRI ini adalah selamat dan tidak menggunakan sinaran mengion. fMRI telah
menjadi satu kaedah yang digunakan dalam neurosains untuk mengkaji berbagai pemprosesan maklumat yang berlaku di dalam otak [1].

Bersama pelajar dan bekas pelajar Master and PhD di bilik MRI, persediaan sebelum mengimbas kefungsian otak pesakit di Jabatan Radiologi PPUKM
3-Tesla MRI Siemens MagnetomVerio yang ditempatkan di Jabatan Radiologi, PPUKM Salah seorang pelajar memberi penerangan apa yang perlu dilakukan semasa berada dalam mesin MRI

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Salah satu aplikasi fMRI ini adalah sebagai alat yang boleh digunakan untuk navigasi dan digunakan juga sebagai alat membantu perancangan pembedahan semasa pembedahan otak. Dengan menggunakan teknik ini, tumor yang terletak berhampiran atau dalam kawasan kefungsian seperti motor, deria, bahasa, visual atau pendengaran dapat dikenalpasti dan dielakkan dan seterusnya dapat mengelakkan kerosakan pada kawasan kefungsian tersebut.

Selain itu, mengenal pasti kawasan kefungsian otak juga penting untuk menghadkan defisit neurologi disebabkan oleh pembedahan [2]. fMRI menyediakan maklumat tambahan yang penting dalam pembedahan otak yang melibatkan kawasan kefungsian. Teknik ini sangat membantu untuk mengurangkan morbiditi.

 

Di mana tempat bertugas sekarang?

Saya sekarang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Radiologi dan penyelidik di Makmal Pemprosesan Imej Kefungsian, PPUKM.

Antara kajian-kajian di makmal kami ialah: 1) Model Rangkaian Penyusunan Semula (Brain Plasticity) Otak Dalam Rangkaian DMN Dikalangan Pesakit Tumor Otak: Pendekatan fMRI dan DTI, kajian ini dibiayai oleh GGPM-2017-016. 2) Kesan Bacaan Al-Quran ke atas Kesedaran Emosi dan Memori Bekerja di kalangan pelajar Tahfiz di Kuala Lumpur dan Selangor: Pendekatan fMRI dan DTI, kajian ini di ketua oleh Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid dan dibiayai oleh GUP-2017-013. Selain itu saya juga terlibat dengan kajian-kajian yang menggunakan fMRI di UKM.

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik dan penyelidikan?

Saya mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan pada tahun 2009 semasa melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kedoktoran di FSK, UKM kampus KL di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Ahmad Nazlim Yusoff. Ketika itu saya terlibat dengan kajian memori dan penuaan dengan menggunakan teknik fMRI. Alhamdulillah, setelah tamat pengajian PhD pada tahun 2014, saya ditawarkan berkhidmat sebagai post-doctoral fellow di P3Neuro (Pusat  Perkhidmatan dan Penyelidikan dan Neurosains) USM, Kubang Kerian di bawah penyeliaan Prof. Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah. Di P3Neuro saya mula belajar bagaimana teknik fMRI ini boleh diaplikasikan dalam bidang klinikal.

Saya menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah universiti dan penyelidik kerana ingin mendapatkan keseimbangan dalam meneruskan minat saya untuk melakukan penyelidikan, dan berbakti kepada masyarakat secara dekat melalui pendidikan. Pada tahun 2017 saya mula berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Radiologi, di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bersama dengan rakan-rakan satu makmal dan penyelia utama: Prof. Madya Dr. Ahmad Nazlim Yusoff semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011
Kursus SPM fMRI di AMDI USM

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?

 

Antara pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan saya adalah ketika mula  menceburi bidang fMRI ini. Kerana pada masa tersebut masih tidak ramai orang yang tahu mengenai teknik ini. Proses menganalisis data adalah pengalaman yang paling mencabar pada ketika itu.

Pengajaran yang saya dapat simpulkan daripada ini adalah, kita perlu memupuk rasa ‘menghargai’ dan cinta terhadap sesuatu nilai ilmu dalam setiap ahli masyarakat. Salah satu caranya ialah dengan banyak membaca bahan-bahan ilmiah. Media perlu turut memainkan peranan dalam hal ini, seperti memperbanyakkan program-program dokumentari sains di televisyen, dan membantu mendedahkan para saintis kepada masyarakat, terutamanya saintis tempatan.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Setelah tamat PhD rasa cinta semakin mendalam dalam diri saya untuk terus menjadi penyelidik dan membangunankan dan mengaplikasikan fMRI ini.

 

Pengalaman paling menarik?

Sepanjang zaman belajar dari ijazah, master dan PhD merupakan pengalaman yang seronok dan sentiasa diingati. Kerana pada masa tersebut saya telah jumpa ramai orang dan ramai orang telah mengajar saya tentang kehidupan.

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Sains kadangkala nampak agak sukar untuk difahami/dikuasai. Namun begitu, kita tidak boleh cepat berputus asa dan mesti sentiasa mempunyai semangat ingin tahu. Sentiasa mendampingi mereka-mereka yang boleh memberi dorongan kepada kita.

 

Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

Melancong, mendaki bukit dan yoga

Bersama suami di Lower Chittering, Perth WA

RUJUKAN

1 Abdul Manan, H., et al., Early and Late Shift of Brain Laterality in STG, HG, and Cerebellum with Normal Aging during a Short-Term Memory Task. ISRN Neurol, 2013. 2013: p. 892072.

2 Manan, H.A., et al., The effects of aging on the brain activation pattern during a speech perception task: an fMRI study. Aging Clin Exp Res, 2015. 27(1): p. 27-36.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr hanani Abdul mananfmriJabatan Radiologi PPUKMKenali Saintis AndaPPUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia 2018 (ONM2018)

Next Post

Pertandingan Robotik "Make X Malaysia" Peringkat Kebangsaan Asuh Bakal Pakar Robotik Negara

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023
Berita & Peristiwa

‘Messi Matematik’ Dipilih Sebagai Penerima Hadiah Abel 2023

5 days ago
Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air
Berita & Peristiwa

Hidrogel Getah Asli Sebagai Penjerap Bahan Pewarna Pencemar Dalam Air

1 week ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Next Post
Pertandingan Robotik “Make X Malaysia” Peringkat Kebangsaan Asuh Bakal Pakar Robotik Negara

Pertandingan Robotik "Make X Malaysia" Peringkat Kebangsaan Asuh Bakal Pakar Robotik Negara

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In