23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Soalan Untuk Saintis: Dr. Mai Chun Wai

Artikel ke-30 kerjasama antara Majalah Sains dan Young Scientists Network-Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM)

Adee by Adee
30/08/2019
in Berita & Peristiwa, Suara Saintis Muda
0 0
0

Ahli Bersekutu YSN-ASM
Ketua Pusat Penyelidikan Kanser dan Sel Stem (CSCR), Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI) dan Pensyarah Kanan, Jabatan Farmasi, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

 

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Tumpuan penyelidikan saya adalah dalam penyelidikan kanser pankreas. Kadar kelangsungan hidup pesakit kanser pankreas selama 5 tahun adalah hanya 8% sahaja1. Kebanyakan pesakit kanser pankreas tidak mengalami simptom-simptom yang jelas pada peringkat awal. Oleh itu, kanser pankreas selalunya dikesan pada peringkat lanjut, di mana sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ lain. Pada tahap ini, pembedahan adalah kurang berkesan dan kemoterapi merupakan rawatan terakhir untuk kanser pankreas pada peringkat lanjut. Kemoterapi dapat menyusut atau melambatkan pertumbuhan kanser, namun ia tidak dapat membunuh semua sel kanser dalam badan secara keseluruhan2.

Selaras dengan perkembangan baharu dalam bidang sistem immunisasi, iaitu sistem pertahanan semula jadi badan, pasukan penyelidikan saya sedang melakukan penyelidikan terperinci terhadap interaksi di antara sistem imunisasi dan kanser. Pengetahuan saintifik terhadap kanser pankreas dan bagaimana sistem pertahanan badan manusia gagal menghapuskan sel-sel kanser adalah masih terhad dan perlu dikaji dengan lebih lanjut. Melalui kerjasama antara pasukan penyelidikan antarabangsa dari United Kingdom, Itali dan Malaysia, kami sedang mengkaji interaksi di antara sistem imunisasi dan kanser agar pengesanan awal kanser pankreas dapat dilakukan serta rawatan berkesan dapat diberikan kepada pesakit.

Pasukan penyelidikan saya juga bekerjasama dengan pakar-pakar akademik dan industri dari dalam dan luar negara untuk mencari kompaun baharu yang dapat mensasarkan rawatan kanser pankreas. Sebagai contoh, kami mensintesis “hydrazide integrated chalcones” bersama rakan penyelidikan dari India, dan mendapati bahawa “chalcones” ini dapat membunuh sel-sel pankreas kanser3. Selain itu, kami juga telah mengenal pasti beberapa gabungan rejimen rawatan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan pembelajaran mesin (machine learning)4.

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Berbanding dengan penyelidikan kanser-kanser lain, penyelidikan kanser pankreas adalah jauh ketinggalan dari segi sokongan kewangan dan kekurangan pakar penyelidik tempatan. Usaha-usaha untuk memajukan rawatan kanser pankreas di Malaysia sering menghadapi cabaran seperti kekurangan sumber utama, iaitu tisu pankreas dan reagen bagi menjalankan penyelidikan translasi, serta kekurangan infrastruktur untuk latihan berterusan dan pembangunan pengkalan data penyelidikan saintifik. Melalui kerjasama tempatan dan antarabangsa, kami berharap dapat mengatasi cabaran-cabaran tersebut dan berusaha melakukan lebih banyak penyelidikan terperinci terhadap kanser pankreas. Pasukan penyelidikan kami berharap penemuan penyelidikan kami akan dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser pankreas dengan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Bersama penyelidik-penyelidik Pusat Penyelidikan Kanser dan Sel Stem (CSCR), Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

 

Di mana tempat bertugas sekarang?

Saya dilantik sebagai ketua Pusat Penyelidikan Kanser dan Sel Stem (CSCR) di Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (IRDI), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sejak 2018. Pusat kami menjalankan pelbagai penyelidikan, iaitu dari penyelidikan asas yang mengkaji asal-usul kanser ke penyelidikan klinikal yang bertujuan untuk menguji keselamatan dan keberkesanan penemuan baharu dalam rawatan kanser. Salah satu matlamat kami adalah untuk bekerja seiring dengan rakan-rakan akademik dan industri supaya perkongsian idea dan penemuan baharu boleh dibuat secara menyeluruh.

Di samping itu, saya juga bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Farmasi, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) sejak 9 tahun yang lalu. Saya mengajar dalam bidang toksikologi, penemuan ubat-ubatan baharu, penyelidikan kanser dan undang-undang farmasi bagi pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia Farmaseutikal. Saya juga berkhidmat sebagai penyelaras untuk kedua-dua ijazah tersebut. Saya percaya bahawa sebagai seorang ahli akademik, saya bertanggungjawab secara moral untuk menetapkan harapan yang paling tinggi untuk setiap pelajar yang bakal berkhidmat sebagai ahli farmasi.

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik dan penyelidikan?

“Ini adalah penyelidikan terakhir saya! Saya tidak mahu terlibat dalam sebarang penyelidikan lagi!” Ini merupakan kata-kata yang terluah dari mulut saya sejurus sahaja selesai penulisan tesis Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Siapa sangka bahawa selepas bertahun-tahun, saya sekarang menjalankan penyelidikan di makmal yang sama saya mula melakuan penyelidikan dahulu.

Selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) di IMU pada tahun 2009, saya telah dilantik sebagai pegawai farmasi sementara (PRP) selama satu tahun di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Pada masa itu, saya mula menyedari kekurangan pilihan ubat untuk penyakit kritikal seperti kanser dan hal ini telah mencetuskan idea untuk menjalankan penyelidikan kanser secara lebih mendalam dan seterusnya mencari penemuan ubat-ubatan kanser yang baharu dan lebih berkesan. Selepas tamat perkhidmatan PRP, saya mendapat tawaran dari IMU untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD. Saya menerima tawaran tersebut dan tidak disangka keputusan ini merupakan titik perubahan yang penting dalam kehidupan saya.

Fokus projek PhD saya adalah tentang tindak balas di antara sistem imun semulajadi dan kanser. Saya amat bernasib baik kerana menerima anugerah penyelidikan yang membenarkan saya melakukan penyelidikan di institusi-institusi antarabangsa yang terkenal, seperti University of Strathclyde (Glasgow, United Kingdom), British Antarctic Survey (Cambridge, United Kingdom), dan National Research Council (Naples, Itali). Pengalaman yang bermanfaat ini telah meluaskan skop kerja penyelidikan pasukan saya. Sehingga Disember 2018, pasukan penyelidikan saya telah menerima dana penyelidikan berjumlah lebih daripada RM 1.2 juta. Saya amat bersyukur di atas pengiktirafan dan anugerah kebangsaan dan antarabangsa yang diterima dalam sepanjang perkhidmatan saya, antaranya Asian Young Pharmacists Group (AYPG) Professional Excellence Award (2018), International Pharmaceutical Federation (FIP) Congress Travel Scholarships (2018), Anugerah Akademik Terbaik IMU (2018), Penyelidikan dan Penerbitan Terbaik (Pasukan Penyelidikan) IMU untuk tiga tahun berturut (2015, 2016, 2017), Southeast Asia-European Union-NET II (SEA-EU-NET II) Fellowship daripada European Union’s Seventh Framework Programme for Research, Felo Penyelidikan Sultan Mizan Antarctic Research Foundation (YPASM) (2015) dan PhAMA President’s Community Impact & Awareness Award (2015),

 

Sebagai penerima anugerah International Pharmaceutical Federation (FIP) Congress Travel Award

Ringkaskan satu pengalaman yang paling mencabar dalam bidang penyelidikan dan pengajaran anda.

Pengalaman paling mencabar adalah semasa memulakan usaha mendapatkan geran penyelidikan yang pertama. Setiap penyelidik harus bersaing untuk mendapat peruntukan bagi menjalankan penyelidikan masing-masing. Persaingan ini agak mencabar disebabkan pihak berkepentingan mempunyai harapan yang tinggi terhadap penyelidikan berkualiti yang dapat menjamin manfaat kepada orang ramai. Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan dan mentor-mentor penyelidikan, terutamanya Prof. Leong Chee Onn, Prof. Peter Pook, Prof. Robin Plevin dan Emeritus Prof. Brian Furman yang sering memberi galakan agar saya terus mencuba dan memberi cadangan pengubahsuaian yang perlu dilakukan di dalam ujikaji dan aktiviti-aktiviti penyelidikan untuk menjadikannya lebih mantap dan berdaya saing.

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Sains amat menyeronokkan! Jangan berasa malu untuk bertanya soalan apabila anda mempunyai sebarang keraguan. Setiap soalan berpotensi untuk dijadikan sebagai satu topik penyelidikan yang dapat meningkatkan kualiti hidup orang ramai.

 

Malaysian Clinical Pharmacy Symposium – Cancer Counseling Programme: sebuah program yang dianjurkan oleh IMU dan MPS-Young Pharmacists Chapter; disokong oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia (MAP) dan Persatuan Farmasi Malaysia

Aktiviti/hobi kegemaran selain bekerja?

Saya suka berinteraksi dengan orang ramai. Saya meluangkan banyak masa dalam pelbagai badan profesional, seperti Young Scientists Network- Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM), Akademi Farmasi Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Ahli Farmasi Muda MPS (MPS-YPC), Persatuan Perubatan Antarabangsa Taiwan Tzu Chi (TIMA) dan Persekutuan Farmaseutikal Antarabangsa (FIP). Aktiviti yang paling menyeronokan dan memberi kepuasan bagi saya adalah kegiatan amal dan sukarelawan, seperti memberi ceramah awam tentang kesedaran kesihatan dan menyokong klinik amal UNHCR. Di samping itu, saya juga suka menikmati kopi! Tiada apa-apa yang boleh menghalang saya dari menikmati kopi setiap hari =)

 

Rujukan:

  1. Malaysian Study On Cancer Survival (MySCan) 2018.
  2. Chin-King Looi, Felicia Fei-Lei Chung, Chee-Onn Leong, Shew-Fung Wong, Rozita Rosli, Chun-Wai Mai. Therapeutic challenges and current immunomodulatory strategies in targeting the immunosuppressive pancreatic tumor microenvironment. J Exp Clin Res 2019; 38:162.
  3. Gokulakrishnan Kannan, Pathinettampadi Ashothai, Padmavathy Krishnaraj,  Wei-Meng Lim,  Chun-Wai Mai,  Punniyakoti V Thanikachalam, Ramalingan Chennan. Hydrazide-integrated carbazoles: synthesis, computational, anticancer and molecular docking studies. New J Chem. 2019. Doi: 10.1039/C9NJ01912J
  4. Jia-Lin Er, Pei-Ni Goh, Chen-Yuan Lee, Ying-Jie Tan, Ling Wei Hii, Chun-Wai Mai, Felicia Fei-Lei Chung, Chee-Onn Leong. Identification of inhibitors synergizing gemcitabine sensitivity in the squamous subtype of pancreatic ductal adenocarcinoma (PDAC). Apoptosis. 2018; 23: 343-55.
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Penyelidik UKM Catat Sejarah terbitkan Hasil Kajian dalam Jurnal Terkemuka Dunia

Next Post

Hama Habuk Rumah sebagai Penyebab Alergi

Adee

Adee

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Hama Habuk Rumah sebagai Penyebab Alergi

Hama Habuk Rumah sebagai Penyebab Alergi

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In