23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Soalan Untuk Saintis : Dr Nurul Farahain Mohammad

Kenali Saintis Anda

Saiful Bahari by Saiful Bahari
22/01/2019
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Dr Nurul Farahain Mohammad
Penolong Profesor
Jabatan Sains Pengkomputeran dan Teori UIAM 

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Dr Nurul Farahain Mohammad. Beliau kini bertugas sebagai Penolong Profesor Jabatan Sains Pengkomputeran dan Teori, Kuliyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan.

 

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Bidang penyelidikan saya ialah pemodelan matematik yang merupakan salah satu cabang dalam matematik gunaan dan matematik industri. Pemodelan matematik digunakan sebagai medium untuk memahami atau menyelesaikan permasalahan dalam situasi nyata.

Mekanik bendalir dan pemindahan haba antara contoh bidang yang menggunakan kaedah pemodelan matematik. Ia melibatkan sistem persamaan pembezaan dan kaedah berangka. Kini, bidang penyelidikan saya tertumpu kepada kaedah penyelesaian automatik yang menyelesaikan sistem persamaan pembezaan separa dalam konteks mekanik bendalir dan pemindahan haba.

Di samping itu, saya juga menjalankan penyelidikan dalam memahami permasalahan arus simbar dan hakisan pantai. Projek penyelidikan arus simbar adalah kolaborasi dengan saintis marin di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan projek hakisan pantai adalah kolaborasi dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Setiap penyelidikan membawa manfaat dan kebaikan yang tersendiri. Contohnya, pengetahuan dalam bidang mekanik bendalir dan pemindahan haba khususnya magnetohidrodinamik dapat membantu pihak industri untuk mengoptimumkan sistem fizikal bagi meningkatkan produktiviti, menjimatkan kos dan menaiktaraf kualiti produk.

Selain itu, pengetahuan arus simbar sangat berguna dalam memahami kejadian alam terutamanya di pesisir pantai. Arus simbar didefinasikan sebagai arus yang berpotensi menarik objek atau manusia yang berada di pinggir pantai lalu dihanyutkan dan dibawa ke tengah laut. Fenomena ini boleh menyebabkan mangsa lemas. Oleh itu, dengan memodelkan arus simbar ini secara matematik, zon bahaya di lautan dapat dikenalpasti secara terperinci. Di samping itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan bagi pihak berkuasa tempatan untuk merancang aktiviti pelancongan di pesisir pantai dengan lebih selamat.

Begitu juga dengan pengetahuan mengenai hakisan pantai yang memberi kebaikan kepada masyarakat. Proses ini boleh difahami melalui pemodelan matematik dengan memasukkan unsur-unsur yang menyumbang kepada hakisan pantai. Simulasi berangka yang dijalankan berdasarkan mekanik bendalir mampu membantu dalam memperolehi posisi optimum untuk pembinaan benteng. Oleh hal yang demikian, ekosistem dan kesejahteraan masyarakat di persisiran pantai dapat dipelihara.

 

Di mana tempat bertugas sekarang? 

Kini saya bertugas di Jabatan Sains Pengkomputeran dan Teori, Kuliyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan sebagai Penolong Profesor (Assistant Professor).

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik/penyelidikan?

Sejak di bangku sekolah rendah, saya sangat meminati bidang matematik. Pertama kali saya nampak keanggunan matematik bila arwah ayah saya mengajar saya di pasar.

Harga sekilo x Berat mengikut kg = Harga barang

Tak kiralah sama ada barang itu beras, bawang, ayam, atau sayur. Pada saya, ianya operasi matematik yang sangat ringkas tetapi powerful. Ia sangat bermanfaat dan membantu setiap orang ketika melakukan urusan jual beli.

Ketika saya di tingkatan lima, guru matematik tambahan saya iaitu Cikgu Sa’imin bin Jumari telah mencadangkan saya untuk menyambung pengajian dalam bidang matematik tulen sebagai langkah permulaan untuk menjadi ahli matematik.

Sewaktu saya mengambil subjek Pemodelan Matematik yang diajar oleh Prof. Zainal Abdul Aziz, saya sedar minat saya lebih menjurus kepada matematik gunaan khususnya pemodelan matematik berasaskan persamaan pembezaan. Pengalaman menjadi pembantu penyelidik dalam bidang tersebut membuatkan saya jatuh cinta pada dunia penyelidikan, dan lebih yakin untuk meneruskan cita-cita sebagai ahli matematik dalam bidang matematik gunaan.

Alhamdulillah saya ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Saya menggunakan peluang ini untuk mendalami bidang mekanik bendalir dan pemindahan haba secara pengiraan di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Sharidan Shafie.

Sewaktu saya menjalankan PhD, saya juga berpeluang menjalani latihan sangkutan penyelidikan di Universidade de Coimbra, Portugal. Di sinilah saya didedahkan dengan penyelidikan antara disiplin di mana ahli matematik, fizik, pakar mata dan jurutera bioperubatan duduk bersama-sama di bawah satu kumpulan penyelidikan dan cuba menyelesaikan permasalahan memperbaiki hasil imej dari Optical Coherence Tomography.

 

Bertemu dengan Cédric Villani, pemenang Fields Medal 2010.

 

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Katherine Johnson adalah ahli matematik yang saya hormati dan saya jadikan contoh. Beliau seorang ahli matematik yang dikenali sebagai “komputer manusia” di National Aeronautics and Space Administration (NASA). Hasil kerja pengiraan beliau sangat bermanfaat dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Tambahan pula, beliau mempunyai semangat dan jiwa yang kental dalam menghadapi isu-isu yang berbangkit seperti diskriminasi jantina dan warna kulit. Walau diasak dengan pelbagai cabaran, beliau tetap meneruskan minat dan kerja beliau dengan sebaiknya.

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?

Di awal penglibatan saya sebagai pensyarah, saya menghadapi sedikit kesukaran untuk meneruskan penyelidikan saya kerana kos perisian numerik dan simbolik komersial yang melambung tinggi. Ini terjadi kerana faktor kenaikan harga lesen tahunan perisian dan jualan perisian yang menggunakan kadar tukaran wang asing. Ianya bukan sekadar menyukarkan proses penyelidikan malah masalah ini menganggu proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek yang melibatkan pengaturcaraan saintifik.

Namun begitu, proses penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran harus diteruskan. Saya bersyukur perkara ini terjadi dalam hidup saya kerana ini adalah titik permulaan saya menceburkan diri dengan berbagai-bagai perisian sumber terbuka (open source software) seperti Jupyter Notebook, Python, NumPy, SymPy, FeNiCs, Octave, Maxima. Selain itu, saya bertuah kerana berpeluang bertemu dengan komuniti pengguna perisian sumber terbuka yang sangat dinamik dan saling membantu antara satu sama lain.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Minat dan sifat ingat tahu.

 

Pengalaman paling menarik?

Saya berpeluang menjadi penasihat pasukan UIA dalam pertandingan pemodelan matematik Malaysia pada tahun 2015. Pada masa itu, dua daripada lima pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah daripada UIA dan salah satunya telah memenangi tempat kedua. Ini adalah antara kejayaan yang sangat membanggakan di hati saya. Baru-baru ini juga saya tidak menyangka yang saya terpilih sebagai salah seorang penerima Hadiah Sanjungan Kategori Makalah Ilmiah di Majlis Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2018.

Bersama pasukan UIA yang berjaya ke peringkat akhir di pertandingan pemodelan matematik

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Kenal pasti minat anda. Jika bidang yang anda minat ada ditawarkan di peringkat sekolah, berbincanglah dengan guru bidang tersebut. Jangan malu untuk mendapatkan pandangan mereka tentang laluan pendidikan dan kerjaya yang ada. Persis kata peribahasa melayu, malu bertanya sesat jalan.

 

Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

Membaca novel, puisi, mencuba sesuatu yang baru dan menghadiri aktiviti kesukarelawanan.

Menyertai ujibakat Clever Girl
Menyertai pertandingan teater

 

Mengendalikan Mosque Open Day
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: arus simbarDr Nurul Farahain Mohammadhakisan pantaiJabatan Sains Pengkomputeran dan TeoriKuliyah Sainspemodelan matematikUIAM
ShareTweetShare
Previous Post

Bahaya ‘Microsleep’

Next Post

Cili & Rasa Pijar, Kimia Menjelaskan!

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

3 days ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

3 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Next Post
Cili & Rasa Pijar, Kimia Menjelaskan!

Cili & Rasa Pijar, Kimia Menjelaskan!

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In