23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

10 Soalan Untuk Saintis: Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali

Kenali Saintis Anda

Saiful Bahari by Saiful Bahari
18/03/2019
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali|
Pensyarah Kanan
Fakulti Sains Gunaan UITM Cawangan Kuala Pilah

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Tumpuan penyelidikan saya kini adalah dalam bidang kimia nanomaterial iaitu bidang ilmu material dengan pendekatan berasaskan nanoteknologi. Saya kini bersama rakan-rakan seperjuangan saya sedang menjalankan kajian tentang sintesis dan pencirian 3,4-asid diklorofeok siasetik interkalari dengan lapisan berganda hidroksida berasaskan “anionic clay”. Lapisan berganda hidroksida atau lebih umum “layered double hydroxide” merupakan material yang baru dalam bidang nanoteknologi yang mempunyai ciri-ciri unik dan bioserasi dan telah terbukti apabila digabungkan dengan elemen lain dapat mengurangkan masalah berkaitan alam sekitar sebagai contoh mengurangkan kadar toksik yang menyebabkan pencemaran alam, justeru kajian lebih mendalam perlu dilakukan. Selain itu, dengan adanya bantuan dari kerajaan berkenaan dengan geran penyelidikan seperti Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan juga geran dari swasta seperti Malaysia Toray Science Fund (MTSF), penyelidikan saya juga diteruskan dengan meneroka potensi grafin oksida dan mengkaji kesannya terhadap immobilasi baja pertanian terhadap tanah pertanian untuk mengoptimumkan hasil pertanian para petani.

 

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Teknologi nano telah menjadi trend dalam perkembangan teknologi kini dan manfaat dari teknologi ini bagi kehidupan manusia sangat luas melalui bidang perubatan, komunikasi, pembuatan, pertanian dan sebagainya.Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan adalah punca utama berlakunya pencemaran alam sekitar seperti air, tanah, udara dan sebagainya. Berdasarkan kajian saya tentang material yang dinamakan“layered double hydroxide” apabila digabungkan dengan herbicide, ianya berkebolehan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan penggunaan secara optimum baja yang digunakan bagi tujuan pertanian. Impaknya adalah kepada petani dimana hasil pertanian dapat ditingakatkan serta ianya dapat mengurangkan impak alam sekitar dan secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

 

Di mana tempat bertugas sekarang?

Sekarang ini saya bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Gunaan, Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, sebuah kampus yang tenang, hijau serta jauh dari kesesakan lalulintas. Saya merupakan ahli bersekutu di Malaysia Institute of Chemistry dan juga “Professional Technologist” di Malaysia Board of Technologists. Selain itu, saya turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti pelajar UiTM dan memegang jawatan sebagai Ketua Unit Kepimpinan Pelajar dalam Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

 

 

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik dan penyelidikan?

Saya mula terlibat dalam bidang penyelidikan sebaik sahaja tamat ijazah sarjana muda dalam bidang kimia di Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya ditawarkan melanjutkan pengajian peringkat Master di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang sains kimia sebatian semula jadi (natural product chemistry). Kemudian saya melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mula mengenali bidang nanoteknologi, kajian PhD saya melibatkan sintesis bahan nano, pencirian, dan aplikasi bahan nano termasuk pengenalan “layered double hydroxide” dan elemen-elemen nano berkaitan kimia dan alam sekitar. Suka duka sepanjang menyiapkan PhD saya dalam masa 4 tahun dan bergraduat pada 2015 akan dikenang selamanya kerana banyak ilmu baharu yang diperolehi dan dipraktikkan sehingga kini.

 

 

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Saintis idola saya merupakan ahli sains terkemuka Prof. Richard Feynman yang pertama memperkenalkan tentang nanoteknologi dalam pembentangkan kertas kerja beliau bertajuk Plenty of Room at the Bottom pada tahun 1959. Saya turut menyegani saintis trio yang memenangi Noble Prize for Chemistry 2016 dalam bidang nanoteknologi iaitu Jean-Pierre Sauvage dari University of Strasbourg, France, Sir J. Fraser Stoddart dari Northwestern University, Illinois dan Bernard L. Feringa dari University of Groningen, Netherlands. Mereka telah berjaya menghasilkan “World’s Tiniest Machines”. Mesin yang telah diciptakan dapat mengukur tebal senipis rambut manusia dan mereka bersedia untuk merevolusikan segala-galanya dari pembuatan ubat dan berkaitan fungsi tubuh badan manusia. Mereka telah membakar semangat saya untuk lebih maju ke depan dan membuatkan saya bercita-cita untuk mencapai kejayaan seperti mereka bersama rakan-rakan seperjuangan saya dalam bidang ini, seterusnya mendapatkan anugerah terkemuka yang dapat membanggakan rakyat Malaysia dan meluaskan lagi ilmu nanoteknologi yang berpotensi tinggi bagi membangunkan nama Malaysia di persada dunia.

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?

Semestinya semasa saya mengambil PhD saya pada tahun 2010 di Universiti Teknologi MARA. Kerana ketika itu, banyak cabaran yang harus dilalui. Apabila bercakap mengenai penyelidikan, aspek yang tidak dapat dielakkan adalah bagaimana untuk berfikir secara kiritkal dan kritis serta penyelesaian sesuatu masalah, Maka keranaitu, banyak masa diambil untuk mencari solusi dan cara yang membolehkan penyelidikan itu berjalan dengan lancar dan mematuhi keputusan yang diramalkan. Saya juga ketika itu juga merupakan seorang pensyarah. Maka pada permulaan penyelidikan, kesesuaian masa dan susun atur jadual juga merupakan perkara yang agak sukar dilakukan dan disusun. Banyak perkara yang perlu dilakukan pasa satu-satu masa.

Pengajaran yang dapat diambil melalui pengalaman ini adalah tidak boleh berputus asa untuk mencari sesuatu jawapan kerana setiap usaha pasti membuahkan hasil. Kita harus sentiasa positif dalam melakukan penyelidikan dan tidak cepat berasa putus asa, juga jangan takut melakukan kesilapan kerana kesilapan dan kegagalan itu akan mematangkan kita. Selain itu, kini jadual hidup dan kerja saya lebih teratur kerana saya dapat membiasakan diri berada didalam situasi yang memberi tekanan kuat kepada saya.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Passion ataupun minat saya terhadap sains khususnya kimia mebuatkan saya masih melakukan penyelidikan sehingga kehari ini. Sesuatu ilmu baru itu hanya dapat dicapai melalui penyelidikan. Kesungguhan saya dalam mencurahkan ilmu untuk anak-anak muda di dalam kelas juga merupakan antara perkara yang seronok untuk saya lakukan ,bukan sahaja mengajar di bilik kuliah , tetapi menjadi supervisor untuk pelajar Kajian Akhir Tahun (Final Year Projek) dan juga kepada pelajar pasca siswazah juga membuatkan saya seronok  mengkaji dan menyelidik kajian saya pada hari ini. Kerana saya percaya, ilmu yang ada pada waktu ini masih tidak mencukupi dan harus dipelajari lagi.

Pengalaman paling menarik?

Pengalaman yang paling menarik buat saya ada apabila penyelidikan saya dibawa kepada umum di kebanyakan pertandingan inovasi dan rekacipta. Sebagai contoh, Pertandingan Invention, Inovation and Design (IID) di beberapa acara seperti di UTHM Johor, UiTM Negeri Sembilan dan banyak lagi. Bukan sahaja saya dapat menarik minat umum untuk melihat hasil kajian dan produk saya, tetapi saya juga dapat mengetengahkan dan mengasah bakat pelajar untuk lebih berani bercakap di khalayak umum terutama penonton yang berasal dari kelompok ahli-ahli saintis. Walaupun ada pertandingan yang kami tidak memperolehi pingat emas, tetapi saya gembira kerana penyertaan pelajar dalam cuba untuk berdiri dihadapan dan bercakap. Saya sebagai tenaga pengajar sangat gembira melihat akan kesungguhan mereka. Dan berbangga kerana mereka sudah bersedia untuk menghadapi dunia luar.

Selain itu, Saya berasa sangat gembira kerana saya juga merupakan penasihat untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kuala Pilah. Pada tahun 2017, kami telah mengadakan sebuah program antarabangsa iaitu Young International Innovation Exhibition 2017 (YIIX’17). Program ini julung-julung kali diakan di UiTM Negeri Sembilan dan alhamdulillah menerima penyertaan yang luar biasa daripada Indonesia dan Malaysia. Saya berasa gembira kerana dapat mengharumkan nama UiTM.

 

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Untuk anak muda yang meminati sains, saya berharap agar anda semua tidak berputus asa dalam mengejar ilmu dan cita-cita anda. Setiap perjalan untuk menimba ilmu pastinya sukar tetapi percaya lah setiap usaha yang dilakukan pasti ada hasilnya, walaupun lambat, saya berharap agar mereka tidak mudah untuk berputus asa dan haruslah sentiasa gembira dan seronok dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

Saya minat bersukan, walaupun ketika ini saya jarang untuk melakukannya atas sebab tugas-tugas kerja yang harus dilakukan. Sekiranya saya mempunyai keluangan masa, saya akan menyertai aktiviti-aktiviti bersama pelajar seperti Hari Sukan dan saya juga seronok untuk mendalami ilmu hutan.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd GhazaliKenali Saintis AndaLapisan berganda hidroksidUITM
ShareTweetShare
Previous Post

Saintis Wanita Ketuai Misi Pelayaran Penyelidikan Marin UMT

Next Post

Penyakit daripada Haiwan kepada Manusia

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Penyakit daripada Haiwan kepada Manusia

Penyakit daripada Haiwan kepada Manusia

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In