23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Soalan Untuk Saintis : Dr Zamira Hasanah Zamzuri

Kenali Saintis Anda

Saiful Bahari by Saiful Bahari
19/11/2018
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Matematik, Suara Saintis Muda
0 0
0

Dr Zamira Hasanah Zamzuri
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Dr Zamira Hasanah Zamzuri. Beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Latar belakang penyelidikan saya adalah berkenaan pemodelan statistik dengan pengkhususan kepada teknik multivariat dan Bayesan. Aplikasi utama bagi pemodelan ini adalah data bilangan kemalangan jalan raya. Proses ini membawa saya kepada pengecaman taburan campuran untuk data bilangan. Selain itu, seiring dengan kehendak semasa, saya turut mula berjinak-jinak dengan teknik sains data seperti pembelajaran mesin.

Bersama Prof. Emeritus Don McNeil dari Macquarie University, Australia untuk Bengkel Pembelajaran Mesin di PPSM, FST, UKM pada tahun 2017.

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Pemodelan statistik secara amnya digunakan untuk peramalan di masa hadapan. Spesifik kepada kemalangan jalan raya, adalah sangat penting untuk memahami dan mengenalpasti faktor penyumbang kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Menerusi maklumat ini, ramalan kebarangkalian atau bilangan kemalangan yang boleh berlaku di sesuatu lokasi dan masa dapat dihitung. Ini membantu jurutera trafik dan pembuat polisi dalam merangka seterusnya membina keadaan jalan dan polisi berkaitan yang boleh meminimakan risiko berlakunya kemalangan jalan raya, seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat

Di mana tempat bertugas sekarang?

Saya kini bertugas di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik dan penyelidikan?

Saya mula menyertai UKM selepas tamat pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang Sains Aktuari. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia dan Doktor Falsafah di Macquarie University, Australia – kedua-duanya dalam bidang statistik. Alhamdulillah, saya berjaya menyempurnakan pengajian PhD pada hujung tahun 2013.

Hari terakhir di Macquarie University, di hadapan bangunan keramat yang mana saya habiskan masa selama lebih 3 tahun untuk PhD, E7A dan E7B.
Diraikan kelahiran bayi oleh rakan-rakan seperjuangan di Macquarie, sekitar 2010.

 

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Al Khawarizimi, seorang ilmuan Islam dalam bidang yang sangat berkaitan dan dekat dengan diri saya. Perkataan ‘algorithm’ yang dering digunakan dalam matematik dan sains komputer adalah berasaskan nama beliau. Di UKM, kita suburkan penggunaan nama beliau yang mana ‘algorithm’ diterjemahkan dalam Bahasa Melayu adalah ‘al Khawarizmi’.

Prof Graham Wood, penyelia PhD saya; bukan sahaja sangat komited dan pakar dalam bidang penyelidikan beliau tetapi juga sangat fleksibel dan bertimbang rasa dari aspek kekeluargaan. Selain perhubungan profesional sebagai pelajar dan penyelia, kami juga sering berkongsi pengalaman dari aspek kekeluargaan didorong atas fakta saya pertama kali menimang anak dan beliau pertama kali menimang cucu sewaktu pengajian PhD saya.

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?

Penyelia saya ditawarkan ‘Honorary Position’ di sebuah university di UK ketika tahun akhir penyeliaan saya. Maka, bermula episod perbincangan secara maya, saya di Australia, penyelia di UK, selama hampir setahun. Dengan perbezaan waktu, dan cara perbincangan yang secara maya, adalah agak mencabar untuk melakukan perbincangan ilmiah yang kritikal bagi pengajian PhD.

Dalam bidang pengajaran, saya berpeluang menjadi tutor dan demonstrator untuk ‘Basic Statistics’ di universiti tersebut. Penyelaras kursus tersebut memberi amaran yang kebanyakan tutor Asian mungkin akan terkejut dengan pelajar di situ kerana perbezaan budaya antara dua benua ini. Ini memberi pengalaman dan pengetahuan baharu kepada saya untuk mengendalikan kelas tersebut yang mana karakter audiensnya jelas berbeza dengan karakter pelajar di Malaysia

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Elemen kebebasan berfikir dalam proses penyelidikan merupakan daya tarikan paling utama untuk terus bertahan dalam bidang ini. Bekerja dalam bidang penyelidikan membenarkan anda untuk sentiasa berfikir secara kreatif dan kritikal seterusnya membuka peluang untuk menyelidik dengan lebih mendalam lagi.

 

Pengalaman paling menarik?

Semasa belajar, saya berjaya memperoleh dana untuk ke luar negara bagi pelajar pasca siswazah. Sewaktu itu saya berpeluang ke Prague untuk menyertai International Workshop on Statistical Modeling bagi membentangkan hasil penyelidikan saya. Jika difikirkan semula, jika sekadar suka-suka, mungkin entah bila saya dapat sampai ke Prague, negara yang cantik dan terkenal sebagai destinasi pelancongan. Penyelidikan dapat memberi pengalaman saya melihat keindahan ciptaan ALLAH di tanah asing.

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Fokus dan usaha secara bijak untuk mencapai impian anda. Tajamkan minda sentiasa dengan mengambil tahu bahan-bahan ilmiah yang berkaitan.

Aktiviti/hobi kegemaran selain ‘bekerja’?

Saya gemar menonton wayang tak kira genre filem tersebut. Ia dapat membantu saya merehatkan minda dan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga juga rakan.

Selesai menonton Jurassic Park bersama anak dan anak saudara di panggung MPOB Kecil, yang membenarkan kanak-kanak bergerak bebas di dalam panggung.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Zamira Hasanah ZamzuriFakulti Sains dan TeknologiKenali Saintis AndaPusat Pengajian Sains MatematikUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Pensyarah UPM dan Pelajar UTHM Diiktiraf dalam Bidang Sains dan Teknologi di Iran

Next Post

Semua Orang Berisiko Sakit Jantung, Pembunuh Utama Manusia

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

18 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

2 days ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Semua Orang Berisiko Sakit Jantung, Pembunuh Utama Manusia

Semua Orang Berisiko Sakit Jantung, Pembunuh Utama Manusia

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In