23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Soalan Untuk Saintis : Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof

Kenali Saintis Anda

Saiful Bahari by Saiful Bahari
26/11/2018
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Suara Saintis Muda
0 0
0

Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof
Pensyarah Kanan
Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, UPM

Untuk temubual seterusnya dalam siri Kenali Saintis Malaysia, MajalahSains menemubual Prof Madya Ir Dr Yus Aniza Yusof. Beliau merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan merupakan Ketua, Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM. Bidang kepakaran beliau adalah Kejuruteraan Bahan Makanan/Teknologi Serbuk Makanan/Teknologi Zarahan.

 

 

Apa tumpuan/latar belakang penyelidikan sekarang?

Penyelidikan saya sekarang tertumpu pada bidang Kejuruteraan Bahan Makanan atau lebih spesifik Teknologi Serbuk Makanan atau di bidang Kejuruteraan Kimia lebih dikenali sebagai Teknologi Zarahan (Particle Technology). Antara penyelidikan yang telah dijalankan seperti penghasilan tablet herba, tablet buah, pengeringan, pengisaran, dan sebagainya.

 

Dr. Yus Aniza semasa mengikuti pengajian pada tahun 2003 di Imperial College London

 

Bagaimana penyelidikan ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat/industri?

Penyelidikan ini dapat dimanfaat oleh industri di mana data yang dihasilkan boleh digunakan untuk pembangunan produk seperti suplemen, bahan minuman dan makanan.

Data dari ujikaji seperti nilai geseran, sifat mekanik bahan serbuk dan kejelekitan sesuatu serbuk dapat diaplikasikan bagi elemen proses rekabentuk seperti rekabentuk silo bagi kilang-kilang makanan dan menentukan kesegaran sesuatu produk terutama untuk dibungkuskan dan seterusnya dipasarkan.

 

Di mana tempat bertugas sekarang?

Saya bertugas di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua di jabatan berkenaan selama lebih 5 tahun (2009-2014). Kini saya dilantik sebagai Ketua, Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM. Makmal ini memberikan perkhidmatan analisis produk halal, menyediakan latihan, perundingan, penyelidikan dan khidmat nasihat kepada bidang berkaitan produk halal.

 

Bagaimana mula terlibat dalam dunia akademik dan penyelidikan?

Saya telah mengikuti pengajian ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan (Kimia dan Proses), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Semasa di tahun akhir saya telah mengikuti kursus Teknologi Zarahan dan minat mula datang untuk mendalami ilmu ini. Oleh itu, saya memohon pada Prof. Dr. Siti Masrinda Tasirin untuk saya melakukan projek ilmiah tahun akhir saya di bawah penyeliaan beliau dengan tajuk Pembendaliran Zarahan Kumpulan C. Projek ini membuat kajian terhadap zarahan/serbuk yang mudah melekit dan sukar untuk dicampurkan dan diproses. Sampel yang digunakan merupakan tepung gandum. Prof. Dr. Siti Masrinda Tasirin merupakan bekas pelajar seorang profesor tersohor dalam pembendaliran, iaitu Prof. Geldard. Pengkelasan saiz zarahan Geldard telah menjadi rujukan buku teks bagi bidang ini. Saya amat bertuah berada di bawah penyeliaan beliau.

Oleh kerana minat saya yang mendalam dalam bidang ini, saya melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Sains (MS) di bawah penyeliaan Prof Siti juga. Bagi projek MS saya melakukan kajian kisaran terhadap karbon teraktif serta bijirin makanan. Semasa mengikuti pengajian MS, saya telah mendapat tawaran sebagai tutor di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, di mana jabatan yang sedang saya berkhidmat kini. Pada masa itu, Ketua Jabatan berkenaan adalah Prof. Madya Dr. Mohd. Nordin Ibrahim yang juga merupakan pengasas jabatan berkenaan. Beliau bersetuju untuk saya meneruskan dan menyiapkan pengajian di UKM kerana bidang Teknologi Serbuk memang diperlukan oleh jabatan.

Seterusnya, tanpa sempat berehat dari pengajian MS, saya sudah mendaftarkan diri untuk pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Department of Chemical Engineering and Chemical Technology, Imperial College London. Saya amat bertuah kerana berada di bawah penyeliaan seorang profesor yang tersohor, iaitu Profesor Brian J. Briscoe. Beliau merupakan Editor In-Chief, jurnal Tribology International, salah satu jurnal yang berimpak tinggi. Saya telah membuat kajian di dalam bidang teknologi serbuk makanan yang tertumpu pada pemprosesan menggunakan drum berputar (rolling mill) dan memahami proses berkenaan menggunakan ujian mampatan sehala (uniaxial die compression). Di sini konsep kejuruteraan kimia dan bahan diaplikasikan. Sampel yang digunakan merupakan tepung ubi kentang.

 

Dr. Yus Aniza bersama Prof. Dr. Siti Masrinda Tasirin semasa graduasi ijazah pertama, tahun 1999.

 

Dr. Yus Aniza bersama Prof. Brian J. Briscoe dan anak sulungnya, Aisya Safiya Syaiful Hizam selepas viva pada tahun 2005.

Siapa tokoh sains/saintis idola? Dan kenapa?

Terdapat ramai tokoh sains idola saya. Selain Prof. Dr Siti Masrinda Tasirin selaku tokoh yang telah memperkenalkan pada saya tentang keindahan ilmu teknologi serbuk dan kejuruteraan bahan makanan, saya amat mengagumi Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud. Beliau yang juga merupakan guru saya di UKM. Selain itu, saya juga amat mengagumi Prof. Dr. Che Husna Azhari yang juga guru saya yang telah memperkenalkan ilmu sains bahan kepada saya. Selain itu Cikgu Zaiton Eshak, guru semasa sekolah rendah dan juga semua guru-guru yang telah mendidik saya. Segala tunjuk ajar mereka amat saya hargai.

 

Ringkaskan satu pengalaman paling mencabar dalam bidang penyelidikan & pengajaran boleh di ambil?

Semasa mengikuti pengajian PhD saya, alat drum berputar agak kerap rosak dan juga cabaran-cabaran lain dalam pengajian yang membuatkan saya terfikir untuk berhenti belajar. Dekan pada masa itu merupakan Allahyarham Y. Bhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi (mantan Naib Canselor UPM keenam) yang mana saya amat terhutang budi pada beliau yang sentiasa memberikan galakan dan nasihat dalam pengajian. Semoga Allah membalas segala jasa dan budi baik beliau.

 

Apa menyebabkan anda masih bertahan dalam penyelidikan saintifik?

Malaysia kaya dengan sumber tumbuhan dan tanaman yang mempunyai banyak potensi dan manfaat untuk diaplikasikan bagi faedah manusia sejagat serta benda hidup. Contohnya hasil dari salah satu penelitian yang saya lakukan bersama kumpulan saya adalah kajian pembangunan suplemen dari daun kelor/lemunggai (Moringa Oleifera) yang dapat mengatasi masalah malnutrisi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pokok yang berkhasiat ini tumbuh secara geografi di negara-negara yang mengalami masalah kekurangan zat makanan. Saya percaya bahawa sesuatu yang tumbuh di sesuatu tempat pasti ada manfaatnya kepada penduduk  di sesuatu kawasan itu.

Saya juga meminati untuk mendidik dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada berkaitan penyelidikan untuk para pelajar sama ada di dalam negara dan luar negara agar kesinambungan ilmu itu ada dan berterusan.

 

Dr. Yus Aniza ketika ditemubual oleh AstroAwani pada pertengahan tahun ini.

 

Dr. Yus Aniza (kedua dari kiri) bersama beberapa pelajar siswazahnya yang telah bergraduat.

 

Pengalaman paling menarik?

Saya telah tamat pengajian PhD dalam usia yang agak muda iaitu 28 tahun. Pelbagai pengalaman suka duka yang telah dilalui. Pengalaman manis adalah saya mendapat anak pertama di London semasa tahun pertama pengajian PhD saya. Rakan-rakan juga amat rapat dan saling bantu-membantu yang mana saya amat menghargai persahabatan bersama mereka. Pengalaman pahit adalah alat ujikaji saya kerap rosak dan paling getir apabila saya hampir putus asa dan hendak berhenti pengajian. Saya juga terpaksa berjauhan dengan anak selepas saya dan suami menjaganya sehingga berumur 18 bulan. Suami juga sedang mengikut pengajian ketika itu. Saya amat bersyukur kerana ibu saya, Hjh. Zaleha  Md. Yusoff dan arwah ayah saya, Hj. Yusof Lazim telah memelihara anak kami dengan baik di Malaysia sehingga kami pulang.

 

Nasihat untuk remaja yang berminat dalam bidang sains?

Untuk remaja yang berminat dalam bidang sains, teruskan usaha. Buatlah perancangan bidang pengajian apa yang ingin diceburi dan berpotensi untuk faedah seluruh alam. Jika ingin melanjutkan pengajian, disiplin serta pengorbanan amat penting demi sesebuah kejayaan selain persefahaman ahli keluarga terdekat serta mempunyai penyelia yang sentiasa bersemangat untuk kemajuan pelajarnya. Perlu diingat apabila berjaya nanti, kejayaan itu bukan milik mutlak kita. Itu adalah kejayaan semua orang yang menyokong kita selama ini agar kita dapat memanfaatkan ilmu tersebut dan seterusnya ianya menjadi pahala amal jariah buat mereka semua.

 

Aktiviti/hobi kegemaran selain tugasan akademik seharian?

Selain bekerja saya juga menyertai badan professional contohnya sebagai ahli teknikal, Agricultural and Food Engineering Technical Division (AFETD) di bawah Institution of Engineers Malaysia (IEM). Kami mempunyai aktiviti secara berkala, menarik dan dapat mengetahui perkembangan semasa bidang professional yang diceburi serta dapat mengenali lebih ramai rakan lain.

Saya juga suka mendengar lagu, bersiar-siar, memasak dan melancong. Aktiviti ini dapat merehatkan minda serta merapatkan kemesraan keluarga.

 

Yus Aniza bersama profesor tersohor bagi penyelidikan teknologi serbuk dari kiri, Prof. Bhesh Bhandari dan Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud di salah sebuah konferensi antarabangsa.

 

Dr. Yus Aniza semasa mengikuti lawatan kilang anjuran AFETD, IEM.

 

Kredit Foto : .hmetro

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Jabatan Kejuruteraan Proses dan MakananKenali Saintis AndaProf. Madya Ir. Dr. Yus Aniza YusofUPM
ShareTweetShare
Previous Post

Perkara yang Boleh Mempengaruhi Kesuburan Anda

Next Post

Pencemaran Mikroplastik : Bagaimana Kajian di Malaysia?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Pencemaran Mikroplastik : Bagaimana Kajian di Malaysia?

Pencemaran Mikroplastik : Bagaimana Kajian di Malaysia?

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In