23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sokongan Psikologi “Hidupkan” Pesakit Kanser

Info Rawatan Kanser

Saiful Bahari by Saiful Bahari
22/12/2020
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Nur Aisyah Huda Kamarulzaman &Dr Siti Suriani Othman
Universiti Sains Islam Malaysia

 

Kita sudah menghampiri penutup tirai 2020. Bagi kebanyakan individu, meraikan tahun baharu adalah pengalaman yang ditunggu-tunggu, tambahan lagi dengan kekuatan motivasi menyempurnakan azam baharu. Namun, adakah perasaan yang sama menyelubungi pesakit kanser? Dapat meneruskan kehidupan pada keesokan harinya adalah nikmat, dan menyambut tahun baharu pastinya sesuatu yang sangat disyukuri.

Kita maklum kanser sebagai sakit yang amat digeruni semua. Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan 13 peratus daripada kematian di dunia ini adalah disebabkan kanser dan jumlah ini akan meningkat kepada 12 juta menjelang 2030. Menyebutnya juga menakutkan bagi sesetengah orang, apatah lagi bagi mereka yang mengalaminya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Namun, sesiapa sahaja yang diduga dengan penyakit ini perlu positif untuk kekal menjalani hidup yang harmoni. Selain mengamalkan gaya hidup sihat sebagai salah satu pendekatan untuk mengelakkan kanser, jika tetap diduga, pesakit perlulah diberi kesedaran dan pencerahan bahawa menghidap penyakit ini bukanlah bermakna dunia mereka sudah di penghujung. Oleh itu, peranan spiritual dalam kalangan penjaga pesakit kanser atau paliatif amatlah penting bagi mereka.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penjagaan paliatif atau palliative care adalah pendekatan yang meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka dalam berdepan dengan masalah berkaitan penyakit yang mengancam nyawa, melalui pencegahan dan melegakan penderitaan. Ia adalah pendekatan menyeluruh dan tidak terhad hanya kepada menyembuhkan penyakit semata-mata.  Kajian mendapati, pesakit kanser yang mengikuti kaedah penjagaan ini mempunyai kelebihan untuk hidup lebih lama berbanding pesakit yang tidak.

Satu kajian yang dijalankan di Tulane University menunjukkan, dalam 2307 pesakit kanser lanjutan yang dikaji, pesakit boleh hidup dengan jangka hayat enam, sembilan, 15 dan 18 bulan, dengan 14 peratus pesakit hidup dalam tempoh setahun. Apa yang dipentingkan dalam pendekatan palilatif ini ialah memastikan keseimbangan penyembuhan daripada aspek fizikal, emosi, spiritual, dan keperluan praktikal yang lainnya berlaku sebagai sokongan menyeluruh kepada pesakit.

Bagi penghidap penyakit kronik, pesakit mungkin mengalami tekanan dan memikirkan hayat hidup mereka bakal berakhir tidak lama lagi. Emosi menjadi sangat rapuh ketika ini dan ahli keluarga perlulah bijak memainkan peranan dan menjaga hati pesakit. Jangan sesekali melontar kata-kata negatif kepada pesakit atau keluarga pesakit kerana ini akan menyebabkan pertukaran emosi seperti kemurungan, tekanan dan lain-lain. Sokongan moral adalah emas yang tidak ternilai ketika ini, terutama dalam konteks membantu proses penyembuhan seseorang pesakit.

Berdasarkan pengalaman salah seorang penulis, Aisyah Huda, pada bulan Ogos 2015 beliau telah didagnosis sebagai pesakit Lymphoma peringkat 1, ketika sedang melanjutkan pengajian di UiTM Seri Iskandar pada semester pertama. Ketika itu kitaran haid sudah mula tidak normal. Malah sakit di bahagian bawah perut seolah-olah mengancam nyawa. Berat badan juga mula menurun dengan mendadak. Selera makan mula tiada. Ketika itu fizikal sudah seperti mayat hidup menahan sakit sehingga mengambil keputusan untuk berhenti belajar.

Sejak kejadian itu, kehidupan Aisyah mula berubah 80 peratus apabila memulakan rawatan kimoterapi.  Sejak rawatan kedua, Aisyah mula dihadiri dengan orang sekeliling yang sentiasa memberi kata-kata positif kepada diri. Dengan kata-kata positif itulah antaranya yang telah menyembuhkan kanser ini. Aisyah mula mengubah gaya hidup dan kata-kata positif sentiasa dalam ingatan untuk membentuk pemikiran yang juga positif. Sungguhpun dalam kes Aisyah, beliau tidak mengambil pendekatan penyembuhan paliatif secara rasmi, tetapi aspek sokongan moral daripada sekeliling dilihatnya sebagai antara faktor utama yang membantu penyembuhan. Alhamdulillah, pada Febuari 2017 Aisyah disahkan bebas kanser.

Ini menunjukkan betapa kuatnya semangat diperlukan bagi seseorang pesakit kanser untuk meneruskan cabaran hidup, serta pengaruh kuat yang dimainkan oleh individu sekeliling untuk memberi sokongan kepada golongan ini. Seperti yang kita tahu sebelum ini kisah hidup pelakon Ardell Aryana yang terpaksa menangung kesakitan apabila menghidap kanser tahap tiga dan meminta peminat-peminatnya untuk tidak berasa simpati terhadap dirinya kerana dirinya ingin merasakan seperti orang normal. Secara tidak langsung, dia berasa bersyukur kerana mempunyai adik beradik dan keluarga yang positif dan sentiasa berada di sampingnya ketika sakit. Malah mereka turut berusaha memberi makanan kegemarannya untuk sembuh semula. Beliau turut mengatakan dia sangat hargai usaha sahabat baiknya Nazmi Adwa yang tidak pernah putus memberi kata-kata semangat utuk dirinya terus hidup. Dengan itu, sokongan moral dari segi psikologi sangatlah penting untuk pesakit kanser. Kata-kata motivasi dan positif itu wajib ada dalam kalangan kita yang mempunyai sahabat atau ahli keluarga pesakit kanser.

 

Kredit Foto : medscape

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Siti Suriani OthmanInfo Rawatan KanserNur Aisyah Huda KamarulzamanPenjagaan PaliatifUniversiti Sains Islam Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Berhenti Merokok, Selamatkan Diri Daripada Penyakit Buerger

Next Post

Mencipta Ubat Bukan Tugas Mudah

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran
Alam Semulajadi

Interaksi Haiwan Terhadap Persekitaran

17 hours ago
Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun
Alam Semulajadi

Tanah Runtuh di Malaysia dan Teknik Geofizik untuk Menilai Kestabilan Cerun

1 day ago
Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

1 week ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

2 weeks ago
Next Post
Mencipta Ubat Bukan Tugas Mudah

Mencipta Ubat Bukan Tugas Mudah

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In