23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Solvatokromik: Fenomena Perubahan Warna Dalam Pelarut Yang Berbeza

Info Kimia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
27/04/2022
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

Oleh : ChM. Dr Nur Hasyareeda Binti Hassan
Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Kromisma adalah fenomena perubahan warna disebabkan perubahan persekitaran fizikal dan keadaan kimia seperti suhu (termokromik), pelarut (solvatokromik), tekanan (piezokromik), cahaya (fotokromik) dan tindak balas elektro-redoks (elektrokromik). Fenomena kromisma dapat diaplikasikan dalam bahan deria, pengimejan dan pelbagai bidang yang lain. Kompleks solvatokromik contohnya boleh diaplikasikan sebagai petunjuk kekuatan kebesan ligan.

Mengikut teori roda warna, warna putih mengandungi semua warna pada spektrum. Apabila satu warna spesifik dari spektrum diserap, warna komplementari akan dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai contoh, warna kuning dilihat dengan mata kasar apabila warna ungu dari spektrum diserap.

Solvatokromik merujuk kepada kemampuan sesuatu sebatian berubah warna apabila dilarutkan di dalam pelarut yang mempunyai kepolaran yang berbeza. Fenomena ini boleh berlaku terhadap sebatian organik yang mempunyai kumpulan kromofor atau boleh juga berlaku terhadap kompleks logam peralihan. Kompleks logam peralihan menunjukkan sifat solvatokromik dan hal ini dapat dilihat apabila berlakunya perubahan warna mengikut jenis pelarut. Hal ini disebabkan oleh perubahan struktur dan elektronik iaitu peralihan elektron pada orbital d-d yang terdapat pada logam peralihan. Logam peralihan yang mempunyai konfigurasi elektron yang tidak penuh membolehkan berlakunya peralihan elektron pada orbital d logam tersebut.

Kompleks solvatokromik mempunyai permintaan yang tinggi untuk dijadikan sebagai petunjuk dalam sistem pemangkinan dwifasa, menentukan kekuatan koordinasi serta menentukan nombor penderma, (Donor Number) anion serta pelarut. Nombor penderma merujuk kepada kemampuan sesuatu bahan untuk menderma elektron kepada atom pusat kompleks. Ini juga menentukan tahap kebesan sesuatu pelarut atau anion.

Contoh fenomena solvatokromik dapat ditunjukkan pada kompleks kuprum  dalam Rajah 1.1. Apabila kompleks yang berwarna ungu dilarutkan dalam pelarut dengan julat kepolaran yang berbeza, dapat dilihat berlakunya perubahan warna yang berterusan. Ini disebabkan oleh kekuatan  interaksi yang berlaku antara pelarut dan juga kompleks adalah berbeza bergantung kepada kekuatan pendermaan elektron atau ciri kebesan pelarut terhadap logam kuprum. Disebabkan sifat istimewa yang terdapat pada logam kuprum membolehkan logam ini sering dipilih untuk diaplikasikan sebagai penunjuk kebesan sesuatu ligan atau pun pelarut.

 

Rajah 1.1 Fenomena kompleks solvatokromik kuprum(II) dalam pelarut yang berbeza
Sumber: Nur Hasyareeda 2012

 

Kuprum merupakan antara elemen peralihan yang berada pada baris pertama blok-d dalam jadual berkala dengan konfigurasi [Ar]3d104s1. Solvatokromik umumnya bergantung pada tahap pemisahan cas di aras bawah kromofor.  Kompleks Cu(II) menunjukkan sifat solvatokromik apabila berlakunya anjakan penyerapan maksima dengan kehadiran pelarut yang berbeza. Contoh kompleks solvatokromik pada Rajah 1.2.

 

Rajah 1.2 Struktur kompleks bagi [Cu(APO)(tmen)][ClO4] dan [Cu(APBO)(tmen)][ClO4¬]
Sumber: Hamid et al. 2012

Perubahan warna dan anjakan penyerapan maksima berlaku disebabkan interaksi antara molekul pelarut dengan logam dan berlaku peralihan orbital d-d dari aras tenaga bawah ke aras tenaga teruja, iaitu pemindahan elektron daripada orbital dxy dan dyz kepada dx2-dy2. Pemisahan orbital d pada Cu(II) berubah disebabkan kemampuan koordinatan ligan pada kompleks berubah yang membawa kepada struktur  segi empat sesatah  kepada struktur octahedral melalui koordinasi pelarut atau anion pada kedudukan aksial. Disebabkan Cu(II) mempunyai sifat pengherotan Jahn-Teller, maka peralihan geometri membawa kepada perubahan spektra yang tidak begitu ketara, yakni anjakan penyerapan maksima secara berterusan pada pelarut yang berbeza dapat diperhatikan.

Artikel Berkaitan – Kenali Pelarut Hijau Cecair Ionik & Pelarut Eutektik Dalam

 

Kredit Foto : oxfordstudent

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ChM. Dr Nur Hasyareeda Binti HassanInfo KimiaSolvatokromikUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

10 Soalan Untuk Saintis: Prof. Madya. Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh

Next Post

Penyelidikan: Kelip-kelip dan Kerlipan yang Memukau

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Penyelidikan: Kelip-kelip dan Kerlipan yang Memukau

Penyelidikan: Kelip-kelip dan Kerlipan yang Memukau

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In