23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sukar Membuang Air Besar: Sebab dan Puncanya

Sukar Membuang Air Besar: Sebab dan Puncanya

Editor by Editor
21/08/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Ms Dr Afizah Salleh
Pakar Perunding Pembedahan Am, Hospital Pakar An-Nur


Constipation,
sembelit atau sukar membuang air besar boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, namun adakah ini normal? Bilakah masanya seseorang perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut apabila menghadapi kesukaran membuang air besar.Apakah kesannya kepada kehidupan dan gejala-gejala lain yang boleh berlaku akibat daripada kesukaran membuang air besar?

Setiap orang akan ada jadual pembuangannya sendiri sama ada setiap hari, dua hari sekali atau seminggu sekali bergantung kepada keadaan fisiologi dan anatomi usus masing-masing. Ianya mungkin sesuatu yang normal pada seseorang untuk hanya membuang air besar seminggu sekali. Namun jika ianya menyebabkan keadaan tidak selesa seperti perut kembung dan sakit memulas-mulas yang berpanjangan hingga seseorang tidak dapat hidup dengan selesa dan mengganggu aktiviti harian, ia adalah tidak normal.

Perbuatan membuang air besar atau defecation melibatkan beberapa otot dan reflek yang diperantarakan oleh saraf. Apabila najis sampai ke bahagian rektum dan menyebabkan pengembangan dinding rektum, saraf yang ada didinding rektum akan menyebarkan signal dan memulakan proses peristalsis dan menolak najis ke bahagian anus ( bukaan rektum ). Terdapat juga signal yang dihantar ke bahagian saraf tunjang dan menigkatkan lagi peristalsis di bahagian usus yang lebih proximal dan seterusnya ke bahagian anus. Otot sfinkter bahagian dalam akan menjadi tenang dan terbuka supaya najis boleh dikeluarkan. Jika keadaan tidak sesuai untuk membuang air besar, ada satu lagi otot sfinkter bahagian luar yang hanya akan terbuka pabila seseorang berada dalam keadaan sedar dan bersedia membuang air besar.

Apabila seseorang ada masalah yang menyebabkan dia tidak berupaya menghasilkan reflek untuk pembuangan air besar,tidak mampu menghasilkan tekanan penolakan di bahagian abdomen seterusnya tidak menghasilkan peristalsis ( gesa ), proses pembuangan najis tidak akan bermula. Hal ini boleh berlaku kerana kerosakan saraf tunjang akibat penyakit atau trauma, mereka yang tidak berfungsi otaknya seperti orang yang mengalami strok ataupun masalah di bahagian abdomen sendiri seperti kanser yang merebak atau jangkitan kuman yang teruk menyebabkan saraf-saraf yang terlibat tidak mampu menghasilkan signal. Keadaan ini dinamakan dyssenergia.

Kedudukan rektum dan anus semasa pembuangan najis juga memberi pengaruh yang besar dalam mekanisme pembuangan najis. Terdapat satu otot ( puborectalis sling ) yang berbentuk selempang yang akan menghasilkan sudut tirus apabila ia mengecut tetapi apabla dalam keadaan tenang, ia kan memanjang dan menghasilkan laluan tegak pada rektum untuk najis keluar. Keadaan ini berlaku apabila seseorang duduk bertinggung, cara pembuangan najis seperti yang diajar oleh Rasulullah  SAW. Tandas moden yang menyebabkan kebanyakkan daripada kita tidak duduk bertinggung mempengaruhi mekanisme pembuangan najis. Perkara ini boleh diubah dengan meletakkan kaki di kerusi kecil supaya kedudukannya adalah seperti bertinggung.

Anatomi atau kedudukan organ di bahagian pelvis ( ruang di bahagian bawah abdomen dan menempatkan organ seperti pundi kencing, rektum dan rahim ) juga mempengaruhi keupayaan membuang najis dengan mudah. Seseorang yang mempunyai bahagian sigmoid ( bahagian usus di atas rectum ) yang terlalu panjang boleh menyebabkan najis berkumpul di bahagian tersebut dan sukar membuang najis. Selain itu masalah bahagian lantai pelvis yang boleh berlaku kepada wanita yang kerap bersalin ditambah dengan proses bersalin yang sangat sukar boleh menyebabkan masalah pembuangan najis yang kronik ini. Bahagian rectum yang bergumpal ( rectal intussuception ) atau jatuh ( rectocele ) dan organ lain yang jatuh seperti pundi kencing ( cystocele ) dan usus kecil ( enterocele ) akibat lantai pelvis yang tidak kuat boleh menyebabkan kesukaran membuang najis. Keadaan ini dinamakan obstructive defecation dan mungkin memerlukan pembedahan setelah pemeriksaan dibuat dan punca sebenar dikenalpasti. Pemeriksaan khusus seperti anal manometry untuk mengukur tekanan di bahagian otot sfinkter bukaan anus, defecating proctogram untuk melihat jika terdapat rectal intussuception dan ketidaknormalan dalam proses membuang air besar serta pemeriksaan MRI dan CT scan yang memerlukan penelitian sebelum diagnosis dapat dibuat dan rawatan yang sesuai dirancang.

Pengambilan diet yang sesuai juga penting bagi melancarkan pembuangan najis. Diet dengan kandungan kandungan serat yang tinggi dan air yang cukup mampu melembutkan najis, menjadikan saiz najis lebih besar dan mudah melalui usus untuk turun ke bahagian rectum dan anus. Najis yang dibiarkan terlalu lama didalam rektum akan menjadi keras kerana fungsi rektum adalah menyerap air. Seseorang yang ada masalah tekanan yang tinggi pada anus, sakit pada bahagian anus sama ada kerana luka ( anal fissure ) atau bengkak ( jangkitan kuman atau buasir peringkat 4 dan buasir luar ) akan menahan diri daripada membuang najis walaupun ada gesa. Lama kelamaan najis akan menjadi semakin keras dan lebih sukar untuk dikeluarkan.

Terdapat juga penyakit lain seperti masalah kemurungan dan hypothyroid yang juga menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat dan akibatnya kesukaran membuang najis. Pengambilan ubat tertentu juga boleh mempengaruhi pembuangan najis seperti ubat penenang dan kebanyakkan ubat untuk sakit mental dan ubat darah tinggi.

Kesukaran membuang najis yang berpanjangan dan berulang-ulang akan menyebabkan masalah seperti luka di bahagian anus ( anal fissure ) dan buasir yang semakin teruk bermula dari peringkat 1 ( hanya najis berdarah ) sehinggalah peringkat 4 ( buasir terkeluar , bengkak dan sakit ) , usus membengkak dan rectum jatuh ( rectal prolapse ). Pesakit juga akan rasa tidak selesa, kembung perut sehingga mengganggu aktiviti harian mereka. Luka di bahagian anus dan buasir akan menyebabkan pesakit semakin takut untuk membuang air besar dan najis akan semakin keras dan sukar dikeluarkan.

Rawatan boleh dimulakan dengan pengambilan air dan serat yang mencukupi. Jika pesakit sukar mengambil serat secara semulajadi dalam jumlah yang mencukupi ( sayuran, buah dan bijirin ) supplement boleh diberikan ( pengambilan sekurang-kurangnya 20 g sehari ). Kemudian pemberian ubat seperti lactulose yang menambahkan kandungan air di dalam najis dan melembutkannya ( osmotic laxative ). Jika masalah membuang air besar masih tidak dapat diatasi, stimulant laxative  adalah pilihan kedua yang bertindak dengan meningkatkan pergerakan usus ( peristalsis ) dan menolak najis keluar. Pemeriksaan colonoscopy ( memasukkan kamera ke dalam usus besar ) juga mungkin diperlukan untuk memastikan tiada ketumbuhan pada usus yang menyebabkan masalah membuang najis dan simptom lain yang berkaitan.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: constipationhospitalrawatan sembelitsembelitsukar buang air besar
ShareTweetShare
Previous Post

Penerokaan Polimer Berasaskan Bio Sebagai Bahan Dalam Teknologi Pembuatan Bahan Tambahan

Next Post

Kecelaruan Jantina: Bagaimana Sains Dapat Membantu

Editor

Editor

Related Posts

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara
Berita & Peristiwa

Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

6 days ago
Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi
Alam Semulajadi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

1 week ago
Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang
Alam Semulajadi

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

1 month ago
Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur
Berita & Peristiwa

Penggunaan Probiotik Bacillus velezensis sebagai Biokawalan Patogen Bakteria dalam Akuakultur

1 month ago
Next Post
Kecelaruan Jantina: Bagaimana Sains Dapat Membantu

Kecelaruan Jantina: Bagaimana Sains Dapat Membantu

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In