23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, January 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sumbangan Teknologi Angkasa Lepas

Editor by Editor
18/10/2010
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Siti Harwani Md Yusoff
Ketika projek angkasawan dilancarkan dan sehinggalah negara kita berjaya menghantar seorang anak Malaysia ke angkasa lepas, pelbagai isu diperdebat  tentang kepentingan negara membangun seperti Malaysia melaburkan dana yang bernilai berbilion ringgit dalam industri angkasa lepas sedangkan masih ramai lagi rakyat yang tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan. Walaupun mendapat sokongan  saintis dalam bidang angkasa lepas seperti Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman dan juga negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, masih ramai yang ragu-ragu dengan keterlibatan secara langsung negara ke dalam industri angkasa lepas. Tetapi tidak ramai yang sedar bahawa bidang aeroangkasa atau lebih khusus teknologi angkasa sebenarnya menyumbang peratusan yang tinggi dalam kajian dan pembangunan teknologi canggih yang berjaya diaplikasikan untuk kegunaan awam.
Sejak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada tahun 1961 oleh Soviet Union (sudah berkubur) ketika itu, banyak misi telah dirancang untuk meletakkan manusia tinggal di angkasa lepas lebih daripada 3 bulan dan berjaya disempurnakan. Proses untuk menyempurnakan sesebuah misi tersebut telah menghasilkan kajian sampingan seperti keperluan pemakanan dan nutrisi angkasawan, kesan persekitaran angkasa terhadap  fisiologi dan fizikal  angkasawan, keperluan alatan yang ergonomik untuk membantu angkasawan bekerja di stesen angkasa dan isu pencegahan dan keselamatan di dalam kapal angkasa. Beberapa contoh hasil daripada kajian sampingan ini adalah seperti terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada mikro-alga yang sangat baik untuk perkembangan mental dan visual bayi yang dikenali sebagai Formulaid. Ia dihasilkan daripada kajian National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengenai pembekalan nutrisi  yang senang dihasilkan, berkualiti tinggi dan mencukupi untuk kru angkasa di samping keupayaan alga tersebut berfungsi sebagai agen kitar semula.
Contoh lain adalah hasil kajian NASA dan Stanford University untuk melihat kesan mikrograviti pada perkembangan tulang angkasawan sehingga membawa kepada penciptaan “the Mechanical Response Tissue Analyzer (MRTA)” , sebuah alat yang digunakan untuk membantu rawatan pesakit osteoporosis dan gangguan metabolik tulang.
Gambar 1. Alat MRTA yang digunakan untuk pesakit tulang
Teknologi angkasa lepas juga menyumbang kepada kecanggihan sistem pemantauan untuk aliran trafik di lebuh raya. Dengan mengadaptasi kecanggihan perisian dan sistem berkomputer di sebuah stesen bumi (Pusat Kawal dan Perintah di Bumi), aliran trafik di seluruh lebuh raya dapat dipantau dan jika berlaku kemalangan ia dapat dikesan dalam masa 2 minit sahaja berbanding 20 minit pemantauan secara manual.
Selain daripada itu, teknologi navigasi kapal angkasa (Global Positioning System-GPS) yang pada peringkat awalnya dicipta untuk tujuan satelit intipan kini memberi kemudahan yang tak tercapai sebelum ini kepada pengguna jalan raya, pelancong dan pengembara. Selain untuk tujuan pandu arah, teknologi ini juga membantu kepada pemanduan hijau (Green Drive) yang mana pemandu akan dibantu untuk memilih jalan yang kurang sesak, diberi panduan tentang keadaan jalan dan kawasan kerja penyelenggaraan. Maklumat ini digunakan untuk memberi cadangan kepada pemandu untuk memecut, menekan brek atau berada pada kelajuan tetap dan pada masa yang sama dapat menjimatkan petrol dan masa. Teknologi ini juga digunakan untuk mengatur jadual bas yang fleksibel berdasarkan permintaan di kawasan pedalaman di Belgium.
Gambar 2. Teknologi navigasi yang digunakan untuk Pemanduan Hijau (Green Drive)
Terdapat juga alat yang dicipta oleh European Space Agency (ESA) yang digunakan di stesen angkasa lepas untuk mengesan bahan kimia dan bertindak sepatutnya digunakan di stesen metro Stockholm. Alat tersebut yang dikenali sebagai Sistem Hidung Elektronik (Electronic Nose) mempunyai penderia yang bertindak seperti hidung manusia yang digunakan untuk mengesan bau. Bau yang dikesan dihantar kepada sistem komputer dan perisian akan mencirikan dan mentafsirkan jenis bau tersebut dan memberi arahan kepada komputer  tentang tindakan yang perlu diambil. Sistem ini dapat membantu untuk mengesan bahan kimia berbahaya di dalam stesen kereta api bawah tanah.
Gambar 3 . Sistem Hidung Elektronik (E-Nose) yang tercipta hasil dari kajian teknologi angkasalepas
Contoh-contoh yang diberi dalam artikel ini cuma sebahagian kecil sahaja sumbangan teknologi angkasa untuk kemaslahatan orang ramai. Sehingga kini masih banyak lagi ruang dalam bidang penyelidikan angkasa lepas yang perlu diterokai dan yang pastinya akan memberi impak yang besar kepada kecanggihan teknologi suatu hari nanti. Ini kerana revolusi teknologi tidak ada titik noktahnya, ia akan berhenti apabila manusia berhenti bermimpi.

EDITOR :// Penulis merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, USM
Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: aeroangkasabudaya saintifikTeknologi
ShareTweetShare
Previous Post

Memahami Penyakit Strok

Next Post

Penyelidikan Fizik Teori di Malaysia | Bahagian 1

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

2 weeks ago
Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis
Berita & Peristiwa

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

4 months ago
Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna
Berita & Peristiwa

Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna

4 months ago
Next Post
Penyelidikan Fizik Teori di Malaysia | Bahagian 1

Penyelidikan Fizik Teori di Malaysia | Bahagian 1

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In