23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tafsiran-tafsiran Yang Wujud Untuk Memahami Alam Kuantum

Taza Aznam by Taza Aznam
14/05/2018
in Fizik
0 0
0

Oleh: Admin Fiziklah!

Dunia kuantum, seperti yang kita tahu adalah dunia bagi jasad berskala kecil yang melibatkan atom, zarah keunsuran dan apa-apa jua objek dalam julat 100 nanometer ke bawah. Skala kuantum ini juga sering disebut sebagai alam kuantum (quantum realm). Jika Mekanik Klasik adalah hukum fizik yang mentadbir jasad-jasad berskala makroskopik (yang mampu dilihat oleh mata kasar), Mekanik Kuantum pula adalah hukum yang mentadbir atom dan zarah dalam alam kuantum.

Rumus matematik (yang agak rumit) yang dinamakan fungsi gelombang (wave function) adalah “alat” yang menerangkan keadaan sesuatu sistem kuantum. Fungsi gelombang memberikan “pilihan” atau kebarangkalian kepada sesuatu zarah untuk mempunyai pelbagai sifat fizikal seperti kedudukan, momentum, dan sebagainya.

Hal ini bermakna, setiap zarah tidak mempunyai kedudukan atau momentum yang mutlak/sebenar pada satu-satu masa sehinggalah pengukuran (measurement) dilakukan. Apabila zarah tersebut diukur bagi mendapatkan kedudukannya, maka gelombang fungsi tersebut akan runtuh (collapse) dan hanya satu kedudukan sahaja yang akan “dipilih” untuk menjadi kedudukannya. Dengan kata lain, pada skala kuantum, kewujudan zarah dan atom adalah kebarangkalian semata-mata dan pengukuran menyebabkan sesuatu sifat itu menjadi mutlak.

Kita tidak benar-benar tahu apa yang berlaku dalam alam kuantum kerana ia terlalu kecil untuk disaksikan, tetapi kita mampu menafsir berdasarkan beberapa pandangan paara ahli. Tafsiran seperti yang telah disebut diberi gelaran Tafsiran Copenhagen (Copengen Interpretation) yang diasaskan oleh Neils Bohr dan dianggap tafsiran “piawai” bagi Mekanik Kuantum. Eksperimen bayangan (thought experiment) Kucing Schrödinger memberikan analogi mudah bagi menerangkan tafsiran ini. Selain tafsiran ini, terdapat banyak tafsiran lain dalam cubaan menerangkan apakah sebenarnya yang berlaku pada skala kuantum.

Runtuhan Fungsi Gelombang dalam Tafsiran Copenhagen Sumber: http://afriedman.org/
Gambaran Kucing Schrödinger. Sumber: Wikimedia

Tafsiran yang kedua popular selepas Copenhagen adalah Tafsiran Pelbagai Dunia (Many Worlds Interpretation). Ia mungkin kedengaran seperti sebuah cereka sains, tetapi, teruskan bersama kami! Menurut tafsiran ini, apabila sesuatu pengukuran dilakukan, semua kemungkinan yang diterangkan oleh gelombang fungsi akan berlaku serentak. Bagaimana? Apabila sifat sesuatu zarah diukur, alam semesta akan bercabang dan menjadi banyak, sering disebut sebagai multimesta (multiverse). Setiap alam semesta akan memiliki realiti yang berbeza dan mewakili salah satu daripada pelbagai kemungkinan tadi. Hasilnya, alam-alam semesta ini wujud secara selari dan jika kita hidup di alam semesta A misalnya, kita tidak akan tahu apa yang berlaku di alam semesta B, C dan sebagainya – kita tidak tahu pun bahawa alam-alam semesta yang tadi itu wujud! Tafsiran ini merupakan idea asas bagi filem-filem cereka sains yang menjadikan alam semesta selari (parallel universe) sebagai tema utama filem.

Tafsiran Pelbagai Dunia. Sumber: http://topicstock.pantip.com/

Tafsiran Sejarah Sejajar (Consistent Histories Interpretation) menyatakan bahawa kebarangkalian tidak merujuk kepada pengukuran, tetapi kepada keadaan fizikal di dalam sistem itu sendiri. Pengasasnya, Robert Griffiths menekankan bahawa kemungkinan untuk wujud pelbagai realiti di dalam alam kuantum sebagai sesuatu yang tidak munasabah. Menurutnya lagi, anda boleh mengambil gambar sebuah gunung dari pelbagai sudut, dan gambar-gambar tersebut boleh digabungkan untuk menghasilkan satu gambar yang sejajar dengan realiti atau keadaan sebenar gunung tersebut. Dalam fizik kuantum, anda boleh mengukur sifat sesuatu zarah (posisi atau halaju), walau bagaimanapun, anda tidak akan mampu menggabungkan kedua-dua pengukuran ini bagi membentuk gambaran yang sejajar dengan realiti zarah tersebut sebelum pengukuran dilaksanakan. Hal ini kerana, tiada posisi dan momentum sebenar yang wujud serentak sebelum pengukuran. Hakikat bahawa gelombang fungsi mampu menerangkan keadaan sebegitu bermakna ia adalah konstruk matematik semata-mata bagi mengira kebarangkalian jujukan peristiwa atau sejarah. Dalam kehidupan sebenar, peristiwa-peristiwa terbabit akan memberitahu cerita yang sejajar.

Sumber: http://www.preposterousuniverse.com/

Selain daripada tiga tafsiran di atas, Mekanik Kuantum mempunyai pelbagai tafsiran lain yang cuba untuk menerangkannya. Dalam sebuah tinjauan, majoriti fizikawan memilih Tafsiran Copenhagen sebagai tafsiran kegemaran mereka. Sesungguhnya, setakat ini, kita tidak tahu jika ada tafsiran yang lebih tepat berbanding tafsiran-tafsiran lain. Sehingga itu, anda mempunyai kebebasan untuk memilih pegangan anda dalam hal ini!

Sumber: cliparts.co
Kongsikan artikel ini!
Artikel ini diambil dari Fiziklah! dengan izin penulis.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: alam kuantummekanik kuantumtafsiran copenhagenTafsiran Pelbagai Dunia
ShareTweetShare
Previous Post

"Apa Khabar Bulan, dari Malaysia?": Komunikasi Bumi-Bulan-Bumi

Next Post

Fakta atau Mitos: Kecerdikan Manusia Dipengaruhi Saiz Otak?

Taza Aznam

Taza Aznam

Related Posts

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022
Berita & Peristiwa

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa dan Satu Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad 2022

7 months ago
Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar
Berita & Peristiwa

Pendidikan Sains dan Peranan Akhbar

7 months ago
Sambutan Hari Kuantum Sedunia 2022
Berita & Peristiwa

Sambutan Hari Kuantum Sedunia 2022

10 months ago
Kepala Anda lebih Tua Berbanding Kaki! Suatu Penjelasan Sains.
Astronomi & Kosmologi

Kepala Anda lebih Tua Berbanding Kaki! Suatu Penjelasan Sains.

11 months ago
Next Post
Fakta atau Mitos: Kecerdikan Manusia Dipengaruhi Saiz Otak?

Fakta atau Mitos: Kecerdikan Manusia Dipengaruhi Saiz Otak?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In