23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 21, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Taman Botani Perdana, Bukan Sekadar Taman Rekreasi

Taman Botani Perdana, Bukan Sekadar Taman Rekreasi

Editor by Editor
13/11/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Syazwani Azeman,
Unit Herbarium, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Menjadi salah satu tarikan terbaik Kuala Lumpur, Taman Botani Perdana yang dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik adalah taman bersejarah yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur yang meliputi kawasan seluas lebih 70 hektar. Pada asalnya, taman ini dicipta sebagai taman rekreasi namun Taman Botani Perdana kini telah dinaik taraf sebagai taman botani yang berfungsi lebih kepada penyelidikan, pemuliharaan dan kelestarian tumbuhan. Bukan sahaja mempunyai koleksi botani, tetapi taman ini juga mempunyai ciri-ciri tersendiri yang memberikan pengunjung suasana berada di dalam hutan hujan tropika, walaupun terletak di tengah-tengah bandar yang sibuk. Penamaan dan penjenamaan semula taman memberi impak yang besar kerana banyak inisiatif baharu telah dijalankan untuk meningkatkan kepentingan taman sebagai pusat biodiversiti di tengah bandar.

Untuk menjadi taman botani yang bermanfaat di tengah-tengah bandar, perkara penting yang dilaksanakan termasuklah menjalankan inventori tumbuhan, memulihara lebih banyak spesies tumbuhan, mengekalkan pokok warisan, menjalankan penyelidikan botani dan program pendidikan botani serta menambah baik aktiviti rekreasi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan komuniti setempat. Kawasan di dalam taman ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan dari dalam dan luar negara dengan tujuan untuk mempelbagaikan koleksi tumbuhan, kajian dan juga untuk pemuliharaan ex-situ.

Taman Botani Perdana dibahagikan kepada 9 zon utama yang merangkumi kawasan pokok hutan, kawasan pokok buah-buahan, kawasan konservatori, laman perdana, rumah permainan buluh serta taman-taman tema khas iaitu Taman Herba dan Rempah-ratus, Taman Haruman dan Laman Pengantin, Taman Rusa, Taman Etnobotani, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya. Kebanyakan pokok yang ditanam didalam taman mempunyai kanopi yang memberikan teduhan kepada pengunjung taman antaranya ialah Hopea odorata (merawan siput jantan), Albizia saman (hujan-hujan), Khaya senegalensis (African mahogany), Cyrtophyllum fragrans (tembusu padang) dan Swietenia mahogani (West Indian mahogany).

Taman Botani Perdana telah kehilangan kawasan asalnya akibat pembangunan kawasan sekitar serta projek naik taraf dan pembangunan untuk mencantikkan dan menambah baik kemudahan yang ada. Kelahiran semula taman ini daripada taman rekreasi kepada taman botani memberi impak dan makna yang besar kepada taman itu sendiri. Banyak perkara harus dinaik taraf dan dibangunkan untuk memastikan taman memenuhi keperluan untuk menjadi taman botani yang sebenar. Bekerjasama dengan agensi lain seperti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan banyak lagi, banyak infrastruktur telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan yang diperlukan untuk taman botani antaranya pembangunan Bangunan Herbarium, dan juga Visitor Information Center (VIC).

Buat masa ini, terdapat kira-kira 4000 spesimen herbarium yang telah berjaya dikumpul dan koleksi spesimen termasuklah spesies dari Taman Botani Perdana, taman-taman awam di sekitar Kuala Lumpur serta koleksi spesimen dari hutan simpan Semenanjung Malaysia. Disamping menjalankan kutipan untuk koleksi spesimen, Unit Herbarium turut menjalankankan kerjasama dengan taman-taman botani yang lain melalui sistem pertukaran spesimen yang telah dilaksanakan bersama Taman Botani Negara Shah Alam dan juga Taman Botani Putrajaya. Selain itu, koleksi pokok di dalam taman itu sendiri kini berjumlah kira-kira 343 spesies tidak termasuk semua tumbuhan renek, pokok palma dan paku pakis yang lain.

Menerokai Taman Botani Perdana, pengunjung akan kagum dengan kepelbagaian flora yang merangkumi segala-galanya daripada tumbuh-tumbuhan berbunga berwarna-warni ke tumbuhan renek, pokok eksotik tempatan serta luar negara. Pokok yang ditanam di taman pula kebanyakkannya ada yang berumur lebih daripada seratus tahun yang pada kita mungkin tidak setua pokok asal yang berada di dalam hutan tetapi ia dianggap sebagai pokok warisan kita, kerana ia bukan sahaja melebihi usia kita tetapi juga membabitkan sejarah kita.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Taman Botani PerdanaUnit Herbarium
ShareTweetShare
Previous Post

Matematik Di Sebalik Corak Lantai Gereja

Next Post

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

Editor

Editor

Related Posts

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

1 week ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

3 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

3 weeks ago
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

3 weeks ago
Next Post
Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

Sistem Pertahanan Badan dan Kanser

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In