23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tanya Saintis #2 – Jirim Gelap dan Tenaga Gelap

Editor by Editor
25/01/2017
in Astronomi & Kosmologi
0 0
0

Terangkan sedikit tentang jirim gelap atau tenaga gelap?

Nursi Naufal (Sekolah Sultan Alam Shah)

Alam semesta terbentuk hasil letupan besar yang juga dikenali sebagai Big Bang kira-kira 13.7 bilion tahun yang lalu. Selepas letupan besar itu terjadi, semua jirim dan tenaga yang berada di alam semesta ini tersebar dan seterusnya membentuk gugusan bintang, planet dan galaksi seperti yang kita lihat sehingga ke hari ini.
Hasil dari letupan besar itu, para saintis mendapati bahawa alam semesta yang kita duduki sekarang ini sedang mengalami pengembangan dengan nilai pecutan yang sangat pantas. Ini telah dibuktikan oleh Teleskop Angkasa Hubble (Hubble Space Telescope – HST).
Hasil dari pemerhatian yang dilakukan oleh HST, para saintis menyimpulkan bahawa terdapat satu bentuk tenaga atau jirim yang tidak dapat dikesan dan dilihat secara langsung yang menyumbang kepada pengembangan alam semesta dan juga pembentukan galaksi dan bintang-bintang.
Putaran pada Paksi
Semua jasad samawi seperti awan nebula, planet, bintang berputar pada paksinya. Galaksi juga tidak terkecuali, galaksi mempunyai putaran yang sangat tinggi dan hanya tarikan graviti yang kuat sahaja yang mampu “memegang” kesemua  jasad dan juga bahan yang berada di dalam galaksi tersebut. Apabila para saintis membuat penelitian, jumlah jirim yang dapat dicerap sepatutnya tidak mampu untuk “memegang” antara satu sama lain dan akan terhumban keluar dari galaksi kerana wujudnya daya-daya hasil dari putaran tersebut tetapi jirim-jirim tersebut masih “terikat” pada kedudukannya.
Jirim Gelap
Hasil dari pemerhatian ini, para saintis membuat kesimpulan bahawa terdapat sejenis jirim yang tidak dapat dikesan atau diperhatikan yang memegang dan mewujudkan tarikan graviti yang kuat di sekeliling galaksi itu. Jirim itu dinamakan jirim gelap. Tidak seperti jirim lain, jirim gelap tidak berinteraksi dengan daya elektromagnet. Ini bermaksud bahawa jirim gelap tidak menyerap, memantul dan memancarkan cahaya. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengesan kehadiran jirim gelap ini secara langsung.
Para saintis hanya mampu mengesahkan kehadiran jirim gelap ini melalui kesan graviti yang wujud pada jirim-jirim normal sahaja. Terdapat banyak teori yang menyatakan bahawa jirim gelap ini mempunyai jisim yang rendah yang membolehkan ia dihasilkan di Pemecut Hadron Besar (Large Hadron Collider – LHC). Jika berjaya dihasilkan di LHC, jirim gelap akan keluar dari alat pengesan dengan membawa sejumlah tenaga dan momentum. Jumlah tenaga dan momentum yang “hilang” ini dapat dikesan melalui alat pengesan pada pemecut tersebut.
Pada tahun 1990-an, dua kumpulan saintis yang melakukan penyelidikan secara berasingan telah menjalankan satu penyelidikan mengenai penyahpecutan di alam semesta dengan memerhatikan letupan supernova yang jauh. Didapati bahawa, pengembangan alam semesta ini tidak berkurangan tetapi sebaliknya semakin bertambah.
Tenaga Gelap
Suatu entiti yang mampu mengatasi tarikan graviti pasti wujud antara jirim di alam semesta ini yang menyumbang kepada pemecutan tersebut. Entiti ini dikenali sebagai tenaga gelap. Hampir 68% dari alam semesta ini terdiri daripada tenaga gelap yang berkait rapat dengan hampagas di alam semesta dan disebarkan secara seragam keseluruh ruang dan masa. Oleh sebab tenaga  ini juga merupakan ruang itu sendiri, ia tidak akan lenyap apabila alam semesta berkembang. Apabila semakin banyak ruang wujud, semakin banyak tenaga-ruang wujud dan ini menyebabkan semakin cepat pengembangan alam semesta terjadi.
Masih terdapat banyak teori dan juga pemerhatian yang diperlukan untuk menerangkan tenaga gelap ini kerana hanya sedikit maklumat yang diperolehi oleh para saintis buat masa sekarang.
Jawapan oleh – Fizikawan Nor Sofiah Ahmad (Universiti Malaya)
Catatan:// Suntingan Shahrul Kadri Ayop (UPSI). Soalan diterima melalui aktiviti ‘Tanya Fizikawan‘ kelolaan Subkumpulan Pendidikan Fizik, Institut Fizik Malaysia (IFM) di Kuala Lumpur Engineering and Science Festival 2016 KLESF (2016) bertempat di MIECC, 4 hingga 6 November 2016. Layari http://ifm.org.my/
Foto kredit – ScienceNews

 

ShareTweetShare
Previous Post

Memahami Objek Alam Semesta - Lohong Hitam

Next Post

Persidangan Ulang tahun ke-90 tahun Mekanik Kuantum di Singapura

Editor

Editor

Related Posts

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025
Alam Semulajadi

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025

1 year ago
Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?
Astronomi & Kosmologi

Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?

1 year ago
Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

2 years ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan
Astronomi & Kosmologi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan

3 years ago
Next Post
Persidangan Ulang tahun ke-90 tahun Mekanik Kuantum di Singapura

Persidangan Ulang tahun ke-90 tahun Mekanik Kuantum di Singapura

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In