23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 3, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tekanan Darah Tinggi; Perlu dirawat atau tidak?

Tekanan Darah Tinggi; Perlu dirawat atau tidak?

Editor by Editor
03/05/2021
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Dr. Norashikin Binti Amran & Dr. Asfizahrasby Binti Mohd Rasoul
Universiti Sains Islam Malaysia

 

Sejak kebelakangan ini, saya sering bertemu dengan pesakit-pesakit muda dalam lingkungan 30-an hingga awal 40-an yang dimasukkan ke hospital kerana strok, serangan jantung atau masalah kerosakan buah pinggang. Berdasarkan riwayat kesihatan yang diberikan, saya mendapati bahawa kebanyakan pesakit telah mendapat diagnosis masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi oleh Pakar/Pegawai Perubatan sejak beberapa tahun sebelumnya, namun mereka tidak mendapatkan rawatan atau temujanji susulan. Apabila ditanya mengapa tidak mendapatkan rawatan atau temujanji susulan, kebanyakan pesakit memberikan alasan kerana mereka berasa sihat dan tidak mempunyai apa-apa simptom. Jadi persoalannya sekarang, perlukah hipertensi (tekanan darah tinggi) dirawat? Jika ya, mengapa?

Apa itu tekanan darah tinggi?

Setiap kali jantung berdegup, darah akan dipam ke keluar dari jantung ke dalam saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap pembuluh darah arteri ketika darah dipam oleh jantung ke seluruh anggota badan. Terdapat dua bacaan tekanan darah iaitu tekanan darah sistolik iaitu tekanan semasa jantung mengepam, dan tekanan darah diastolik iaitu tekanan semasa jantung berehat. Contoh bacaan tekanan darah adalah 120/80, di mana 120mmHg adalah tekanan darah sistolik dan 80mmHg adalah tekanan darah diastolik.

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah suatu keadaan perubatan yang didiagnosa apabila bacaan tekanan darah melebihi julat yang selamat iaitu melebihi 140mmHg (sistolik) dan 90mmHg (diastolic). Jadual di bawah menunjukkan kategori keadaan perubatan seseorang pesakit berdasarkan bacaan tekanan darah:

Kategori Tekanan Darah TinggiTekanan darah sistolik

(mmHg)

Tekanan darah diastolik

(mmHg)

Optima<120<80
Normal120–12980-84
Normal yang berisiko tinggi (Prehipertensi)130–13985–89
Hipertensi/Tekanan darah tinggi peringkat 1140-15990-99
Hipertensi/Tekanan darah tinggi peringkat 2160-179100-109
Hipertensi/Tekanan darah tinggi peringkat 3>180>110

Kadar tekanan darah tinggi meningkat seiring dengan umur seseorang. Penemuan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, National Health and Morbidity Survey (NHMS) tahun 2019 mendapati bahawa 30% daripada populasi Malaysia berumur 18 tahun ke atas didapati menghidap penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi). Ini bererti bahawa tiga daripada setiap sepuluh orang di Malaysia sebenarnya menghidap hipertensi. Namun, hanya separuh daripada penghidap hipertensi menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit ini, kerana lazimnya, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan apa-apa simptom atau gejala.

Apakah simptom atau gejala tekanan darah tinggi?

Dalam kebanyakan masa, pesakit enggan mendapatkan rawatan tekanan darah tinggi meskipun telah didiagnosa oleh Pakar/Pegawai Perubatan kerana mereka tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala. Namun hakikatnya hanya 1 daripada 10 orang pesakit tekanan darah tinggi akan menunjukkan simptom.

Simptom yang mungkin berlaku termasuklah:

  • Sakit kepala
  • Pening kepala
  • Muntah atau loya
  • Penglihatan kabur
  • Jantung berdebar
  • Sakit dada

Oleh kerana tekanan darah tinggi biasanya tidak mempunyai simptom, cara terbaik untuk mengesan tekanan darah tinggi adalah dengan mengawasi bacaan tekanan darah anda secara teratur. Anda patut memeriksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya setahun sekali kerana tekanan darah tinggi boleh berlaku tanpa sebarang petanda.

Apakah punca tekanan darah tinggi?

90% penyebab sebenar tekanan darah tinggi adalah tidak diketahui. Manakala 10% lagi adalah ekoran punca sekunder yang disebabkan oleh penyakit tertentu seperti penyakit buah pinggang, penyakit sistem endokrin atau penyakit pembuluh darah. Lazimnya, doktor akan mengesyaki tekanan darah tinggi pesakit adalah ekoran punca sekunder sekiranya pesakit tersebut terlalu muda, ataupun tekanan darah pesakit sukar dikawal.

Antara risiko-risiko yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi termasuklah:

  • Diet yang tidak sihat – seperti mengambil terlampau banyak garam dan lemak, tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi.
  • Merokok
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Kurang aktiviti fizikal atau bersenam
  • Berat badan berlebihan atau obesiti

Apakah komplikasi (kesan buruk) akibat penyakit tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi yang kronik dan tidak dirawat boleh mengakibatkan bebanan dan kerosakan organ-organ dalaman. Antara organ-organ yang boleh mengalami komplikasi adalah:

1. Buah Pinggang

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan seterusnya menjejaskan fungsi buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa dari badan. Jika tidak dirawat sejak peringkat awal, fungsi buah pinggang boleh terus merosot sehingga ke tahap kegagalan buah pinggang (end stage kidney failure) hingga menyebabkan pesakit memerlukan rawatan dialisis.

 

2. Jantung

Jantung berfungsi mengepam darah ke seluruh anggota badan. Jika pesakit mempunyai tekanan darah tinggi, jantung perlu mengepam dengan lebih kuat untuk memenuhi keperluan oksigen di seluruh badan. Jika jantung kita berterus-terusan bekerja keras untuk tempoh jangka panjang, ia boleh mengakibatkan penyakit lemah jantung. Tekanan darah tinggi juga merupakan salah satu risiko penyebab berlakunya kerosakan atau salur darah pada jantung tersumbat, yang boleh membawa kepada serangan jantung.

3. Otak

Tekanan darah tinggi boleh, terutamanya apabila tekanan darah terlampau tinggi, boleh menyebabkan strok atau angin ahmar berlaku.

4. Mata

Mata adalah salah satu organ yang boleh terjejas disebabkan oleh tekanan darah tinggi ekoran daripada kerosakan saluran darah pada bahagian retina mata (hypertensive retinopathy).

 

Apa yang perlu saya lakukan apabila disahkan menghidap penyakit darah tinggi?

Kategori ‘Prehipertensi’ (Normal yang berisiko tinggi)

Sekiranya tekanan darah anda dalam kategori ‘Prehipertensi’, anda perlu mula mengubah amalan cara hidup anda dengan mengamalkan pemakanan sihat, mengurangkan pengambilan garam dan makanan berkolesterol tinggi, mengurangkan berat badan jika berlebihan, melakukan senaman berkala dan berhenti merokok.

Anda juga disarankan agar melakukan pemeriksaan tekanan darah berkala, sekurang-kurangnya setiap 3–6 bulan.

Kategori Tekanan Darah Tinggi

Langkah-langkah pengubahan gaya hidup di atas juga disarankan untuk semua pesakit tekanan darah tinggi. Selain itu, doktor anda juga akan menganalisa risiko-risiko penyakit bukan berjangkit lain yang mungkin anda miliki seperti kencing manis (diabetes), kolesterol darah, masalah jantung dah sebagainya. Bergantung kepada hasil analisa yang dijalankan, ubat tekanan darah tinggi yang sesuai akan disarankan. Pastikan anda menghadiri temujanji berkala yang ditetapkan agar tekanan darah dapat dikawal dengan baik dan komplikasi tekanan darah tinggi juga dapat dipantau.

Sekiranya anda pernah menerima diagnosis tekanan darah tinggi tetapi sudah tidak mengambil ubat, saya sarankan pergilah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat perubatan.

Rujukan:

  1. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2015. Vol 2: Non-Communicable Diseases, Risk Factors & Other Health Problems. Ministry of Health Malaysia.
  2. World Health Organization. A global brief on hypertension 2013. Boleh didapati di http://www.who.int/cardiovascular_diseases/publications/global_brief_hypertension/en/.
  3. Blood Pressure UK. Smoking. Boleh didapati di http://www.bloodpressureuk.org/microsites/u40/Home/lifestyle/Smoking.
  4. Smoking and hypertension. Boleh didapati di http://www.uptodate.com/contents/smoking-and-hypertension.
  5. Ministry of Health Malaysia. Clinical practice guidelines: Management of hypertension (5thEdition); 2018.
  6. 2017 American College of Cardiology/American Heart Association (ACC/AHA guidelines.
  7. 2018 ESC/ESH Guidelines for the management of arterial hypertension.

Nota;

Dr Norashikin Binti Amran
Pakar Perubatan Dalaman
Pensyarah Perubatan
Jabatan Perubatan, Patologi dan Perubatan Oral Maksilofasial
Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia

 

Dr Asfizahrasby Binti Mohd Rasoul
Pakar Patologi dan Perubatan Mulut
Pensyarah Pergigian
Jabatan Perubatan, Patologi dan Perubatan Oral Maksilofasial
Fakulti Pergigian, Universiti Sains Islam Malaysia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: darah tinggiHipertensikawalan darah tinggipunca darah tinggirawatan darah tinggiUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Teknik Penyiasatan Tanah Untuk Pembinaan Kilang Industri

Next Post

Katak Sebagai Indikator Ekosistem Alam Yang Sihat

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

5 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Katak Sebagai Indikator Ekosistem Alam Yang Sihat

Katak Sebagai Indikator Ekosistem Alam Yang Sihat

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In