23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 28, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tekanan Hidup : Kawal atau Gagal

Editor by Editor
25/03/2010
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Kalaivanee A/P Sandran
Mahasiswi UKM, Bangi

Setiap hari laporan akhbar memaparkan kejadian-kejadian jenayah yang membimbangkan. Di akhir-akhir ini, kadar jenayah semakin meningkat di dalam negara. Kita tentu masih belum lupa dengan kes pembunuhan empat bersaudara yang menyayat hati baru-baru ini. Kes-kes pembuangan bayi, penderaan, rompakan , samun, ragut dan penyalahgunaan dadah adalah manifestasi daripada apa yang dipanggil kegagalan dalam menghadapi tekanan hidup.

Masalah atau tekanan adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan. Manusia tidak dapat mengelak daripada mengalami tekanan, namun mempunyai kekuatan dan upaya untuk mengurus tekanan dan menyelesaikan masalah. Malah tekanan juga memberi dorongan untuk seseorang melonjakkan diri mereka ke arah hidup yang lebih cemerlang sekiranya mereka dapat menguruskan tekanan dengan baik.

Tekanan hidup atau dalam bahasa inggerisnya ‘stress’ berasal daripada perkataan Yunani “stringere” yang bererti “ketat” atau  “tegang”. Stress dapat didefinisikan dalam dua keadaan yang asalnya dari perkataan eustress dan distress. Eustress bermaksud dapat sesuaikan diri dan membina diri. Distress pula di sebaliknya iaitu tidak dapat menyesuaikan dan merosakkan diri. Dari takrif ini dapat disimpulkan bahawa stress tidak hanya membawa maksud yang boleh memberi keburukan. Malah ia juga penting dan diperlukan untuk kita menyesuaikan diri dan meningkatkan potensi diri bagi mencapai sesuatu cita-cita .

Terdapat beberapa ciri tekanan hidup dan setiap insan di dunia ini pasti akan mengalami salah satu daripada ciri-ciri tersebut. Dalam kehidupan kita kadangkala kita akan merasa diri berada dalam keadaan luar kawalan. Tekanan boleh berlaku dalam keadaan yang positif seperti untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan dengan lebih sempurna atau tekanan positif untuk menyesuaikan diri ketika mendapat sesuatu pekerjaan yang baru. Dari aspek negatif pula tekanan boleh berlaku apabila berhadapan dengan masalah seperti masalah kewangan menruncing dalam rumahtangga atau menerima ujian apabila terdapat ahli keluarga yang ditimpa bencana seperti sakit, kemalangan, kematian dan sebagainya. Walau apa keadaan sekalipun baik dari aspek positif atau negatif, ia akan memberi kesan terhadap diri dan juga keluarga. Pada peringkat permulaan krisis tekanan ini, ia membuatkan individu sukar untuk menghadapinya, namun lama kelamaan akhirnya individu itu dapat berhadapan dengan situasi tersebut bergantung kemampuannya menguruskan tekanan.

Simptom-simptom tekanan

Berikut terdapat beberapa implikasi apabila seseorang berada dalam krisis tekanan. Antaranya ialah seseorang itu akan: –

–         kerap berasa letih,

–         mempunyai masalah untuk tidur

–         kurang selera makan,

–         sakit kepala atau rasa ingin pitam

–         tidak dapat memberi tumpuan terhadap tugasan yang dilakukan

–         daya ingatan yang terganggu

–         berasa bersalah terhadap pengalaman hitam

–         berasa lemah dalam menghadapi kehidupan

–         berubah menjadi sensitif

–         ragu-ragu atau sangsi untuk membuat keputusan,

–         pemarah dan beremosi yang tidak terkawal.

 

Terdapat banyak punca berlakunya tekanan hidup. Antaranya ialah kekecewaan yang berlaku dalam kehidupan seseorang. Kekecewaan boleh didefinisikan sebagai perasaan yang timbul apabila seseorang gagal memperolehi sesuatu keinginan disebabkan sesuatu halangan. Satu kekecewaan mungkin tidak akan menyebabkan tekanan tetapi apabila berlaku kekecewaan berulangkali, ia akan menyebabkan seseorang merasa tertekan. Konflik diri dan juga merupakan antara punca berlakunya tekanan. Konflik akan berlaku apabila dua atau lebih tujuan tidak dapat disepakati bersama Tekanan boleh memberi sama ada  kesan baik mahupun kesan negatif kepada seseorang individu. Contohnya, tekanan memberi kesan kepada keadaan kesihatan , terutamanya penyakit yang kronik dalam jangka masa panjang. Ia boleh memberi kesan kepada jantung dan salur darah, sistem saraf dan sistem keimunan tubuh. Tekanan menyebabkan seseorang berasa ‘moody’, resah dan sukar memberi tumpuan. Ia akan membuat masalah kesihatan sedia ada bertambah buruk seperti penyakit jantung, diabetes, asma dan sebagainya. Dalam jangka masa panjang, tekanan boleh membawa kepada masalah kemurungan (depression), perhubungan dengan rakan-rakan sekeliling terganggu dan tahap kualiti kerja akan menurun.

Apabila seseorang berada dalam keadaan tertekan, tubuh melepaskan hormon yang akan meningkatkan kadar degupan jantung dan penafasan. Hampir semua sistem tubuh badan seperti jantung dan salur darah, sistem imun, paru-paru, sistem pencernaan dan otak akan bersedia untuk berhadapan dengan keadaan ini. Ia dikenali sebagai tindakbalas  tekanan ‘fight-or-flight’.

Mengurus Tekanan

Setiap permasalahan mesti ada jalan penyelesaianya. Antara beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan antaranya ialah :

–         bersikap realistik terhadap pekerjaan atau tanggungjawab

–         menyedari kekuatan dan kelemahan diri

–         sentiasa berfikiran positif

–         perancangan teliti untuk melakukan sesuatu pekerjaan

–         melakukan kerja mengikut keutamaan

–         pembahagian masa yang bijak tekanan dalam kehidupan juga perlu

–         meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

–         menerima sebarang perubahan dengan sikap yang wajar

–         mengamalkan komunikasi yang berkesan

–         menyemai semangat bermasyarakat

–         mengamalkan cara hidup sihat

Di dalam sains, tekanan atau daya tekanan diperlukan untuk menggerakkan sesuatu. Tekanan yang terkawal akan mendorong sesuatu itu bergerak mengikut aturan manakala tekanan kuat yang tidak terkendalikan akan menghasilkan suatu kesan lain yang membahayakan. Letupan misalnya terhasil apabila bahan api berada dalam keadaan tekanan yang tinggi. Begitu juga dalam kehidupan manusia. Kaedah-kaedah pengurusan tekanan banyak diajarkan untuk membolehkan manusia meningkatkan kemahiran mengurus tekanan. Di zaman yang serba moden dan canggih ini, kajian menunjukkan tekanan hidup manusia semakin meningkat. Namun begitu, setiap dugaan yang datang perlulah ditangani dengan positif dengan cara mengenalpasti punca berlakunya tekanan, bersedia menerima kenyataan setiap apa pun yang berlaku dan mengamalkan ajaran-ajaran agama masing-masing ketika menghadapi masalah.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Biologikesihatan
ShareTweetShare
Previous Post

J. Robert Oppenheimer : Bapa Bom Atom

Next Post

Ilmu Metallurgis : Menyingkap Peristiwa Mengapa Titanic Karam

Editor

Editor

Related Posts

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)
Alam Semulajadi

Nilai Ubatan Bougainvillea alba (Bunga Kertas)

4 days ago
Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

2 weeks ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

4 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

4 weeks ago
Next Post
Ilmu Metallurgis : Menyingkap Peristiwa Mengapa Titanic Karam

Ilmu Metallurgis : Menyingkap Peristiwa Mengapa Titanic Karam

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In