23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknik dan Resepi Pemekatan Cecair Untuk Pesakit Disfagia

Teknik dan Resepi Pemekatan Cecair Untuk Pesakit Disfagia

Editor by Editor
18/12/2023
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Ti Mei Jun¹, Dr Nurul Huda Razalli²
Pelajar Ijazah Sarjana Pemakanan Klinikal¹,
Pensyarah Kanan²

Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Disfagia merupakan istilah perubatan yang menggambarkan cabaran atau kesukaran untuk menelan. Ia termasuk masalah untuk mula menelan dan berasa seperti makanan tersekat di mana-mana dalam tiub antara mulut dan perut anda (Hurtte et al. 2023). Selanjutnya, disfagia boleh timbul daripada pelbagai faktor dan kebiasaannya dialami oleh individu yang lebih berusia. Ia berkemungkinan mengalami kesukaran untuk memindahkan makanan ke dalam mulut untuk dikunyah sekiranya otot pipi atau lidah lemah. Punca lain yang mungkin membawa kepada disfagia adalah seperti strok, penyakit Parkinson, kemoterapi dan lain-lain (Sura et al. 2012). Seterusnya, disfagia sering disertai dengan pelbagai gejala, seperti penurunan berat badan, makan lebih perlahan, tercekik, batuk, dan tanda fizikal lain yang boleh diperhatikan seperti penutupan bibir yang tidak normal. (Azer et al. 2023).

Pengurusan disfagia melibatkan dua pendekatan utama; pertama, dalam masa jangka pendek, pesakit mungkin disarankan dengan teknik kompensatori, termasuk pelarasan diet dan pengambilan cecair, pengubahsuaian postur, peningkatan deria, atau pengubahsuaian bolus. Teknik-teknik ini menawarkan kelegaan segera tetapi terhad kepada menangani kaedah menelan untuk individu tetapi bukan satu cara yang berkesan dalam masa jangka panjang untuk membantu dari segi fisiologi menelan. Kedua, latihan pemulihan seperti “exercise shaker”, latihan pengukuhan lidah, dan “Mendelsohn manoeuvrefocus” memfokuskan kepada mendorong perubahan yang berkekalan terhadap fisiologi menelan dengan melibatkan diri dalam latihan kekuatan dan kemahiran. Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan fungsi menelan secara kekal (O’rourke et al. 2014).

Keperluan untuk pengubahsuaian kepekatan cecair

  • Idea mengubah suai ciri-ciri makanan dan minuman biasa akan menjadikannya lebih selamat dan mudah untuk ditelan. Secara amnya diakui bahawa cecair yang nipis mengalir dengan cepat seperti air akan menimbulkan risiko keselamatan bagi mereka yang mengalami disfagia.
  • Bagi memastikan pesakit disfagia dapat mencapai keperluan pemakanan mereka, tekstur makanan dan kepekatan cecair adalah penting untuk diubah suai tanpa menghilangkan kandungan nutrisinya.

Inisiatif Piawai Diet Disfagia Antarabangsa (IDDSI) – Tahap 0 hingga 4

 

IDDSI terdiri sebagai penanda aras di seluruh dunia, menyediakan terminologi dan definisi piawai untuk mencirikan makanan dan minuman yang diubah suai dari segi tekstur dan kepekatan untuk individu yang menghadapi disfagia merentas semua kumpulan umur, tetapan penjagaan dan konteks budaya. Rangka kerja IDDSI terdiri daripada kontinum 8 tahap (0-7), setiap satu ditetapkan dengan label teks, nombor dan kod warna untuk meningkatkan keselamatan dan pengenalan. Dengan menawarkan deskripsi piawai dan kaedah pengujian, inisiatif ini memudahkan penghasilan seragam tekstur makanan dan kepekatan minuman dan pengujian mudah untuk memastikan tekstur dan kepekatan yang diinginkan dalam pengurusan disfagia. Walau bagaimanapun, artikel ini hanya menumpukan kepada pada tahap 0 hingga 4 di bawah kategori cecair seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikutnya:

Pada Tahap 0, cecair dicirikan sebagai “nipis”, dengan istilah seperti aliran pantas dan aliran seperti air. Ia boleh diminum menggunakan pelbagai kaedah, termasuk puting, cawan, atau penyedut minuman. Rasional untuk kepekatan ini adalah untuk keupayaan berfungsi menguruskan semua jenis cecair dengan selamat.

Pada Tahap 1, ia dicirikan sebagai “sedikit pekat” berbanding dengan tahap 0. Berbanding dengan cecair nipis, ia memerlukan sedikit usaha atau tenaga untuk minum. Kepekatan adalah serupa dengan kebanyakan formula bayi ‘anti-regurgitasi’ (AR) yang tersedia secara komersial. Kepekatan ini amat berguna dalam populasi dewasa kerana minuman nipis mengalir terlalu cepat sukar untuk dikawal dengan selamat.

Pada Tahap 2, dicirikan sebagai “agak pekat”, cecair ini dapat mengalir, boleh diteguk dan dituang dengan cepat, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada tahap 0 hingga 1. Mengambil minuman dengan kepekatan ini melalui penyedut minuman standard memerlukan usaha atau tenaga yang ringan. Rasional fisiologi untuk tahap 2 ialah kesesuaiannya apabila kawalan lidah sedikit berkurang, menawarkan aliran lebih perlahan berbanding dengan minuman nipis demi keselamatan yang lebih baik.

Pada Tahap 3 (dicairkan), ia mewakili minuman “sederhana pekat”. Ini boleh diminum dan dimakan dari cawan dan sudu, tetapi ia tidak sesuai untuk digunakan dengan garpu kerana ia menitis perlahan-lahan dalam kuantiti banyak tanpa bentuk dari serampang garpu. Ia memerlukan usaha serdehana semasa menyedut kepekatan cecair ini melalui straw berukuran standard atau straw berukuran besar. Ia mempunyai tekstur yang licin tanpa ketulan. Rasional untuk Tahap 3 ialah ia membenarkan lebih banyak masa untuk kawalan lidah, memerlukan sedikit usaha pendorongan lidah, dan lebih sesuai sekiranya kawalan lidah tidak mencukupi untuk menguruskan minuman tahap 2, terutamanya dalam kes di mana terdapat kesakitan semasa menelan.

Tahap akhir iaitu, tahap 4, juga dikenali sebagai puri, dicirikan sebagai “sangat pekat”. Ia biasanya boleh dimakan dengan sudu atau garpu tetapi tidak boleh diminum dengan mudah dari cawan atau disedut melalui penyedut minuman kerana kekurangan aliran. Ia mempamerkan tekstur licin tanpa ketulan, tidak melekit, dan memastikan cecair tidak terpisah daripada pepejal. Selain itu, minuman dalam tahap 4 akan jatuh dari sudu apabila dicondongkan, mengekalkan bentuknya di atas pinggan. Rasional fisiologi untuk tahap 4 termasuk pertimbangan untuk individu yang mengalami kesakitan semasa mengunyah atau menelan, serta mereka yang kehilangan gigi atau gigi palsu yang tidak sesuai. Walaupun memerlukan usaha pendorongan yang kurang daripada Tahap 5 hingga 7 dalam kategori makanan, ia memerlukan lebih banyak usaha daripada tahap 3. Kategori ini mungkin paling mudah dikawal jika kawalan lidah berkurangan dengan ketara, kerana ia tidak melibatkan gigitan atau kunyahan. Walau bagaimanapun, sifat melekit perlu dikawal kerana ia boleh meningkatkan risiko sisa oral atau farinks. Makanan yang memerlukan kunyahan, manipulasi terkawal, atau pembentukan bolus biasanya tidak sesuai dalam kategori ini.

Petua: Apakah cecair yang boleh dipekatkan? Apakah jenis pemekat yang boleh digunakan?(Dodrill 2015)

Cecair seperti air, susu, teh, sup, dan jus boleh dipekatkan. Cecair pekat sering diperkenalkan untuk individu yang mengalami disfagia. Amalan ini memastikan proses menelan lebih terkawal, meningkatkan keselamatan, dan membantu mencegah risiko tersedak. Pemekat harus dicampur dengan teliti untuk mencapai tahap IDDSI yang ditetapkan untuk pesakit. Jika kepekatan terlalu nipis, terdapat risiko aspirasi tersedak, manakala jika terlalu pekat, ia mungkin meninggalkan sisa yang boleh disedut.

Agen pemekat yang lazim digunakan ialah pemekat berasaskan kanji, pemekat berasaskan gum, dan pemekat komersial. Pemekat berasaskan kanji seperti kanji jagung yang diubah suai boleh digunakan untuk pelbagai cecair kerana ia serba boleh. Pemekat berasaskan gam seperti gam guar atau gam xanthan, memberikan kepekatan yang lebih licin. Sesetengah pemekat berfungsi lebih baik dengan cecair bersuhu panas, manakala ada pemekat yang lebih sesuai untuk minuman bersuhu sejuk. Ingat, nasihat peribadi daripada profesional penjagaan kesihatan adalah penting dalam menguruskan disfagia dengan berkesan.

Selain daripada itu, terdapat pemekat komersial yang boleh didapati di pasaran. Sebagai contoh, ThixerClear yang digunakan untuk menghasilkan resepi dalam artikel ini. Ia merupakan sejenis pemekat makanan dan minuman segera untuk meningkatkan status pemakanan dan kepekatan cecair pesakit disfagik. Ramuannya terkandung dengan maltodekstrin dan gam xanthan. Rajah berikut menggambarkan informasi pemakanan tentang produk ini.

Teknik: Bagaimanakah untuk menguji kepekatan setiap tahap?

Rajah berikut menerangkan arahan bagaimana ujian aliran IDDSI untuk menguji kepekatan setiap tahap dari tahap 0 hingga tahap 4.

Resipi: Tahap 0 ke 4

Resipi ini (tahap 1 hingga 4) dihasilkan berdasarkan minuman yang biasa didapati di Malaysia, dan cara membuatnya telah diuji oleh penulis. Namun begitu, pengguna dinasihatkan untuk menjalankan ujian aliran berdasarkan IDDSI sebelum menggunakannya untuk tujuan keselamatan pengguna.

Dalam resepi ini, semua pengunaan ThixerClear adalah berdasarkan cara kedua yang diperkenalkan dalam laman web Valens. Selain daripada itu, semua resipi ini menggunakan ThixerClear dalam keadaan suhu bilik, suhu yang berbeza boleh menyebabkan keputusan yang berbeza dari segi kepekatan. Untuk sebarang resepi yang mengandungi susu atau produk sokongan pemakanan oral (ONS) memerlukan masa yang lebih panjang selepas pengacauan iaitu dalam anggaran 15 minit untuk mencapai kepekatan yang diinginkan manakala resepi yang biasa hanya memerlukan 2 minit untuk mencapai kepekatan yang diinginkan.

Kesimpulannya, teknik menyediakan pemekatan cecair yang betul adalah sesuatu perkara yang amat penting kepada pesakit disfagia. Hal ini disebabkan penyediaan makanan kepada pesakit disfagia adalah lebih rumit berbanding dengan penyediaan makanan yang biasa. (Azizan et al. 2023). Dengan memahami tentang teknik yang betul dalam penyediaan pemekatan minuman, secara lanjutnya dapat mengurangkan risiko keselamatan pesakit disfagia semasa mereka meminum.

Rujukan

Azer, S. A., Kanugula, A. K. & Kshirsagar, R. K. 2023. Dysphagia. In (ed.).  StatPearls,  Treasure Island (FL): StatPearls Publishing

Copyright © 2023, StatPearls Publishing LLC.

Azizan, A., Shahar, S., Abdul Manaf, Z., Haron, H., Malek Rivan, N. & Razalli, N. H. 2023. An Assessment of Knowledge, Attitudes and Practices on Pureed Diet Preparation (KAP DYS-PUREE) among Food Handlers in Malaysian Hospitals for Dysphagia Management. Healthcare 11: 2026.

Dodrill, P. 2015. Treatment of Feeding and Swallowing Difficulties in Infants and Children. 325-350.

Hurtte, E., Young, J. & Gyawali, C. P. 2023. Dysphagia. Prim Care 50(3): 325-338.

O’rourke, F., Vickers, K., Upton, C. & Chan, D. 2014. Swallowing and oropharyngeal dysphagia. Clin Med (Lond) 14(2): 196-199.

Sura, L., Madhavan, A., Carnaby, G. & Crary, M. A. 2012. Dysphagia in the elderly: management and nutritional considerations. Clin Interv Aging 7: 287-298.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: DiatetikdisfagiaFakulsti Sains Kesihatan UKMNurul Huda RazalliTi Mei Jun
ShareTweetShare
Previous Post

Limpahan Mikroplastik Ancam Populasi Serangga Petunjuk Biologi Ekosistem Akuatik

Next Post

Pulau Herba: Laboratorium Alam Terbuka untuk Pendidikan dan Pelancongan

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

22 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

5 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

5 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

5 days ago
Next Post
Pulau Herba: Laboratorium Alam Terbuka untuk Pendidikan dan Pelancongan

Pulau Herba: Laboratorium Alam Terbuka untuk Pendidikan dan Pelancongan

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In