23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, March 21, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknik Penyiasatan Tanah Untuk Pembinaan Kilang Industri

Info Geosains

Saiful Bahari by Saiful Bahari
28/04/2021
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Eric Teng Jing Hang & Dr Mohd Hariri Arifin
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Perindustrian menghasilkan peluang pekerjaan, menyediakan peluang pendidikan, mendorong kemajuan dan inovasi, dan menggunakan sumber dengan lebih baik. Kesemua faedah ini menjadikan pembangunan industri amat berharga kepada penduduk dan ekonomi tempatan. Pembangunan industri adalah meliputi pembinaan dan pertumbuhan industri dalam ekonomi.  Industri ini merangkumi pengeluaran secara besar-besaran, kemajuan teknologi dan perkhidmatan lain. Apabila sesuatu kawasan dijadikan tapak industri, masyarakat kawasan tersebut akan mengalami peningkatan taraf hidup, mendapat peluang pekerjaan baru, dan meningkatkan ekonomi setempat.

Seiring dengan pelan pembangunan industri, penyediaan tapak kilang perindustrian sudah tentu perlu disediakan. Namun begitu, untuk memastikan projek pembinaan kilang berjalan tanpa kemalangan, kerjasama antara disiplin kejuruteraan dan penyelidikan tanah harus dititikberatkan.  Teknologi dan aplikasi dalam bidang geosains dapat membantu dalam mencirikan dan merakamkan keadaan subpermukaan sebelum sesuatu projek pembinaan dijalankan.

 

Rajah 1: Contoh pembinaan kilang industri
Sumber : Penta Engineering Corp 2003. Imej Google

 

Berikut merupakan beberapa teknik penyiasatan tanah dan kegunaan teknik tersebut:

1) Radar Telus Bumi (Ground Penetrating Radar)

Radar telus bumi merupakan teknik ujian tidak merosak (Non-Invasive Test) yang menggunakan gelombang elektromagnetik dengan frekuensi tertentu. Seterusnya menghasilkan data dengan resolusi yang boleh digunakan untuk tafsiran rakaman bawah permukaan dalam jangka masa yang singkat. Teknik ini menggunakan gelombang elektromagnetik yang bergerak pada halaju tertentu yang ditentukan oleh sifat dielektrik bahan di bawah subpermukaan. Sistem ini memancarkan denyutan gelombang radio berfrekuensi tinggi dan mengesan pantulan dari bahan yang ada di bawah subpermukaan. Pantulan dihasilkan apabila terdapat kontras dielektrik yang ditemui antara bahan sasaran seperti rongga, besi cerucuk dan paip. Kebanyakkan teknik radar telus bumi digunakan dalam projek pembinaan untuk mengesan kabel utiliti seperti kabel elektrik dan telekomunikasi. Dengan menentukan kehadiran kabel utiliti tersebut di bawah tanah, projek pembinaan dapat dibangunkan dengan mengelakkan atau mengalihkan kabel utiliti ini agar tidak merosakkannya sekaligus memberi kesan kepada pengguna.

 

Rajah 2: Contoh tinjuan radar telus bumi bagi penyiasatan tapak bagi mengesan kabel utiliti

 

Rajah 3: Contoh hasil kajian radar telus bumi dengan isyarat pantulan rendah dan tinggi diperhatikan di bawah subpermukaan 
Sumber: Arifin et al 2016

 

2) Pengerudian Tanah (Soil Boring)

Pengerudian tanah dilaksanakan untuk menjalankan ujian fizikal di tapak supaya dapat memahami keadaan tanah untuk reka bentuk geoteknik seperti asas bangunan, tembok penahan dan pembaikan tanah. Pengerudian tanah adalah salah satu teknik yang kerap digunakan dalam proses penyediaan tapak industri pembinaan. Teknik ini adalah untuk mengelakkan kegagalan asas bangunan pada kemudian hari. Oleh itu, keupayaan galas dan sifat tanah harus ditentukan untuk memastikan kestabilan asas bangunan. Ini kerana kegagalan tapak pembinaan setelah projek selesai sudah tentu menimbulkan banyak permasalahan lain.

Penyiasatan tapak biasanya terdiri daripada ujian penusukan piawai (Standard Penetration Test), ujian ricih ram (Vane Shear Test), ujian penusukan kon (Cone Penetration Test), pengawalan instrumentasi (Instrumentations Monitoring) dan lain-lain. Sampel tanah dan batu yang diambil dari kerja-kerja tapak akan dibawa ke makmal untuk menentukan sifat kejuruteraan tanah dan batuan di kawasan tersebut.

 

Rajah 4: Contoh kerja penggerudian untuk penyiasatan tapak bagi potensi pembinaan tapak janakuasa geoterma di Sungai Ber, Lojing

 

3) Teknik Pengelogan Seismos (Seismic Logging Technique)

Selain daripada pengerudian tanah, teknik pengelogan seismos boleh dilaksanakan untuk mengukur halaju gelombang mampatan (P) dan ricih (S) tanah atau batu yang mengelilingi lubang gerudi (borehole). Halaju gelombang-P dan gelombang-S secara in-situ akan digunakan untuk menentukan pemalar tetap seperti nisbah Poisson, modulus pukal, modulus ricih dan modulus Young bagi tanah dan batu. Hasil tinjauan ini dapat digunakan untuk penilaian kesesuaian pembangunan tapak, potensi pencairan (liquefaction), menilai keadaan asas sesebuah tapak menahan beban getaran mesin, menentukan bahan geologi, membantu dalam mereka bentuk struktur dan lain-lain.

 

Rajah 5: Contoh tinjauan pengelogan seismos untuk penyiasatan tapak bagi kilang yang bakal dibina

 

Rajah 6: Contoh hasil tinjauan pengelogan seismos yang membandingkan halaju gelombang-S dari stesen rekod dan nilai N-SPT

 

4) Pengukuran Keberintangan Tanah (Soil Resistivity Measurement)

Pengukuran keberintangan tanah mempunyai tiga tujuan. Pertama sekali, data tersebut digunakan untuk membuat tinjauan geofizik subpermukaan sebagai bantuan dalam mengenal pasti kedalaman antara tanah dengan batuan dasar mahupun maklumat geologi yang lain. Kedua, keberintangan mempunyai kesan langsung terhadap tahap kakisan kepada saluran paip bawah tanah. Nilai keberintangan yang rendah dapat dikaitan dengan kadar pengaratan. Ini membolehkan kita mengambil tindakan dalam melindungi saluran paip tersebut. Ketiga, keberintangan tanah mempengaruhi reka bentuk sistem pembumian. Semasa merancang sistem pembumian yang luas, pembinaan adalah dinasihatkan untuk mencari kawasan keberintangan yang paling rendah.

Untuk tujuan penilaian risiko reka bentuk dan hakisan, penganggaran hakisan tanah adalah wajar. Hakisan tanah adalah fenomena yang kompleks, dengan banyak pembolehubah yang terlibat dan salah satu klasifikasi termudah adalah berdasarkan satu parameter, iaitu keberintangan tanah.

 

Rajah 7: Contoh kerja pengukuran keberintangan tanah untuk penyiasatan tapak bagi kilang yang bakal dibina

 

Rajah 8: Contoh hasil pengukuran keberintangan tanah dengan lapisan keberintangan yang ditafsirkan

 

 

Jadual 1: Peringkat penghakisan berdasarkan nilai keberintangan tanah

Sumber: American Water Works Association (AWWA C-105)

 

5) Keberintangan Haba Tanah (Soil Thermal Resistivity)

Pengukuran keberintangan haba tanah dilaksanakan untuk menentukan sifat terma tanah di lokasi yang dicadangkan. Penentuan keberintangan haba adalah penting untuk pelaksanaan projek kejuruteraan awam dan elektrik dengan selamat. Hasil pengukuran kaedah ini memainkan peranan penting dalam projek yang sangat sensitif terhadap alam sekitar seperti pembuangan sisa radioaktif di tapak pelupusan bawah tanah atau pelbagai projek kejuruteraan seperti pemasangan kabel kuasa voltan tinggi, paip minyak dan gas atau teknik pengubahan suhu tanah.

 

Rajah 9: Contoh kerja pengukuran keberintangan haba tanah

 

Rajah 10: Contoh alat pengukuran keberintangan haba tanah

 

Kesimpulan

Kaedah yang disenaraikan di atas adalah contoh-contoh teknik yang perlu dan harus dilaksanakan untuk memastikan penyediaan tapak industri tidak terjejas. Dengan mengetahui sifat-sifat kejuruteraan dan geologi subpermukaan, teknik pembinaan yang sesuai boleh dikenal pasti seperti menentukan pemilihan bahan yang digunakan dan mengetahui kedalaman asas tapak kilang yang akan dibina supaya kukuh untuk jangka masa yang panjang. Tambahan pula dengan peningkatan proses audit terhadap bangunan yang bakal dibina atau siap, kepelbagaian teknik penyiasatan tanah perlu diberi perhatian bagi mengelakkan penalti, denda atau tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.

 

Kredit Foto : Eric Teng Jing Hang & Dr Mohd Hariri Arifin

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr Mohd Hariri ArifinEric Teng Jing HangFakulti Sains dan TeknologiInfo GeosainsJabatan Sains Bumi dan Alam SekitarTeknik Penyiasatan TanahUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Inovasi Vaksin Teratenuat Adenovirus Unggas Berasaskan CRISPR Lindungi Ayam Daripada Penyakit IBH

Next Post

Tekanan Darah Tinggi; Perlu dirawat atau tidak?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan
Berita & Peristiwa

Peranan Enzim dalam Memangkin Industri Makanan

1 week ago
Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan
Berita & Peristiwa

Vaksin Tifoid diwajibkan kepada Semua Pengendali Gerai Bazar Ramadan

3 weeks ago
Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan
Alam Semulajadi

Potensi Propolis Lebah Kelulut Dalam Perawatan Alternatif Kesakitan

3 weeks ago
Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti
Alam Semulajadi

Plastik Oksodegradasi: Mitos Industri Plastik yang Mengaburi Realiti

3 weeks ago
Next Post
Tekanan Darah Tinggi; Perlu dirawat atau tidak?

Tekanan Darah Tinggi; Perlu dirawat atau tidak?

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Prosedur Intubasi : Kenapa Pesakit Ditidurkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2023

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In