23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 10, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

Editor by Editor
02/05/2022
in Berita & Peristiwa, Bicara Saintis
0 0
0

Oleh : Dr Siti Suriani Othman
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 

Bukan pertama kali mengikuti teknik pengurusan masa untuk produktiviti yang dikenali sebagai Pomodoro, tetapi kali pertama mempelajari teknik ini dalam satu bengkel khusus. Dr. Lukman Hakim Ahmad Shah dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkongsi keberkesanan dan kaedah program ini ketika melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Kanada dan berjaya menyiapkan pengajian dalam tempoh empat tahun serta menerbitkan lapan artikel jurnal kerana mengikuti program ini seminggu dua kali di fakultinya. Semuanya berkat keyakinannya dan konsistensinya menggunakan Teknik Pomodoro ini.

Pomodoro yang bermaksud tomato dalam bahasa Itali juga adalah sempena penggunaan jam berbentuk tomato yang digunakan oleh pengasas teknik ini iaitu Francesco Cirillo. Cirillo yang berasal dari Itali mencipta teknik ini ketika masih seorang pelajar universiti untuk membantunya menguruskan masa dengan berkesan.

Teknik Pomodoro adalah alat yang menggalakkan kita bekerja dengan jumlah masa yang ada, berbanding merasakan kita tiada masa. Dengan kaedah ini, tempoh 25 minit dipisahkan khas untuk bekerja diikuti dengan 5 minit rehat. Kitaran ini boleh dilakukan sebanyak 2 hingga 4 kali dalam satu satu sesi. Selepas empat sesi pomodoro, rehat yang panjang selama 15 atau 20 minit, atau mungkin sesi berikutnya dijalankan pada waktu yang lain pula.

Suntingan

Bayangkan hanya dengan dua sesi Pomodoro misalnya, 50 minit masa “wujud” untuk penulis menulis draf penulisan, atau menyunting karya. Tugas-tugas penulisan yang pastinya memerlukan fokus yang tinggi dan peruntukan masa yang khas, membuatkan ramai yang mengatakan mereka kurang masa untuk menulis, sekaligus menjadikan teknik ini antara pilihan terbaik. Tentukan perkara yang ingin ditulis, dan teruslah menulis untuk 25 minit pertama, diikuti rehat selama 5 minit dan disambung dengan 25 minit menulis yang kedua. Misalnya, ada penulis mengakui, maksimum empat sesi pomodoro membolehkan seseorang penulis menyiapkan satu karya dalam jumlah 1200 patah kata beserta beberapa cadangan gambar.

Antara kekuatan teknik ini adalah menyediakan platform untuk kita mengawal masa untuk menjalankan sesuatu tugasan. Masa pula kita sendiri yang sediakan, bila lapang untuk bermula tiada kawalan daripada sesiapa. Lebih menarik, keseluruhan teknik ini adalah percuma! Letakkan satu masa untuk kekal lapang misalnya 3 petang hingga 3.25 petang untuk menulis dan elakkan sekali kali menggunakan gajet atau sebarang bentuk perbualan atau gangguan lain dalam waktu ini.

Jelas, teknik ini membantu memastikan konsistensi dalam menyelesaikan sesuatu karya. Dalam tempoh masa yang ada, pastinya kita mahu mencapai sesuatu matlamat, misalnya menyiapkan satu rencana, menyunting artikel jurnal atau hanya membaca untuk menghasilkan karya lain. Ahli ahli yang mengikuti teknik ini pula perlu mengikuti peraturan iaitu tidak boleh berbual atau melakukan kerja lain ketika menjalani sesi. Ini memaksa satu bentuk disiplin terbentuk secara dalam pasukan, dan membolehkan penulisan dihasilkan dengan lebih bersemangat kerana semua ahli juga rancak menaip dan menyelesaikan karya.

Pertandingan

Masa rehat yang diperuntukkan juga, sungguhpun singkat iaitu lima minit, mengurangkan keletihan mental ketika menghasilkan penulisan. Ini membantu fokus dalam penulisan sekaligus meningkatkan produktiviti diri serta mencapai matlamat yang cuba dicapai dalam tempoh tertentu. Ini sekaligus mengelakkan seseorang daripada bertangguh, dan melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk “pertandingan” dengan diri sendiri berdasarkan masa yang ada. Semangat untuk “menang” pertandingan wujud dalam teknik ini kerana dalam setiap tempoh 25 minit itu, kita pasti mahu mencapai sesuatu dan tidak membuang seminit pun masa yang ada.

Ramai yang mengakui keberkesanan teknik ini. Saya sendiri pernah mengikuti program anjuran rakan sefakulti beberapa tahun lepas secara bersemuka dan berjaya menghasilkan bahagian dalam penulisan dalam hanya 25 minit pertama. Sungguhpun teknik nampak mudah, tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai masa terluang untuk menulis, atau seorang multi tasker yang tidak mempunyai masa khusus untuk menghasilkan sesuatu secara berkesan dalam satu-satu masa, teknik ini adalah jawapannya.

Maka tidak hairan teknik ini semakin popular dan terdapat aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan timer dan arahan untuk melaksanakannya. Antaranya ialah marinaratimer.com yang menyediakan timer bagi senggang masa 25 minit sebagaimana saranan teknik ini.

Tempoh 25 minit setiap sesi yang digelar tempoh Pomodoro dikatakan tempoh yang paling sesuai untuk mengelakkan seseorang itu bertangguh, produktif dan mencipta keperluan segera untuk terus fokus terhadap sesuatu yang sedang diusahakan. Ia juga adalah tempoh masa yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu singkat untuk seseorang berfikir dan menghasilkan sesuatu.

Karya ini sendiri saya tulis dalam tempoh dua sesi Pomodoro. Ini buktinya andai kita menentukan masa, tidak akan pernah terlintas di fikiran bahawa kita tiada masa!

ARTIKEL BERKAITAN

Artikel Berkaitan – Landaikan Lengkungan Cara Fikir Menghadapi Covid-19
Artikel Berkaitan – Lesu Upaya Digital Akibat Pandemik yang Berpanjangan
Artikel Berkaitan – Perlukah Sokong Golongan Anti-Vaksin Ketika Nyawa Diancam Bahaya ?
Artikel Berkaitan – Kecelaruan Jantina: Bagaimana Sains Dapat Membantu
Artikel Berkaitan – Menghadapi Jangkitan Ganas COVID-19: Apa yang perlu kita lakukan?
Artikel Berkaitan – Pengukuran, Evolusi dan Pandangan Islam
Artikel Berkaitan – Sokongan Psikologi “Hidupkan” Pesakit Kanser
Artikel Berkaitan – Pengetahuan Tentang Tidur Tingkatkan Kesihatan
Artikel Berkaitan – Kembalikan Kegemilangan Saintis Muslim
Artikel Berkaitan – Menyantuni Komunikasi Dalam Aplikasi Kumpulan WhatsApp
Artikel Berkaitan – Semua Orang Berisiko Sakit Jantung, Pembunuh Utama Manusia
Artikel Berkaitan – Komunikasi Alam Sekitar di Malaysia

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Komunikasi sainssains pengurusan masaSaintisteknik promodoro
ShareTweetShare
Previous Post

Anak Bulan: Jambatan Penghubung Sains dan Islam

Next Post

Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya

Editor

Editor

Related Posts

Kenapa Tiba-Tiba Teringin Nak Makan? Sains di Sebalik Mengidam dan Cara Bijak Mengawalnya
Berita & Peristiwa

Kenapa Tiba-Tiba Teringin Nak Makan? Sains di Sebalik Mengidam dan Cara Bijak Mengawalnya

1 hour ago
Ameloblastoma: Ketumbuhan yang Membawa kepada Kemusnahan Rahang
Berita & Peristiwa

Ameloblastoma: Ketumbuhan yang Membawa kepada Kemusnahan Rahang

1 hour ago
Keupayaan Rawatan Semulajadi Hasil Pelepasan Air Sisa Loji Rawatan Air Kumbahan: Kajian Kes di  Sungai Buluh, Jeli Kelantan
Alam Semulajadi

Keupayaan Rawatan Semulajadi Hasil Pelepasan Air Sisa Loji Rawatan Air Kumbahan: Kajian Kes di Sungai Buluh, Jeli Kelantan

1 hour ago
Teknologi Implan Khusus Pesakit Tingkat Kejayaan Pembedahan Rahang
Berita & Peristiwa

Teknologi Implan Khusus Pesakit Tingkat Kejayaan Pembedahan Rahang

1 hour ago
Next Post
Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya

Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In