23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknologi Bahan Bakar Hidrogen – Tenaga Keterbaharuan Jimat Petrol

Editor by Editor
10/02/2015
in Tenaga
0 0
0

Oleh Marziana Mohamed Alias

Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menghasilkan inovasi unik menjana gas hidrogen dari air yang dikenali sebagai Gajet Jimat Minyak Berasaskan Air yang terbukti berkesan menjimatkan penggunaan minyak petrol sehingga 50 peratus.

Bukan sekadar memberi kelegaan kepada industri berasaskan bahan bakar, inovasi itu pertama seumpamanya menggunakan teknologi hidrogen yang menjadi antara sumber alternatif kepada petroleum yang dikhuatiri akan habis satu ketika kelak.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, teknologi yang dibangunkan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Profesor Madya Dr. Soib Taib itu adalah unik, luar biasa dan mungkin mencuri tumpuan dunia.

“Dunia pada ketika ini memang sedang tercari-cari alternatif untuk menggantikan sumber petroleum dan hidrogen adalah salah satu alternatif yang berpotensi digunakan kerana sifatnya yang kuat dan berkuasa tinggi.

“Petroleum apabila digunakan akan mengeluarkan gas hijau dan ini memberi kesan kepada persekitaran. Namun dengan penggunaan hidrogen, masalah gas hijau dapat diatasi dan dalam masa tenaga yang diperolehi adalah jauh lebih baik dan ia hanya membebaskan air” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memperincikan penemuan penyelidik USM itu di sini hari ini. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global USM, Profesor Dr. Kamarulazizi Ibrahim.

Tambah beliau, keistimewaan dalam penemuan ini adalah pada cara bagaimana hidrogen dihasilkan dan dalam masa yang sama ia terus digunakan dan memberi pembakaran lebih selamat.

“Ia mengatasi pelbagai masalah pengendalian gas hidrogen khususnya dalam pengurusan penyimpanan dan pengalihan,’’ ujar beliau sambil menyifatkan gas hidrogen amat sensitif dan mudah bertindakbalas dengan sebarang persekitaran.

Omar juga berkata, gajet tersebut turut berupaya memberikan prestasi enjin lebih berkuasa, selain bertindak membantu enjin kenderaan menjadi lebih senyap, sejuk dan beranjak lebih baik.

“Ia juga selamat digunakan kerana Gas HHO yang terhasil adalah sebahagian dari hidrogen (iaitu gas yang 15 kali lebih ringan dari udara dan mampu terserap dalam udara dan juga tidak merbahaya).

“Hidrogen juga adalah bukan toksik. Ia juga memberi kesan kepada persekitaran yang mana Generator HHO membantu menghasilkan oksigen dan mengurangkan pembebasan CO2,”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Soib pula berkata, gajet yang dibangunkan dengan geran berjumlah RM40,000 itu amat mudah untuk digunakan kerana ia tidak memerlukan pengubahsuaian pada enjin kenderaan.

“Sistem ini menggunakan bateri untuk menghasilkan gas oxyhydrogen  (HHO) yang juga dikenali sebagai gas coklat. Campuran gas ini dan petrol berjaya memberi pembakaran yang lebih selamat dan bersih di samping kelebihan lain yang dijelaskan.

“Pemilik kenderaan hanya perlu memasang generator HHO pada kenderaan dan melakukan penyelenggaraan mudah iaitu menukar air selepas perjalanan mencecah 1800 ke 2000km,’’ katanya.

Dalam pada itu, Kamarulazizi pula menambah, prototaip yang dilihat pada hari ini adalah permulaan kepada pelbagai kejayaan lain termasuk kemungkinan USM menjadi universiti pertama dalam dunia yang menggunakan gas hidrogen untuk menjana sumber kuasa elektriknya sendiri.

“Organisasi-organisasi lain di dunia juga mungkin tertarik dengan penemuan ini kerana ia adalah antara teknologi yang menjadi buruan semua pihak di seluruh dunia,’’ ujar beliau.

Sumber -usm.my

 

 

 

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bahan bakar hidrogenTeknologi hidrogen
ShareTweetShare
Previous Post

Tun Mahathir Menguji Pandu Kenderaan Sel Fuel

Next Post

RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

Editor

Editor

Related Posts

Mikro Sel Fuel Etanol Langsung (DEFCs)
Berita & Peristiwa

Mikro Sel Fuel Etanol Langsung (DEFCs)

4 years ago
Torium Oksida daripada Mineral Monazit
Alam Semulajadi

Torium Oksida daripada Mineral Monazit

4 years ago
Saintis Cipta Kristal Masa Yang Didakwa Melanggar Hukum Keabadian Tenaga
Fizik

Saintis Cipta Kristal Masa Yang Didakwa Melanggar Hukum Keabadian Tenaga

5 years ago
Laporan MajalahSains.Com di IX International Forum AtomExpo 2017
Berita & Peristiwa

Tenaga Keterbaharuan Tidak Dapat Memenuhi Keperluan Tenaga 100%

6 years ago
Next Post
RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

RV Discovery : Ikon & Aset Penyelidikan Kebanggaan UMT

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In