23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknologi Nuklear dan Malapetaka Bom Atom

Editor by Editor
05/08/2010
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Mohd Faizal Aziz

Hari ini genaplah usia 65 tahun ulangtahun kemusnahan bandaraya Hiroshima di Jepun akibat ledakan bom atom yang digugurkan oleh tentera Amerika ketika Perang Dunia ke-2. Menurut Prof Muhammad Samudi Yasir, pensyarah dari Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lepas telah diadakan Majlis Memperingati Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang dianjurkan oleh Malaysia Nuclear Society di UNITEN, Bangi.

Jika kita membaca sejarah, tragedi pengeboman Bandaraya Hiroshima dan dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945 merupakan permulaan detik hitam penggunaan teknologi nuklear dalam peradaban manusia. Fakta dari peristiwa pengguguran bom atom tersebut mencatatkan kematian akibat ledakan seramai 140 ribu nyawa serta merta dan ratusan ribu lagi yang terkorban selepas ledakan akibat radiasi sinaran dan kesan terbakar.

Sejarah bom nuklear atau bom atom bermula apabila Amerika Syarikat memulakan projek menghasilkan bom atom yang dikenali sebagai Projek Manhattan di Los Alamos, New Mexico pada tahun 1942. Ujian bom atom pertama dilakukan di tapak ujian Alamogodro di daerah yang sama. Sepanjang sejarah, hanya dua kali bom atom digugurkan iaitu di Hiroshima dan Nagasaki sekaligus menamatkan Perang Dunia ke-2.

Selain malapetaka Hiroshima dan Nagasaki, masyarakat terus dihantui dengan tragedi yang membabitkan nuklear apabila mengaitkannya dengan insiden kebocoran reaktor nuklear di Three Mile Islands, Amerika Syarikat pada 1979, Chernobyl, Ukraine (1986), Tokai Mura, Jepun (1999) dan United Kingdom (2000).

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Selepas pengumuman tersebut, timbullah pelbagai persoalan yang bermain di benak masyarakat tentang risiko-risiko yang bakal berlaku sekiranya projek ini diteruskan. Di kalangan aktivis dan masyarakat yang belum memahami isu tenaga nuklear ini, sudah muncul banyak tulisan dan rencana yang menghentam dan mengkritik langkah kerajaan untuk memanfaatkan teknologi nuklear untuk tenaga. Ironinya, di kalangan pakar, penyelidik, saintis serta penyokong kuat penggunaan teknologi ini, jarang kelihatan artikel dan rencana mereka tersiar bagi memudahkan masyarakat awam memahami isu ini secara jelas. Seakan-akan wujud jurang yang memisahkan antara golongan yang faham dan masyarakat awam tentang teknologi nuklear.

Di kalangan negara maju, teknologi penggunaan sumber tenaga nuklear sudah tidak asing lagi. Ia digunakan dengan meluas dan negara maju seperti Korea Selatan, sejak beberapa tahun lalu dilaporkan sudah mempunyai 20 reaktor nuklear dan hampir 40 peratus bekalan elektrik disumbangkan oleh sektor berkenaan.Kepentingan nuklear kepada sesebuah negara sebagai sumber tenaga sebenarnya tidak dapat dipertikaikan, apatah lagi sumber bahan api seperti minyak, gas dan arang batu akan berakhir suatu masa nanti.

Masyarakat umum melihat teknologi nuklear hanya digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Sedarkah kita bahawa teknologi nuklear boleh dikembangkan dan diperluaskan meliputi pelbagai bidang penting seperti perubatan, pertanian, pembuatan dan alam sekitar.

Dalam bidang perubatan misalnya, teknologi nuklear sudah digunakan dengan meluas di hospital seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang menggunakan sumber tenaga nuklear untuk pengesan penyakit berbahaya pada manusia. Menurut Profesor Bradley, seorang pakar teknologi nuklear dari University Of Surrey United Kingdom yang berkunjung ke Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, pada awalnya nama asal bagi MRI ialah Nuclear Magnetic Resonance Imaging. Namun begitu akhirnya perkataan nuklear digugurkan bagi mengelakkan kekeliruan dan ketakutan masyarakat tentang istilah tersebut. Dalam bidang pertanian penggunaan teknologi nuklear berjaya menghasilkan anak pokok, enzim serta baja yang bermutu tinggi.

Begitu juga dalam bidang pembuatan, penggunaan teknologi nuklear membolehkan pengeluaran sarung tangan getah, resin dan sebagainya yang memberi sumbangan besar pada industri sarung tangan di Malaysia.Dalam industri minyak dan sektor marin, teknologi Non Destructive Testing –NDT (Ujian Tanpa Musnah) yang menggunakan sumber tenaga nuklear melalui peralatan seperti Sinar Gamma dan Sinar X digunakan untuk mengesan kecacatan atau kerosakan yang berlaku pada paip-paip minyak atau gas. Teknologi ini dipelopori oleh Agensi Nuklear Malaysia dan beberapa syarikat swasta yang lain.

Malaysia memiliki satu-satunya reaktor nuklear yang dikenali sebagai Reaktor TRIGA PUSPATI (Pusat Penyelidikan Tenaga Atom Tun Doktor Ismail yang ditubuhkan 27 tahun dahulu yang kini dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia ). Ia kini dikendalikan oleh Agensi Nuklear Malaysia yang terletak di Bangi. Ia digunakan dalam aktiviti penyinaran neutron serta eksperimen pancaran neutron. Selain itu  ia juga digunakan untuk kajian tentang reaktor itu sendiri yang terdiri daripada fizik reaktor, kejuruteraan reaktor dan kejuruteraan nuklear, hidraulik haba (thermalhydraulic) dan core analysis.

Kebimbangan masyarakat terhadap isu tenaga nuklear timbul apabila penerangan tentang kebaikan sumber tenaga hijau dan bersih ini kurang diberi perhatian oleh pihak berwajib. Apa yang timbul hanyalah berita-berita yang negatif seperti bom atom, letupan Reaktor Chernobyl, Tragedi Three Miles Island dan sebagainya yang mengabui mata masyarakat tentang kebaikan teknologi ini. Selain itu pendedahan kepada nuklear di Malaysia agak perlahan menyebabkan orang ramai kurang pengetahuan mengenai perkara itu dan timbul kebimbangan yang berlebihan.

Pada pandangan saya, penggunaan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga pada masa depan wajar diteruskan selepas mengambil kira pelbagai aspek seperti keselamatan, pengurusan, penerangan dan kajian yang mendalam. Teknologi hanyalah alat yang diuruskan oleh manusia. Untuk menghindari risiko, manusia perlu diasuh dan diajar tentang bagaimana untuk menguruskan teknologi. Lebih banyak penerangan dan penjelasan perlu diberi kepada masyarakat untuk mereka memahami isu ini. Walaubagaimanapun, pendirian kita jelas terhadap jenayah perang dan penggunaan teknologi nuklear dalam peperangan wajib ditentang habis-habisan. Jelas bahawa tenaga atom yang digunakan dalam peperangan hanya akan memusnahkan kehidupan dan peradaban manusia.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: KemusnahannuklearTeknologi
ShareTweetShare
Previous Post

Fahami Tugas Saintis

Next Post

Teknologi Biomimetik

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

2 weeks ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

4 weeks ago
Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis
Berita & Peristiwa

Cuka Buluh; Agen Kawalan Serangga Perosak Mangga Harumanis

4 months ago
Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna
Berita & Peristiwa

Kabel Gentian Optik Sebagai Sensor Teragih Pelbagai Guna

4 months ago
Next Post
Teknologi Biomimetik

Teknologi Biomimetik

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In