23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, April 11, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teknologi Radioisotop guna Siklotron

Editor by Editor
02/04/2014
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0
Teknologi nuklear mempunyai pelbagai aplikasi dalam bidang pertanian, perubatan, perindustrian dan penyelidikan.
Antara penggunaan bahan radioaktif atau radiosiotop dalam bidang-bidang tersebut termasuklah meningkatkan hasil tanaman, menjalankan diagnosis dan rawatan penyakit, sebagai bahan penyurih bagi proses industri dan alam sekitar dan sebagainya.
Radioisotop yang digunakan adalah sintetik dan dihasilkan menggunakan siklotron atau reaktor nuklear.
Pada masa ini, Malaysia mempunyai sebuah reaktor penyelidikan yang ditempatkan di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), di Bangi Selangor.
Reaktor berkuasa 1 megawatt (MW) itu yang diberi nama Reaktor TRIGA Puspati (RTP) yang telah ditauliahkan pada tahun 1982.
Sementara itu, Malaysia bercadang memperoleh satu lagi teknologi yang mampu menghasilkan radioisotop untuk memperluaskan lagi penggunaan teknologi nuklear di Malaysia.
Untuk tujuan itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Nuklear Malaysia merancang untuk membangunkan kemudahan siklotron berkapasiti tinggi (30 MeV).
Siklotron adalah pemecut zarah yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan radioaktif untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti dalam bidang perubatan, industri, alam sekitar dan pertanian.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ketika itu, Datuk Dr. Ewon Ebin, berkata, kemudahan tersebut diwujudkan bagi memastikan kemudahan perubatan tempatan lebih berteknologi tinggi dengan penggunaan teknologi terkini siklotron.
“Kemudahan tersebut akan berpusat di Nuklear Malaysia dan dikendalikan oleh saintis, jurutera dan ahli fizik agensi terbabit agar pembangunan keupayaan dan aplikasi teknologi yang berkaitan dapat dilaksanakan secara serentak,’’ katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika melawat tapak cadangan projek Siklotron 30 MeV di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi baru-baru ini. Projek tersebut dibangunkan di kawasan seluas 1.2 hektar (tiga ekar) yang dijangka bermula hujung tahun ini dan dijangka siap pada 2017.
Dalam lawatan tersebut yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, beliau diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Lebai Juri.
Pusat tersebut apabila siap kelak akan dilengkapi dengan keupayaan Positron Emission Tomography (PET) dan Single Photon Emission Computed Tomography (SPECT), serta makmal-makmal penyelidikan yang berkaitan.
Beliau berkata, pembangunan kemudahan siklotron serbaguna itu akan meningkatkan kemampuan Malaysia untuk menghasilkan pelbagai jenis radioisotop atau bahan-bahan radioaktif. Menurutnya , bahan-bahan tersebut juga digunakan secara meluas di dalam pelbagai bidang lain seperti industri automotif terutama untuk menguji kehausan mekanikal, pembiakan mutasi dalam bidang pertanian, pembangunan bahan api bio dan pembangunan sains bahan.
Di samping itu, kemudahan ini akan meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara lain yang memanfaatkan teknologi yang sama, antaranya Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea, Perancis, Itali, Arab Saudi dan Kanada.
Menurutnya, secara tidak langsung, kemudahan tersebut akan menjadi tarikan kepada rakyat negara-negara lain dan seterusnya akan menggalakkan serta meningkatkan lagi industri pelancongan kesihatan tempatan.
Kemudahan siklotron bertenaga tinggi ini membolehkan Nuklear Malaysia menghasilkan isotop berjangka hayat panjang yang tidak lagi dikekang oleh sifat-sifat fizikal radioisotop.
Faktor tersebut membolehkan radioisotop dibekalkan ke hospital-hospital, institusi penyelidikan berkaitan dan pihak industri di luar Lembah Klang, sekali gus mengembangkan penggunaannya ke seluruh negara.
Lebih daripada itu, Malaysia juga akan berkemampuan untuk mengeksport dan membekalkan radioisotop yang dihasilkan di kemudahan siklotron ini ke negara-negara jiran.Antara kelebihan siklotron berbanding dengan reaktor nuklear adalah penggunaan bahan mula yang stabil dan tidak beradioaktif, penghasilan sisa berjangka hayat-pendek (memudahkan penyimpanan), dan pengoperasian yang lebih mudah.
Di dalam bidang perubatan, bahan-bahan radioaktif digunakan untuk menghasilkan radiofarmaseutikal bagi mendiagnosis penyakit khususnya dalam bidang onkologi (kanser), kardiologi dan neurologi secara tepat agar kaedah rawatan yang berkesan dapat dibangunkan.
Beberapa pusat siklotron (18 MeV) yang khusus untuk digunakan dalam perubatan nuklear telah ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2002.
Walau bagaimanapun jenis bahan radioaktif yang dihasilkan daripada siklotron berkuasa rendah ini adalah terhad.
Pada masa ini siklotron berserta kemudahan pengimbas PET ditawarkan di Hospital Putrajaya dan Beacon Hospital.
Selain itu, kemudahan PET boleh didapati di beberapa hospital seperti Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dan Subang Jaya Medical Centre (SJMC).
Sumber – Utusan Malaysia

Tags: radioisotopsiklotron
ShareTweetShare
Previous Post

Operasi SAR menggunakan Satelit

Next Post

Belasungkawa - Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman

Editor

Editor

Related Posts

Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat
Berita & Peristiwa

Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat

1 week ago
Perkomputeran Neuro: Teknologi Komputer Berinspirasikan Otak Manusia untuk Kelestarian Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Masa Depan
Berita & Peristiwa

Perkomputeran Neuro: Teknologi Komputer Berinspirasikan Otak Manusia untuk Kelestarian Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Masa Depan

3 weeks ago
Satu Pokok, Seribu Anak: Teknologi Tisu Kultur Pisang
Alam Semulajadi

Satu Pokok, Seribu Anak: Teknologi Tisu Kultur Pisang

3 weeks ago
Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bahan Plastik/Polimer dalam Membentuk Dunia Moden

4 weeks ago
Next Post
Belasungkawa – Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman

Belasungkawa - Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In