23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Saturday, February 4, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Telekomunikasi Sepantas Adiwira The Flash?

Info Teknologi & Kejuruteraan

Saiful Bahari by Saiful Bahari
20/02/2019
in Berita & Peristiwa, Komputer & IT, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Ir. Dr. Nurul Asyikin Mohamed Radzi & Dr Wan Siti Halimatul Munirah Wan Ahmad
Jabatan Elektronik Komunikasi UNITEN

The Flash bukanlah adiwira yang asing bagi kita semua. Kemampuan untuk berlari dengan kelajuan cahaya membolehkan beliau menangkap penjenayah dan penjahat seantero dunia. Berdasarkan teori Albert Einstein, tiada apa yang boleh bergerak lebih cepat daripada kelajuan cahaya dalam vakum. Namun begitu, kelajuan cahaya akan berkurangan sekiranya ia berada di dalam medium berbeza seperti air, udara atau kaca.

Albert Einstein ketika eksperimen di Jerman pada tahun 1929

Di dalam dunia telekomunikasi, lembar halus yang diperbuat dari kaca dan plastik atau lebih dikenali sebagai gentian optik digunakan untuk membawa cahaya dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Jadi, walaupun realitinya anda tidak dapat bergerak selaju cahaya seperti The Flash, anda masih berpeluang untuk berkomunikasi hampir dengan kelajuan cahaya. Disebabkan kepantasannya, penggunaan cahaya untuk menghantar data, suara dan video lebih digemari sekiranya dibandingkan dengan teknologi terdahulu yang menggunakan elektrik.

 

Rajah 1: Keratan rentas kabel gentian optik

Saiz selembar gentian optik selalunya lebih tebal sedikit daripada sehelai rambut manusia. Rajah 1 menunjukkan keratan rentas kabel gentian optik yang terbahagi kepada empat bahagian.

Teras
Teras gentian optik merupakan silinder yang diperbuat dari plastik atau kaca yang mana cahaya dari laser atau laser emitting diode (LED) akan merambat melaluinya. Cahaya hanya akan merambat di dalam teras kerana mematuhi prinsip pantulan dalam penuh disebabkan oleh lapisan salutan.

Salutan
Salutan ialah bahan optik luar yang melindungi teras. Fungsi utama salutan adalah untuk memantulkan cahaya kembali ke teras.

Penimbal
Fungsi utama penimbal adalah untuk melindungi bahagian teras gentian. Bungkusan ini dilindungi oleh penutup luar kabel yang dipanggil jaket.

Jaket
Jaket kabel gentian optik boleh didapati dalam pelbagai warna bagi memudahkan proses mengenali jenis gentian, sama ada gentian mod tunggal (Single Mode Fiber, SMF) atau gentian multimod (Multi Mode Fiber, MMF). Warna kuning digunakan untuk SMF dan warna oren bagi MMF.

Sudah pasti TM UniFi dan Maxis Fibre bukanlah pembekal servis Internet yang asing bagi kita. TM UniFi merupakan perkhidmatan oleh Telekom Malaysia yang menawarkan akses Internet, suara melalui Internet Protokol (VoIP) dan Internet Protocol Television (IPTV) kepada pelanggan kediaman dan perniagaan di Malaysia untuk unit perumahan individu dan bangunan.  Begitu juga dengan Maxis Fibre yang menawarkan perkhidmatan yang hampir sama tetapi diperkenalkan oleh  pembekal perkhidmatan Internet yang berbeza, iaitu Maxis Communications. Kehadiran kedua-dua servis ini merevolusikan penggunaan Internet kita, di mana kita dapat menggunakan Internet data dengan lebih laju, juga mempunyai keupayaan membuat panggilan suara dan menonton cerita kegemaran kita dari satu pembekal perkhidmatan yang sama.

Kedua-dua servis ini menggunakan teknologi gentian optik bagi memastikan sambungan Internet yang lancar. Apabila anda menggunakan Internet dan terdapat data masukan dalam bentuk isyarat elektrik, litar pemancar akan mengubah isyarat tersebut kepada isyarat cahaya dengan bantuan sumber cahaya; sama ada LED atau laser. Jenis bantuan sumber cahaya ini menentukan jenis gentian optik yang digunakan. Secara amnya, gentian optik terbahagi kepada dua jenis iaitu SMF dan MMF. Sumber cahaya bagi SMF ialah laser dan digunakan untuk komunikasi jarak jauh, manakala sumber cahaya bagi MMF ialah LED dan digunakan untuk komunikasi jarak dekat.

Alur cahaya dari LED atau laser kemudiannya dibawa oleh kabel gentian optik ke destinasi dimana maklumat itu dihantar kembali ke isyarat elektrik oleh litar penerima. Litar penerima terdiri daripada pengesan foto berserta dengan litar elektronik yang sesuai, yang mampu memberi ukuran magnitud, frekuensi dan fasa medan optik.

Penggunaan gentian optik tidak hanya terhad kepada pembekal perkhidmatan Internet, malah ia turut digunakan bagi syarikat utiliti kuasa untuk menyelia grid kuasa mereka. Kebanyakan syarikat utiliti kuasa memilih gentian optik dalam sistem pengawasan dan kawalan bagi mengekalkan komunikasi yang jelas sambil melindungi pekerja–perkerja syarikat utiliti daripada voltan tinggi yang berbahaya. Kabel gentian optik untuk syarikat utiliti ini biasanya dipasang di sepanjang laluan transmisi dan terdapat banyak cara untuk memasang kabel gentian optik pada menara elektrik. Salah satu cara ialah dengan menggunakan kabel optical power ground wire (OPGW) pada laluan transmisi yang baharu. Kabel ini biasanya dipasang di bahagian atas menara atau tiang elektrik untuk menjadi konduktor pembumian dan melindungi kabel kuasa daripada kilat.

 

Ilustrasi kabel optical power ground wire (OPGW)

 

Untuk menambah gentian optik di sepanjang laluan transmisi, syarikat utiliti kuasa turut menggunakan gentian optik all-dielectric self-supporting (ADSS) yang dipasang di bawah konduktor kuasa. Ini merupakan cara yang lebih menjimatkan tanpa menyebabkan gangguan penghantaran kuasa. Cara lain yang digunakan ialah dengan memasang kabel optik bawah tanah pada sistem transmisi dan distribusi mereka. Tetapi, cara ini biasanya hanya dilakukan di kawasan metropolitan kerana kos pembinaan yang tinggi.

 

Ilustrasi entian optik all-dielectric self-supporting (ADSS)

 

Baru-baru ini, syarikat utiliti kuasa Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengumumkan untuk memulakan satu projek rintis bagi program National Connectivity Plan (NCP). Dengan projek rintis ini, kemudahan gentian optik milik TNB akan digunakan untuk menawarkan akses rangkaian jalur lebar di beberapa kawasan kediaman di Melaka. Tujuan program NCP ini ialah bagi meningkatkan kualiti dan keluasan liputan rangkaian jalur lebar di Malaysia. Harapnya dengan kejayaan program ini, tidak lama lagi kita semua dapat berkomunikasi selaju The Flash walau di mana-mana bahagian di Malaysia kita berada!

 

Kredit Foto :
Space
Nature
alicdn
toner

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Nurul Asyikin bt Mohamed RadziDr. Wan Siti Halimatul Munirah Wan Ahmadgentian mod tunggalgentian multimodGentian optikinternetNational Connectivity Plan (NCP)optical power ground wire (OPGW)optik all-dielectric self-supporting (ADSS)Uniten
ShareTweetShare
Previous Post

Thimerosal dalam formulasi vaksin

Next Post

Penyakit Rheumatoid Arthritis: Rawatan Awal Mencegah Kerosakan Sendi

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Penyakit Rheumatoid Arthritis: Rawatan Awal Mencegah Kerosakan Sendi

Penyakit Rheumatoid Arthritis: Rawatan Awal Mencegah Kerosakan Sendi

  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In