23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 9, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tenaga Biomass – Tenaga boleh diperbaharui

Editor by Editor
05/04/2014
in Tenaga
0 0
0
Apa yang anda fahami tentang istilah tenaga biojisim (biomass). Rencana ringkas ini akan membincangkan topik ini.Secara ringkas, tenaga biojisim merupakan tenaga yang terhasil daripada bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan. Istilah biojisim (Biomass) berasal daripada perkataan Inggeris yang digabung iaitu biology dan mass. Makna asalnya memberi maksud jisim sesuatu bahan biologi. Bagaimanapun daripada sudut istilah, biomass sering dirujuk kepada tenaga daripada bahan-bahan tumbuhan itu.

Sebenarnya manusia telah menggunakan biomass sejak dari zaman purba lagi sebagai sumber tenaga untuk memasak, memanaskan badan, melebur logam dan pembuatan senjata. Belakangan ini minat untuk menggunakan tenaga biomass sebagai sumber tenaga semakin mendapat tempat. Ini kerana bahan biomass boleh diperolehi dengan mudah dengan jumlah yang banyak, boleh diperbaharui dan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan.


Bumi kita dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan samada yang tumbuh meliar atau ditanam. Tumbuhan-tumbuhan ini merupakan rumah simpanan bagi tenaga solar dan bahan kimia. Sumber tumbuh-tumbuhan ini yang datang samada dari darat atau lautan dipanggil biomass. Biomass juga merangkumi segala hasil tumbuh-tumbuhan khusus untuk sumber tenaga atau hasil buangan yang berpunca daripada pelbagai kayu-kayan, tanaman dan juga bahan buangan perbandaran. Biomass boleh mengandungi pelbagai bahan, kandungan utamanya ialah selulosa, lignin, hemiselulosa, sedikit minyak dan pelbagai unsur lain. Unsur kimia utama bagi semua bahan ini ialah karbon dan hidrogen.

Biomass dianggap sebagai sumber yang boleh diperbaharui kerana karbon dioksida dari atmosfera dan air dari bumi bergabung melalui proses fotosintesis menghasilkan karbohidrat yang merupakan asas binaan utama biomass. Melalui proses fotosisintesis, tenaga solar disimpan dalam ikatan kimia antara molekul-molekul tumbuhan. Apabila biomass dibakar secara cekap, oksigen dari atmosfera bertindak dengan karbon dalam biomass menghasilkan karbon dioksida dan air. Ini boleh menghasilkan biomass yang baru. Oleh itu, biomass dikatakan sebagai satu sumber tenaga penting yang boleh diperbaharui dan mempunyai potensi mengurangkan penggunaan sumber tenaga fosil yang semakin berkurangan.

Kaedah menukar Biomass kepada tenaga.Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk menukar biomass kepada tenaga. Antara kaedah utama ialah pembakaran, penapaian alkohol dan pencernaan anaerobik.

Pembakaran

Cara yang paling ringkas ialah pembakaran bagi menghasilkan tenaga. Walaupun proses pembakaran ini mudah dan telah digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, tetapi hari ini pembakaran mesti dijalankan dengan cara yang moden agar tidak menghasilkan pencemaran udara yang memudaratkan. Tenaga haba yang boleh diperolehi dalam proses pembakaran ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti pemanasan bahan dan ruang dan juga untuk menghasilkn wap panas (stim) bagi penjanaan elektrik.

Penapaian alkohol
 
Dalam proses ini karbohidrat daripada bahan organik biomass ditukar kepada gula di dalam satu reaktor biologi dengan kawalan suhu yang rapi. Proses ini sama dengan proses pembuatan arak tetapi produk yang dihasilkan boleh dijadikan bahan api. Oleh itu hasil utamanya ialah etanol atau metanol.Untuk pembakaran di dalam sebuah enjin, biasanya etanol atau metanol ini dicampur dengan bahan pembakar cecair lain untuk dijadikan bahan pembakar yang lebih sesuai dan campuran ini dikenali sebagai gasohol.

Pirolisis
 
Proses pirolisis melibatkan pemanasan bahan biomass pada suhu yang tinggi dalam keadaan tanpa oksigen atau jumlah oksigen terhad. Dalam proses ini bahan organik terurai menjadi pelbagai gas dan karbon. Gas-gas yang terhasil kemudiannya dikondensasikan menjadi cecair untuk digunakan semula sebagai bahan bakar atau sumber bahan kimia.
Pencernaan anaerobik
 
Proses ini melibatkan penguraian bahan organik dan tak organik tanpa kewujudan oksigen molekul dengan menggunakan mikroorganisma tertentu. Mikroorganisma yang bertanggungjawab menukar sebatian organik yang kompleks kepada asid organik mudah seperti asid asetik dan asid propinik. Kemudian asid-asid ini ditukarkan kepada gas metana dan karbon dioksida.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: biojisimrenewable enrgytenaga biojisimtenaga keterbaharuan
ShareTweetShare
Previous Post

Belasungkawa - Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman

Next Post

Penyelidik UKM - Pelihara Spesis Laut untuk Generasi akan datang

Editor

Editor

Related Posts

Mikro Sel Fuel Etanol Langsung (DEFCs)
Berita & Peristiwa

Mikro Sel Fuel Etanol Langsung (DEFCs)

4 years ago
Torium Oksida daripada Mineral Monazit
Alam Semulajadi

Torium Oksida daripada Mineral Monazit

4 years ago
Saintis Cipta Kristal Masa Yang Didakwa Melanggar Hukum Keabadian Tenaga
Fizik

Saintis Cipta Kristal Masa Yang Didakwa Melanggar Hukum Keabadian Tenaga

5 years ago
Laporan MajalahSains.Com di IX International Forum AtomExpo 2017
Berita & Peristiwa

Tenaga Keterbaharuan Tidak Dapat Memenuhi Keperluan Tenaga 100%

6 years ago
Next Post
Penyelidik UKM – Pelihara Spesis Laut untuk Generasi akan datang

Penyelidik UKM - Pelihara Spesis Laut untuk Generasi akan datang

  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Nanoteknologi dalam Sektor Pertanian di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nanoteknologi: Ilmu yang Mengubah Kualiti Kehidupan Manusia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kepentingan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aplikasi Nanoteknologi Dalam Bidang Perubatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In