23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, June 27, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Teori dan Falsafah Teknologi

Editor by Editor
04/04/2016
in Fiksyen, Buku & Filem, Matematik
0 0
0

Oleh : Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir
Pensyarah Falsafah Sains Matematik, UKM

“Makalah ini merupakan reaksi penulis terhadap ulasan buku oleh saudara Zafree, siswazah matematik UKM, di PPAS Kelang baru-baru ini. ”

Secara falsafahnya, teknologi dihasilkan bersebabkan dua perkara. Pertamanya, manusia mencipta alatan untuk meringankan tugasan hariannya berdasarkan peniruan terhadap perkara-perkara yang berlaku di alam sekelilingnya.

Beliau mungkin sahaja berusaha mencipta pisau dan parang bersebabkan pemerhatian terhadap sembilu buluh. Beliau juga boleh dikatakan mencipta jarum bersebabkan meniru fungsi duri. Menghasilkan sampan bersebabkan pemerhatian terhadap kayu/balak yang timbul dalam sungai. Mencipta rumah bersebabkan memerhatikan beberapa jenis binatang ada menghasilkan sarang. Mencipta mancis bersebabkan memerhatikan percikan kilat. Banyak lagi contohnya.

Keduanya, manusia berusaha untuk memudahkan tugasan jangka pendek dan jangka panjangnya, dan ini sebenarnya mengimplikasikan bahawa manusia itu berusaha menjadikan alat-alat bekerja pada badannya menjadi lebih cekap. Kalau selama ini dia hanyalah berjalan kaki kemana-mana, makanya penggunaan kuda dirasakan akan menjadikan perjalanannya lebih cekap, malah penciptaan basikal, motosikal, kereta, keretapi, sampan, kapal, kapalterbang dan roket sebenarnya hanyalah untuk menjadikan perjalanannya lebih cekap. Begitu juga, kalau dia hanyalah berupaya mengoyak atau menggigit sesuatu untuk memotong, makanya penggunaan sembilu, kapak batu, pisau, kapak besi, gergaji, mesin pemotong, laser dan lain-lain hanyalah boleh dipandang sebagai untuk mencekapkan proses memotong itu.

Kalau manusia itu hanyalah menggunakan matanya untuk melihat, makanya penciptaan teropong, teleskop, mikroskop, mikroskop elektron, dan lain-lain hanyalah untuk menjadikan penglihatannya lebih cekap. Kalau manusia itu hanyalah mampu bersua muka untuk berborak/berkomunikasi dengan orang lain, makanya penciptaan corong suara, mikrofon, telegraf, telefon, telefon tanpa wayar, satelit komunikasi, computer dan lain-lain hanyalah untuk menjadikan aktiviti berborak tadi lebih cekap. Mencipta huruf/perkataan/bahasa untuk menjadikan percakapannya lebih cekap.

Otak Manusia

Sekarang, kami pertanyakan, apakah yang menjadikan otak manusia itu lebih cekap? Sejarah ilmu yang dihasilkan manusia sepanjang zaman semenjak Nabi Adam AS mengajarkan kita bahawa otak manusia ini berfungsi menerusi 3 perkara besar, iaitu angka, huruf dan gambar.

Penciptaan huruf/perkataan/bahasa yang kami sebutkan sebelum ini masihlah kini menjadi perdebatan hangat diantara Fahaman Mantikisme/Nalarisme (dijuarai oleh Aristotle, Al-Farabi, Ibn Sina, Leibniz, Boole, Russell, dan lain-lain) dengan Fahaman Wacanaisme/Retorikisme. (yang dijuarai oleh Ibn Khaldun, Condillac, Rousseau, Pierce, Wittgenstein, Derrida, dan lain-lain).

[Baca : Matematik, Falsafah dan Realiti]

Penciptaan angka dan operasi-operasi angka-angka ini memanglah merupakan kegiatan lumrah manusia semenjak awal, sekurang-kurangnya untuk berjual-beli dan berdagang. Kemajuan penciptaan alat untuk membantu otak mengira/menghitung/membilang juga bukanlah sesuatu yang asing, contohnya sempoa dalam Tamadun Cina-Jepun-Korea, juga berbagai bentuknya yang lain dalam berbagai tamadun manusia.

Namun, penciptaan mesin kira dikatakan terawalnya dihasilkan oleh al-Khwarizmi sekitar 850M, kemudian dimajukan oleh Leibniz sekitar 1700M, dimajukan lagi sebagai komputer terawal oleh Babbage sekitar 1870M, direvolusikan kemudiannya kepada komputer moden oleh Turing sekitar 1945M. Mesin mengira/menghitung/membilang ini sebenarnya bukanlah hanya mengira angka, tetapi merevolusikan kegiatan mengira itu kepada semua perkara yang mungkin, iaitu “mengira” huruf dan juga “mengira” gambar/simbol.

Inilah sumbangan besar Turing yang mencipta Mesin Enigma, yang tujuan asalnya hanyalah untuk memecahkan bahasa kod tentera-tentera Jerman. Boleh tonton filem Enigma ini dalam Youtube, dan juga terbawa-bawa dalam filem The Beautiful Mind yang merupakan biografi John Nash, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pada 1994.

Semua benda yang otak dan fikiran manusia boleh hasilkan, iaitu angka, huruf dan gambar, boleh “diturunkan/dijelmakan” kepada perwakilan angka 0/1 (mantik 2-nilai), malah dimajukan kepada mantik 3-nilai 0/setengah/1, mantik 5-nilai 0/suku/setengah/tigasuku/1, …, mantik tak terhingga nilai atau/dan mantik kabur [0,…,1], dan yang terkininya dimajukan kepada mantik kuantum 0 & 1 (yang diperkirakan akan menghasilkan penciptaan Komputer Kuantum yang diimpikan oleh Feynman itu). Khabarnya untuk suatu masalah yang mampu dikira oleh komputer biasa selama 200 tahun, komputer kuantum mampu mengiranya dalam 2 saat. Di Malaysia, pakar dalam bidang ini adalah rakan kami, Dr. Bahari Idrus di FTSM, UKM.

Komputer dan internet

Internet adalah hasil daripada penciptaan komputer selepas Turing, tak kiralah bentuknya bagaimana, sebesar bangunan ataupun sebesar sebuah buku. Apakah internet mengubah cara manusia berfikir? Itulah persoalan yang ditanyakan dalam buku yang diulas oleh Zafree bertajuk “Is Internet Changing The Way You Think?” Brockman (peny.). 2011. pada 23/3/2016 di PPAS Kelang.

Zafree menyenaraikan puluhan pandangan yang dikelaskan oleh beliau kepada tiga jawapan besar, iaitu ya, tidak dan tak pasti. Semua jawapan ini sebenarnya adalah pungutan daripada puluhan karangan yang dihasilkan oleh puluhan manusia berkerjaya seperti saintis, agamawan, artis, ahli falsafah, ahli sains komputer, jurutera, artitek, novelis, pelukis, ahli bahasa, dan lain-lain. Brockman mengumpulkannya.

Semestinya, pandangan-pandangan mereka ini sebenarnya dihasilkan berteraskan pengalaman kerjaya mereka, iaitu menjawab persoalan apakah internet mengubah cara mereka berfikir dalam kerjaya mereka? Berdasarkan sebegitu banyak pandangan, menarik untuk dibahaskan dengan lanjut bagaimanakah Helen Fisher sampai kepada pandangan bahawa cara beliau berfikir tidaklah lebih baik, cekap, pantas dan lama tatkala membandingkan sebelum dan selepas beliau memiliki komputer (yang mungkin boleh juga dimaksudkan internet). Malah, Timothy Taylor berpandangan bahawa pemikiran manusia tidaklah perlu berubah disebabkan internet, sebab komputer diciptakan oleh manusia. Steven Pinker dan Mark Pagel sependapat mengatakan bahawa internet tidak mengubah cara manusia berfikir, tetapi internetlah yang diubah berdasarkan cara manusia berfikir.

Kami menyetujui tiga-empat pandangan ini, bukanlah bersebabkan kami merasakan bahawa pandangan mereka ini lebih baik daripada yang lain, tetapi bersebabkan pandangan mereka ini sejajar dengan idea yang mengatakan bahawa sempoa, mesin kira dan komputer/internet diciptakan demi untuk menjadikan pemikiran manusia lebih baik dan cekap.

Sebaik mana sekalipun komputer “berfikir”, malah kini boleh mengalahkan Kasparov dalam permainan catur, namun komputer tidak boleh menipu seperti manusia, malah komputer tidakpun memiliki kebijaksanaan/ kecerdikan/kepintaran/kecerdasan-fikiran, sebab semua itu kepada komputer hanyalah bermaksud “pemilihan kepada sebanyaknya maklumat yang diberikan kepadanya”. “Membezakan” dua benda kepada komputer adalah membandingkan sifat-sifat yang wujud kepada dua benda berkenaan dan mengenalpasti sifat-sifat yang berbeza diantara keduanya. Sedangkan “membezakan” kepada manusia adalah langsung terus mencari perbezaan sifat di antara dua benda berkenaan, tanpa membandingkan semua sifat.

Yang menyebabkan seseorang manusia merasakan bahawa komputer/internet menjadikan pemikirannya kacau-bilau, malah seringkali juga terjadinya ketaksuban, seperti kesnya penggunaan blog, facebook, twitter, sms, whatsapp, telegram, weechat, viber, dan lain-lain adalah disebabkan pemikirannya gagal meletakkan dimanakah komputer/internet patut membantu caranya berfikir. Sebaliknya yang berlaku adalah komputer/internet tersebut mempengaruhi caranya berfikir. Inilah yang tak sepatutnya.

Nota Editor:
Dr. Mohammad Alinor bin Abdul Kadir ialah Pensyarah Matematik Tulen dan Falsafah Matematik di Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Bolehkah Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) Menamatkan Bangsa Manusia?

Next Post

USM Cipta Aplikasi Jejak Lokasi Jemaah Tersesat di Tanah Suci

Editor

Editor

Related Posts

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)  Di Sebalik Pandemik COVID-19
Berita & Peristiwa

Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Di Sebalik Pandemik COVID-19

4 months ago
Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi
Berita & Peristiwa

Keindahan Nombor Fibonacci di Alam Semulajadi

4 months ago
Merangsang Kemahiran Matematik Bayi
Berita & Peristiwa

Merangsang Kemahiran Matematik Bayi

4 months ago
Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian
Berita & Peristiwa

Transformasi pembelajaran Subjek Matematik atas Talian

4 months ago
Next Post
USM Cipta Aplikasi Jejak Lokasi Jemaah Tersesat di Tanah Suci

USM Cipta Aplikasi Jejak Lokasi Jemaah Tersesat di Tanah Suci

  • Makan Durian dan ‘Panas’ Badan?

    Makan Durian dan ‘Panas’ Badan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ekopelancongan dan impak kepada Ekonomi, Sosial dan Alam Sekitar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kerjaya – Bidang Sains Aktuari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kebaikan Aktiviti Berbasikal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In