23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, June 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Terumbu Karang Semakin Terancam, Ikan Semakin Kehilangan Warnanya

Kajian Terumbu Karang

Editor by Editor
04/05/2022
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Luar Negara
0 0
0

Oleh: Nurul Najihah

Setelah tiga dekad, kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Australia membuktikan bahawa komuniti ikan di Great Barrier Reef, Australia semakin berkurangan warnanya disebabkan oleh peningkatan suhu laut dan kelunturan terumbu karang.

Pakar ekologi, Chris Hemingson dan rakan-rakannya dari James Cook University menyatakan bahawa terumbu karang pada masa hadapan tidak lagi akan berwarna-warni seperti apa yang kita lihat pada hari ini. “Penemuan kami menunjukkan bahawa terumbu mungkin berada pada titik peralihan yang kritikal dan mungkin akan menjadi kurang berwarna pada tahun-tahun akan datang.”

Kajian itu dibuat beberapa minggu setelah Great Barrier Reef dikejutkan oleh satu lagi peristiwa pelunturan meluas yang didorong oleh peningkatan pelepasan karbon. Ia berfokuskan pada terumbu di sekitar Pulau Orpheus.

Peristiwa pelunturan karang sebelum ini telah banyak mengubah keadaan terumbu karang di kawasan itu, dengan kehilangan terumbu karang yang lembut dan bercabang. Ini menjadi faktor kehilangan ikan yang mempunyai warna yang cerah dan menyerlah. Warna ikan-ikan dilautan mempunyai hubungan dengan warna-warna terumbu karang kerana terumbu karang merupakan tempat mereka berlindung daripada pemangsa dan mendapatkan makanan.

Kajian yang dilakukan oleh Hemingson lagi mendapati bahawa ikan-ikan yang hidup di sekitar terumbu karang yang sihat adalah berbagai jenis dan berwarna-warni berbanding ikan-ikan disekitar terumbu karang yang luntur dan hampir mati disebabkan oleh gelombang haba dan sebagainya. Namun, apabila terdapat litupan alga dan peningkatan kematian terumbu karang, kepelbagaian warna berkurang dan warna-warna ikan menjadi seragam serta kurang variasi.

Hemingson dan rakan sekerjanya turut mendapati bahawa peristiwa pelunturan besar-besaran pertama yang direkodkan pada tahun 1998 melanda terumbu di sekitar Pulau Orpheus telah menyebabkan kerosakan pada terumbu yang bercabang-cabang dan komuniti ikan berubah sepenuhnya.

Pengurangan terumbu karang yang berterusan mungkin akan menyebabkan kehilangan sepenuhnya pada spesies-spesies yang berwarna terang seperti Lemon Damselfish dan Green Coral Goby.

Walaupun terdapat terumbu karang yang lebih tahan haba, besar dan kuat menggantikan karang yang telah mati, ia mungkin memberikan perlindungan yang kurang untuk ikan yang berwarna terang daripada pemangsa. Ini juga bermakna bahawa batu karang yang paling mampu bertahan daripada kesan perubahan iklim tidak mungkin mengekalkan kepelbagaian warna. Variasi warna-warna ikan pada masa hadapan akan berkurang.

Oleh itu, kekurangan dan kehilangan terumbu karang pada hari ini patutlah dijadikan motivasi untuk mendorong kita bagi menjaga dan mengambil tindakan agar keindahan terumbu karang dan hidupan laut yang lain dapat dipelihara.

Keindahan yang kita lihat pada hari ini patutlah dikekalkan agar dapat dilihat oleh generasi-generasi akan datang.

Sumber: https://www.sciencealert.com/fish-communities-are-becoming-less-colorful-as-coral-reefs-decline-study-finds

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: berita penyelidikanluar negaraterumbu karang
ShareTweetShare
Previous Post

Teknik Pomodoro: Sains Pengurusan Masa Untuk Penulis

Next Post

Pernahkah Anda Alami 'Mabuk' dalam Perjalanan?

Editor

Editor

Related Posts

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik di Lautan Dalam

17 hours ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Siapa Sangka ‘Tanah Mati’ Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

2 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik dan Sejarah Maritim Nusantara

3 days ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya
Alam Semulajadi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Bukan Sahaja Ombak, Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

4 days ago
Next Post
Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?

Pernahkah Anda Alami 'Mabuk' dalam Perjalanan?

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In